Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Friday, March 23, 2012

UMRAH 4 - PEMBANGUNAN MEKAH

Selepas asar berjemaah di Masjid Nabawi, jemaah di arahkan bersedia dengan semua keperluan untuk bergerakan ke Tanah Haram Mekah. Perjalanan sejauh hampir 500km itu mengambil masa kira-kira 6 jam.

Semua jemaah bersedia untuk menunaikan UMRAH dengan bermiqat di Bir Ali. Sesampai di Miqat Bir Ali semua jemaah beruduk, sembahyang sunat tahyatul masjid, dan sembahyang sunat ihram dan berniat untuk berihram. Sesampai di Mekah menginap di Jahwahir hotel dan berehet lebih kurang 30 minit, perjalanan dari Maddinah ke Mekah mengambil masa lebih kurang 4 jam dengan bas, kemudiaan perjalananan diteruskan lagi ke Mekah.



Keadaan pemandangan pembangunan bahagian selatan
Masjidil haram - penoh dengan " crane "



Walaubagimana pun, keadaan pemandangan sabagini masih ujud
di sekeliling kota Mekah, keadaan rumah atas bukit masih terdiri megah.



Walaubagaimana pun sudah ada kelihatan ada " crane " dan papan penghadang yang kelihatan tanpa projek akan dilaksanakan, dan mungkinkah satu hari nanti akan tiada bangunan traditional dan di gantikan dengan bangunan moden, hanya masa yang menentukan.



Ini adalah pemandangan dari " tapak masjid kucing " yang satu ketika dulu menjadi " icon " kepada para jemaah, khususnya dari Malaysia, mereka amat mengenenali masjid ini. Kini ianya di jadikan tapak untuk pembangunan bangunan yang lebih hebat dan kondusif.



Kini jam besar ini adalah mercu tanda pembangunan di Kota Suci Mekah, dan ianya adalah hasil tangan anak Malaysia kelahiran Melaka, mengikut apa yang dilaporkan. Ketinggian jam ini boleh kelihatan dari masjid Taneem yang jauhnya 6km dari Mekah.



Jam Besar ini diapit oleh beberapa buah hotel terkemuka dan didirikan betul-betul belakang masjid dan kedudukan masjid sudah jauh ke bawah dan kalangan mana kah yang agaknya mampu untuk menginap di sini sambil mengerjakan haji?




Dapat di lihat bagaimana tingginya Jam Besar yang telah
meninggalkan ketinggian menera masjid itu sendiri.




Keuniknya jam ini, kalimah yang tertera akan bertukar setiap 20 saat.


Jemaah menunaikan tawab sama ada tawab wajib mau pun sunat.



Kaabah berlatar belakangkan bangunan tinggi, yang sudah menenggelamkan
kaabah dan meninggalkan ketinggian masjid.


di tingkat 1 memang di sediakan " kaki lima " untuk jemaah yang sanggup tawap, ada kalangan jemaah yang menggunakan " wheel chair bateri " untuk mengeliling kaabah. Sungguh mudah untuk mengerjakan tawab.


Pemandangan Jam Besar Mekah dari sudut dalam masjid.


Tapak masjid Kucing kini sudah dijadikan kawasan " ternakan " merpati,
ada kalangan jemaah yang membeli makanan untuk merpati-merpati tersebut.


Saudi Arabia Publik Transport Co. juga menjadikan tapak Masjid Kucing sebagai stationnya. Bas-bas ini digunakan oleh jemaah yang tinggal jauh dari masjid, untuk mereka berulang alik dari hotel ke masjid.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA