Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Sunday, April 15, 2012

FELCRA - MANA DURIAN RUNTUK KAMI


15 April 2012, Bandar Seberang Perak, peserta dan peneroka di gagasan Felcar mula tertanya-tanya kenapa agaknya pada tahun ini, " dividen " pertama tahun ini masih belum dibayar, kenapa sedangkan ianya sudah di umumkan berkali-kali oleh Pengerusi Dato Tajuddin yang juga MP Parlimen Pasir Salak.

Dato Tajuddin bersama Dato Menteri Pertanian dan Asas Tani di jamuan pagi
semperna lawatan Dato Noh ke Felcra Sbg. Perak Tempoh hari.
 



komuniti yang terbanyak di Felcra - sawit.

Pada Disember 2011 YB Dato Pengerusi sendiri telah memaklumkan untuk memberi " dividen " yang sepatutnya di serahkan 4 kali setahun di pendekkan dan dengan semua peserta dan penoroka akan menerima jumlah yang lebih besar pada satu-satu ketika. Dan beliau juga dengan penoh yakin bayaran pertama " dividen " tersebut akan di agihkan pada Mac atau April 2012.

Bagitu juga dengan wang sara hidup peneroka akan di naikan RM800 ke RM900, mereka ini adalah peneroka yang memiliki tanah sawit, bendang dan tapak rumah. Mereka juga tertunggu bila masanya wang agihan itu akan dibayar untuk peneroka. Mereka sememangnya amat mengharapkan " dividen " tersebut dengan masa yang ditetapkan.

Apakah pihak, pengurusan Felcra akan " membayar " agihan dividen tersebut semasa dan selepas Parlimen di Bubarkan nanti, dan pengagihan dividen tersebut sebagai salah satu elemen kempen untuk meraih undi. Strategi ini seperti dengan apa yang berlaku dengan agihan RM100 untuk pelajar sekolah, RM200 untuk pelajar di IPT dan BRIM RM500 untuk keluarga yang berpendapatan bawah RM3000 sebulan serta keujudan Saham 1Malaysia ( SARA )


Pecah tapak perumahan Gen. 2 oleh TPM

Kalaulah strategi ini diguna, maka masyarakat Felcra akan terus memarahi Dato T, kemarahan ini juga ada kaitan dengan pengurusan projek Perumahan Gen. 2, pembaziran wang peserta di pergunakan seperti mengalinya air di lautan. Pecah Tapak oleh TPM Okt. 2010 dan kemudian kunjungan PM pada Feb. 2012 yang menelan banyak belanja. Bagi anak Gen. 2, mereka memang sudah memendam rasa dengan Dato T atas isu tapak rumah tersebut. Primium sudah bayar, tapak lot sudah di beri akhirnya rumah di bina tidak mengikut apa yang di janjikan, bagitu juga dengan harga.

Kini kerabat Felcra sedang menunggu dan menunggu apa yang akan dilakukan oleh pihak Felcra khusus kaitan dengan agihan keuntungan untuk mereka.

2 comments:

  1. Dh lama tunggu ni x dpt2 lg...aduyai...

    ReplyDelete
  2. Salah satu agensi paling cikai kt Malaysia ni...gantilah pengerusi sape pun semuanya lembab...kini kes 2014 berulang lagi...janji pada 20/12/13...sampai sekarang 06/1/14 pun blum settle lagi...aduyai...

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA