Suasana ramalan untuk PRU13 masih panas untuk diperbincangkan, tapi bagi Najib segala usaha sudah di buat untuk memastikan PRU13 yang pertama dan untuk pengesahan jawatan PM juga sebagai presiden UMNO dan Pengerusi BN, setiap perancangan dilaksanakan dengan cukup berhati-hati, malahan sudah cukup banyak wang " rakyat " dilaburkan untuk memastikan pengundi terus mengundi BN.
Bajet 2012 di pastikan menjadi " tulang " belakang kemenangan pada PRU13 ini. Pelaburan yang langsung tidak pernah di duga di laksanakan hanya untuk kemenangan, Bantuan Pesekolahan untuk semua pelajar dari darjah 1 hingga ke tingkatan 6 berjumlah RM100, RM200 pula diagihkan untuk membeli buku rujukan untuk semua pelajar di IPTA, tidak ketinggalan juga kepada warga yang berpendapatan bawah RM3000 sebulan, BRIM RM500 disediakan. Kemudian tidak dijangka disediakan pula SAHA ( Saham rakyat Malaysia ) setiap pemohon dibenarkan membuat pinjaman dengan bank. Belum lagi peruntukan dalam siri lawatan ke mereta pelusuk negara dengan meluluskan setiap projek " segera ".
Sungguh tinggi nilai PRU 13 ini, dari mana agaknya kerajaan di bawah pinpinan Najib dapat wang untuk dicurahkan kepada rakyat?
Cuba kita lihat pula kepada faktor-faktor lain yang memungkinkan BN masih mampu mempertahanan Putra Jaya malahan berkemungkinan memastikan BN memenagai PRU13 ini dengan cukup selesa sekali, selain dari mencurahkan wang untuk rakyat, agensi kerajaan yang mengedalikan pilihanraya SPR kini bertungkus lumus berusaha untuk, penyenaraian begitu ramai pengundi awam menjadi pengundi Pos yang terdiri dari ahli keluarga askar dan polis, terdapat juga pendaftaran dan jumlah pengudi baru yang pertambahanya amat mencurigakan dan ianya jauh dari peningakatan cara normal.
Satu contoh, bagaimana nama MB Selangor di tukarkan alamat beliau dan kini beliau mengundi di Lembah Pantai dari Petaling Jaya Selatan, bagaimana ini boleh berlaku dan alamat beliau juga turut di pindahkan dari Selangor ke Kuala Lumpur. Perpindahan alamat ini memberikan implikasi kepada jawatan MB, kerana SPR menetapkan hanya mereka yang beralamat di dalam negeri di mana mereka bertanding hanya layak menjawat jawatan MB.
Bagaimana pula dengan isu SBPA, walaupun pihak JPA telah membuat satu semakan penambahbaikan dalam gaji kakitangan awam tapi ianya seolah-olah tidak menyelemi hasrat kakitangan rendah. Tapi peliknya ia diluluskan oleh kabinate dan di terima oleh pihak agong. Apabila di edarkan untuk perhatian seluruh kakitangan awam ianya macam nampak satu " penyiksaan " kepada kakitangan rendah, lalu Ceupec mengambil langkah untuk tidak menerima dan kepimpinan PR pula membuat " road show " memperlekahkan isu tersebut. Di Parlimen,Mahfuz Omar ( gambar ) membangkitkan perihal SBPA yang telah berkuat kluasa 1 Januari lalu kemudian dibatalkan dan diganti semua dengan SSB dengan sedikit pembaikian. Koner balik kata orang. Mahfuz ingin tahu macam mana boleh jadi demikian, membatalkan semula setelah ia dilaksanakan. Kritikan Mahfoz ini membuatkan Najib " libang libu ". Akhirnya dengan rasa penoh rasa tanggongjawab dan prihatin kepada kehendak rakyat kerajaan Najib menghapuskan SBPA.
Lakunan demi lakukan di lakukan oleh Najib, apa saja kesilapan yang lalu di pohonkan kemaafan, kunjungan ke Selangor, Najib juga melafzakan kemaafan apa yang berlaku, kesilapan amat besar atas penyenyelewnagan dan rasuah oleh kepimpinan UMNO. Najib datang mohon Maaf.
Kemudian beliau ke Kedah, rakyat Kedah juga di dendangkan dengan kemaafan oleh Najib. Apakah kedua-dua negeri di bawah kepimpinan PR ini dapat menerimaan kemaafan tersebut. Atau apakah maaf yang dilafazkan hanya satu mainan politik. Beliau berkata, BN akan memperbaiki kesilapan ini sekali gus berkhidmat kepada rakyat dengan cara yang terbaik.
Atas isu yang dinyatakan mungkin banyak lagi, usaha-usaha penambahbaikan untuk mencuri hati pengundi akan di laksanakan. Dengan itu ......... tidak hairan jika BN akan menang besar secara HARAM kali ini. Jadi kerajaan yang dibentuk nanti kerajaan HARAM, Gaji Menteri HARAM, Gaji Ahli Parlimen BN HARAM dan sebagai kerana kemenangan mereka adalah kemenangan secara HARAM. Hanya ALLAH yang dapat membalas segala kerja HARAM mereka
No comments:
Post a Comment