Perubahan, pengisian dan kekosongan yang masih terdapat ini juga tidak dinafikan ianya adalah hasil pemerintahan kerajaan UMNO / Perikatan / BN. Sudah 54 tahun mereka memerintah  dengan     perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB)  yang bertujuan untuk meningkatkan     daya saing dan kuasa ekonomi  orang-orang Melayu yang masih  diamalkan    sehingga ke hari ini. Ekuti untuk 30% kekayaan orang Melayu di bumi sendiri masih lagi gagal sehingga hari ini. 
Kenapa masih ada kalangan kepimpinan UMNO dan beberapa NGO mesra UMNO yang terpekek kehulu ke hilir mengatakan Melayu masih terpinggir, sedangkan 54 tahun yang memerintah ialah orang Melayu ( UMNO ) ? Persoalannya siapakah yang sebenarnya meminggirkan orang Melayu?
Kegagalan DEB, peranangan 30 tahun akhirnya tenggelam bagitu sahaja, persetujuan antara kerabat dalam BN yang memperuntukan sejumlan hampir 50billion tidak meninggalkan kesan yang positif, kemudian di lahirkan pula Wawasan 2020 yang bermatlamatkan seperti apa yang dirancangkan dalam DEB. Kini Wawasan hanya tinggal 7 tahun lagi. Apakah sudah ada penambahbaikan kepada golongan sasar - orang Melayu, sedangkan apa yang kita perhatikan masih adaa Melayu di pendalaman, masih ada kawasan Melayu yang belum disediakan kemudahan asas seperti bekalan letrik, air bersih mau pun jalan perhubungan yang baik. Malahan penghidupan masih seperti sebelum merdeka lagi.
Kepimpinan masih berfikiran " ketuanan Melayu ", yang tua mesti Melayu yang ketinggalan dari semua sektor, masih terdapat orang-orang Melayu yang buta huruf, tidak dapat menyambung pendidikan mereka ke peringkat yang lebih tinggi, ekuiti pemilikan orang-orang Melayu di dalam sektor ekonomi masih jauh ketingggalan walaupun terdapat sistem kuota yang melindungi mereka? Selain daripada itu, ramai pula muda-mudi Melayu yang terjebak di dalam kancah jenayah seperti lumba haram, gejala mat rempit, penagihan dadah, ragut dan sebagainya.

Lagi sedih dalam kepimpian politik pula, apakah UMNO gagal membina kepimpinan, selama 54 tahun menerajui negara bukannya meredakan " rebutan kuasa " malahan parti politik Melayu terus bercambah dan Melayu terus berpecah sesama sendiri, kenapa  pula timbul beberapa parti  politik    Melayu yang bukan Umno sedangkan  Umno sering mendakwa diri  mereka    pembela Melayu yang tulen? Jadi,  adakah Umno ini benar-benar  jaguh    Melayu dan sejauh manakah  keberkesanan Umno ini sebagai jaguh  Melayu    seperti yang didakwanya  selama ini?
Salah laku yang di lakukan oleh kepimpinan UMNO / BN yang cukup memilukan, nampak sangat pemerintahan 54 tahun mereka, pemimpin hanya untuk memuaskan diri mereka sendiri, diri dan keluarga, diri dan kroni, dan malahan sanggup menidakan untuk kepentingan bangsa sendiri. di senaraikan serba sedikit apa " kecurangan " yang dilakukan:-
1) Skandal Bank Bumiputra Malaysia Bhd yang menyebabkan kematian,
2) Penyelewengan saham di dalam Renong Bhd,
3) Penyelewengan saham dan kerugian di dalam Sime Darby Bhd,
4) Dana Felda yang hampir kosong dan boleh dikatakan telah muflis kalau bukannya suntikan dana baru oleh kementerian kewangan,
5) Pemberian permit import kenderaan mewah kepada kroni-kroni Umno,
6) Skandal komisen pembelian kapal selam Scorpene yang berakhir dengan kematian,
7) Skandal dalam PSC-Naval Dockyard yang melihat kos pembinaan kapal-kapal perang meningkat secara mendadak,
8) Kos pembinaan lapangan terbang KLIA 2 yang semakin meningkat dengan mendadak,
9) Skandal upahan kepada FBC Media bagi mempromosi imej Najib dan Rosmah dengan pujian-pujian buatan sendiri,
10) Kerugian berturut-turut Penerbangan Malaysia (MAS),
11) Kerugian berturut-turut Perusahaan Otomobil Nasional (Proton),
12) Skandal Port Klang Free Zone (PKFZ) yang mencatatkan kehilangan berbilion Ringgit,
13) Kerugian pelaburan dalam Tabung Haji,
14) Skandal kondo-lembu dalam National Feedlot Corporation Bhd (NFC),
15) Pemberian pinjaman KWSP tanpa faedah kepada pembeli-pembeli rumah yang tidak layak mendapatkan pinjaman perumahan,
16) Pemansuhan pembayaran balik pinjaman kepada KWSP oleh kementerian kewangan.

Apakah jumlah " pelaboran " tersebut tidak dapat membantu mempertingkatkan dana ekonomi Melayu kalau tidak diselewengkan, tidakkah sejumlah wang tersebut juga ggal untuk memulihkan tahap hidup orang Melayu? Atau apakah  mereka memang di budayakan untuk hidup cara itu?
Jika  sekiranya jumlah wang tersebut    digunakan dengan cara yang telus,   cekap dan jujur, sudah tentu jumlah    tersebut akan cukup bagi   membantu dan memanfaatkan masyarakat    Melayu pada keseluruhannya dalam   apa jua bentuk, tidak mengira,    pendidikan, ekonomi ataupun sosial.
Kontrak bumiputra dimonopoli Umno
Kepimpinan UMNO telah menyelewengkan dasar dan polisi-polisi yang ditetapkan  di dalam DEB, DEB menetepakan perlunya penglibatkan ramai kontrak-kontrak Melayu,  tapi polisi ini tidak di indahkan oleh kepimpinan UMNO bagi  mereka yang penting ialah bagaimana  sanak  saudara, rakan / kroni menghak milikkan setiap kontrak  kerajaan. Bukan di berikan peluang kepada kontraktor-kontraktor bumiputra  yang    berkebolehan dan berkelayakan  mengikut kelas-kelas yang akan     ditetapkan.
Banyak sangat salah laku yang dilakkukan oleh kepimpinan UMNO dari segi mengagihkah projek-projek, mereka mengagihkan hanya kepada kalangan ketua-ketua  bahagian Umno, ketua   cawangan Umno,  ahli-ahli  jawatankuasa bahagian  dan cawangan Umno,   ahli-ahli majlis   perbandaran, ahli-ahli JKKK,  ahli-ahli parlimen serta   ahli-ahli dewan   undangan negeri Umno. Akhirnya yang " kaya raya " adalah dari kalangan ini, dan kesan yang buruknya, jawatan politik menjadi rebut, lantas ujudlah rasuah kalangan mereka. 
Berapa ramai kalangan kepimpinan UMNO yang di tangkap, di hadapkan ke lembaga disiplin parti dan disahkan bersalah dan diambil tindakan, tapi oleh kerana " rasuah " memang menjadi mainan dalam hidup, perasuah-perasuah ini diterima semula dan akhirnya di naikan pangkat. Lihat sahaja Isa Samad, bagaimana licik nya pemimpin Pasir Salak, hingga digelar sebagai " the six million dollar man " Cara ini pastinya menggagalkan polisi yang ditetapkan dalam DEB itu sendiri.
Apakah Wawasan 2020 juga akan menerima nasib yang sama, hanya tinggal beberapa tahun lagi, hasil dan matlamat dasar ini masih belum kelihatan.
Apakah Wawasan 2020 juga akan menerima nasib yang sama, hanya tinggal beberapa tahun lagi, hasil dan matlamat dasar ini masih belum kelihatan.
Siapakah meminggirkan siapa?
Dengan kehendaknya pada PRU12, beberapa buah negeri terlepas ke tangan Pembangkan, dan pembangkan pula mampu mengujudkan gagasan Pakatan Rakyat dengan gabuangan PAS, DAP dan PKR dan gagasan ini pula berjaya memerintah Kelantan, Pulau Pinang, Kedah dan Selangor, walaupun hanya beberapa bulan untuk Perak.
Tsunami politik ini dapat menyerlahkan bagaimana UMNO menidakkan hak Melayu itu sendiri, ambil contoh di Pulau Pinang yang  dahulunya diperintah oleh Parti Gerakan di   bawah   Barisan Nasional  (BN), di mana bekas ketua menteri Dr Koh Tsu  Koon    seringkali dituduh  meminggirkan masyarakat Melayu, bukankan Gerakan itu gabungan BN, dan BN pula di ketuai oleh Melayu, pemimpin UMNO di Pulau Pinang pula berkedudukan Timbalan Ketua menteri tapi hasilnya Melayu terus merempat, kesempatan ini diterukan oleh UMNO dan dibantu oleh PERKASA untuk menuding jari ke arah Pakatan    Rakyat yang  dipimpin oleh DAP mula memerintah Pulau Pinang,  ketua    menteri  sekarang, Lim Guan Eng pula dituduh meminggirkan  masyarakat    Melayu  dengan pemerintahan “kejam”nya.
Semua tak betul Pulau Pinang di lebal sebagi kerajaan Cina kerana pimpinan dari DAP, sementara Perak ( seketika ) dan Selangor kerajaan boneka DAP, bagi Kedah dan Kelantan pula negeri yang gagal membangun.
Kesimpulannya siapakah sebenarnya yang telah memingkirkan Melayu di bumi Melayu ini?

 1- Parti  Gerakan  yang telah memerintah Pulau Pinang  bersama dengan   Umno sejak  dari  1969 sehingga 2008, orang-orang Melayu  masih   terpinggir, 
2- Umno yang memerintah negeri Perak dan Selangor sejak dari tahun 1957 hinggalah 2008, masyarakat Melayu juga masih terpinggir,
3- Umno yang telah menjadi tunggak utama di dalam kerajaan persekutuan BN sejak daripada 1957 sehingga sekarang dan punyai kuasa yang amat meluas untuk melaksanakan pelbagai jenis pembangunan didokong penuh pula dengan DEB,
4- DEB dan Wawasan 2020 digubal untuk memastikan Melayu terbela tapi yang di bela hanya beberapa orang Melayu sahaja.
5- Bagaimana boleh PR memingkirkan Melayu di negeri perintahnya, sedangkan PR hanya baru memerintah kurang satu penggal cuma Kelantan, tapi BN telah memerintah hampir 54 tahun untuk semua negeri cuma tidak di Kelantan, kenapa masih ada Melayu yang terpinggir dari arus pembangunan?
Baginilah nasib kita di bumi sendiri, yang terpinggir dan dipinggirkan ialah Melayu.

No comments:
Post a Comment