Selepas PRU12 dengan ledakan tsunami pilihanraya, kini rakyat tertunggu pula dengan PRU13, kegagalan UMNO / BN untuk memperolehi majoriti 2/3 juga menjadikan PRU13 menjadi lebih dramatik sekali. Pihak UMNO / BN yang sedang memerintah kini sedang berusaha untuk menggunakan semua kemudahan yang ada di bawah pentadbiran mereka, kepimpinan UMNO / BN sudah hilang rasa malu untuk meneruskan kepimpinan mereka. Kita boleh lihat bagaimana salah guna SPR, bagaimana " kurang ajarnya " SPRM, bagaimana tidak amanahnya Istana keadilan ( mahkamah ), bagaimana korupnya pihak PDRM dalam tugasan dan macam-macam bagaimana lagi yang di salahgunakan oleh mereka. Macam-macam cerita ada kaitan sebelum PRU13 ini.
1- Bagai Najib hak menentukan PRU adalah hak peribadinya, hak peribadi PM dan ianya adalah trademark PM sendiri. Beliau juga pernah rasa " confident " dengan kelebihan undi India untuk BN, pasti BN akan memperolehi majoriti 2/3. - Lapor The Sun
2- Dalam permainan meneka tarikh PRU ini, memang tidak dinafikan walaupun dunia sudah bagitu changgih, dunia di hujung jari, tapi manusia merasakan peranan dan mainan bomoh, tahyul, telik menilik masih di amalkan. Aspek-aspek tahayul ini masih menghantui daya pemikiran sesetengah orang politik terus kukuh. Maka, ramailah tukang tilik dan burung serinditnya, sami pelbagai agama, bomoh Siam dan Kiai Jawa yang dilawati untuk mendapatkan “petunjuk”. Adala kalangan bomoh, tok sami hatta maha dukun juga meramalkan semua cakarawala termasuk bintang, bulan dan matahari akan berbaris pada Jun 2012 ini dan ini adalah masa yang terbaik untuk Najib mengistiharkan PRU13 itu nanti.
4- Pergolakan dalam parti-parti sama ada dalam kompenan BN mau pun PR itu sendiri memberikan satu kerunsingan kepada Najib, contoh di Kedah selepas Pas kemudian di ikuti pula oleh DAP antara karpal singah dengan Tim. Setiausaha Agungnya yang juga Timbalan Ketua Menteri 2 Pulau Pinang Dr. P Ramasamy. Tapi apa yang berlaku kepada kedua-dua parti ini sudah tentu memberikan kekuatan kepada Najib untuk PRU13.
5- Selain pergolakan dalam PR, apakah yang berlaku dalam UMNO itu sendiri, lihat sahaja isu NFC, yang akhirya dijadikan indikator untuk memastikan ketua wanitanya Shahrizat keluar dari kabinate dan hilang jawatan menterinya, bagaimana pula bekas menteri penerangan Abdul Kadir Sheikh Padzir keluar UMNO atas cabaran SU Agong UMNO sendiri. Keluarnya Abdul Kadir kerana bersuara menasihati UMNO kerana jangan lagi membeli undi untuk kemenangan dalam PRU nanti. Tegoran ini amat memalukan kepimpinan UMNO dan mereka mencabar beliau untuk keluar.
6- Tapi apakah benar, Abdul Kadir sahaja yang keluar dari parti, atau masih ramai yang telah meninggalkan UMNO cuma cawangan dan bahagian tidak berminat untuk melapor dan mengistihar serta " mendelete " nama mereka dari senarai keahlian kerana inginkan jumlah yang ramai walau pun ramai pada bilangan dan tidak pada kenyataan. kenapa semakin ramai yang " meninggalkan " UMNO? mungkin mereka merasakan pada masa kini kepimpinan atas cuma memberikan kelebihan kepada kerabat BN ( sama ada untuk MCA tau pun MIC ) dan UMNO hanya menjadi penonton sahaja.
7- Najib juga berasa tidak menentu dengan apa yang berlaku dan disahkan oleh PAC ( jawatakuasa kewangan parlimen ) kaitan dengan salah guna wang oleh NFC, Shahrizat dengan family telah tidak membayar balik wang hutang pinjaman mudah oleh kerajaan berjumlah 34juta rm.
8- Bagitu juga dengan terletupnya cerita bagaimana Najib berbelanja hampir 1/2 juta ringgit hanya untuk majlis pertungan anaknya dan memo dari hotel mengesahkan memo tersebut diserahkan kepada JPM, tapi Najib menafikan hanya dengan lisan, sedangkan rakyat mahukan pengesahan secara bertulis.
9- Kes kapal selam pula akan mula di bicarakan beberapa hari lagi di Perancis dan sudah tentu kes ini akan melibatkan Najib sendiri, kerana Razak Baginda dan Keluarga Gadis Monglia sudah pasti menjadi saksi utama di perbicaraan tersebut, persoalannya apakah Najib akan dipanggil untuk membela diri? Hanya masa yang menentukan.
10. Dr Hassan Ali, bekas Exco Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, yang baru dipecat daripada Pas kerana bergaduh dengan rakan kongsi DAP, berkata beliau gembira menghadiri sidang DUN sebagai wakil rakyat bebas. Cabaran terhadap Pas ialah membuktikan kepada orang Melayu/Islam yang ia bukan di bawah telunjuk DAP dan PKR.
11. Sebahagian peneroka Felda dan perwakilan mereka masih menentang IPO Felda Global Ventures. Masih banyak soalan mengenai modus operandi cadangan IPO itu yang belum terjawab. Seorang bekas menteri kanan bertanya mengenai “preference shares” yang akan memberikan keutamaan dividen kepada pihak-pihak tertentu dan membelakangkan peneroka.
12. Tidak kira di negeri perintah BN atau PR, keselesaan dan keselamatan harian rakyat jelata semakin terancam. Bandar raya, bandar dan pekan semakin kotor, jalan raya berlopak dan anjing (bertuan dan liar) berkeliaran menjadi ancaman kepada orang ramai. Di Bukit Mertajam, Seberang Prai baru-baru ini, seorang kanak-kanak tujuh tahun, Dhiya Qairina, diserang anjing jirannya ketika berbasikal.
13. Sekarang dalam satu Malaysia (rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan) anjing, sama ada anjing bertuan atau anjing liar, serta babi hutan menjadi masalah besar. Dulu anjing yang tidak ada lesen tergantung di tengkuk akan ditangkap atau ditembak. Tapi sekarang tidak lagi. Tunggu sajalah sampai manusia dijangkiti penyakit anjing gila (rabies) barulah Kerajaan akan riuh-rendah, hiruk-pikuk buat ikrar dan janji.
14. Tidak cukup dengan anjing, babi hutan dan kera, kita juga kena main oleh pendatang (halal dan haram). Kerana para perunding antarabangsa dan diplomatik kita hambar dan half-past-six, maka negara kita kena buli kiri kanan oleh negara-negara jiran. Negara jiran yang sepatutnya jadi kawan sudah jadi lawan.
No comments:
Post a Comment