17 Mac 2012, sekali lagi Masjid Lama, Kg. Gajah berjaya mengadakan satu majlis yang melibatkan " kembalinya " rakan artis ke dunia Islam, dan kehadiran mereka juga telah memastikan masyarakat tempat dapat menerima cadangan dan pandangan apa yang patut dan tak sepatutnya belaku bagi memastikan arah tuju sebenar para remaja masa kini.
Kedua-dua artis yang telah " kembali " ke alam sebenar, Sdr. Ismail Zainuddin yang lebih dikenali sebagai Mel dari kumpulan Wings, berasal dari Cenderong Balai, dan Sdr. Azwa bin Mohd. Tasi juga sebagai Zua dari Kumpulan XPDC berasal dari Selat Pulau, Kg. Gajah. Dalam majlis santai bersama jemaah masjid lama itu, majlis di pengerusikan oleh Sdr. Idris juga dikenali sebagai Deris yang juga setiausaha masjid.
Sdr. Mel mengenang kembali zaman remaja yang sentiasa mengikut ayahnya ke surau dan masjid untuk menunaikan tuntutan agama, juga sentiasa memastikan setiap tuntutan diamalkan sebaik yang mungkin. Memang tidak dinafikan zaman remaja banyak pencerobanya dan akhirnya pada tahun 1995 diri ini tercampak ke kumpulan muzik yang di kenali dengan nama " Wings " Walau pun bagitu rasa bersyukur kerana dengan kehendaknya juga saya kini telah kembali ke corak penghidupan yang dituntut.
Bagi Azwa ( zua ) telah bersama dengan XPDC belasan tahun dan pernah cuba meninggalkan kumpulan ini tapi atas desakan kawan-kawan beliau kembali bersama-sama dengannya. Di samping bertindak sebagai pemain gitar bass beliau juga bertindak sebagai " pentadbir " dan sudah pun berjaya menggubah lagu " wiper " dan album solo berunsurkan ketuhanan.
Kedua-dua mereka mengakui dalam perjalanan hidup sorang artis ini penoh dengan glamour, dunia keagamaan agak terhad dan ianya hanya dipenohi dengan " keseronokan " sahaja. Sentiasa berhibur, memang tidak dinafikan pendapatan agak lumayan tapi " dapat mudah keluarnya pun mudah ", tidak dinafikan dunia artis sentiasa dalam keadaah harubiru, keseronokan dijadikan perkara penting dalam kehidupan harian.
Mereka juga rasa bersyukur dengan kehendakNya juga mereka kini sudah mula menjejakkan kaki ke alam sebenar dan kini lebih menumpukan nyanyian denan lirik yang mendaulatkan kebesaran Ilahi.

No comments:
Post a Comment