Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, March 29, 2012

POLITIK : MEMBUNUH ATAU TERBUNUH

Politik -  ialah satu cara hidup setiap inividu manusia, cara perpakaian, cara berhujjah, cara bergaul malahan setiap gerak geri individu itu boleh di " perbincangkan " oleh individu lain. Tapi bagi yang jelas menggunakan " senjata " politik ini ialah kalangan pemimpin. Mereka menggunakan keadah politik  di tahap yang maksima untuk mempengaruhi daya fikir orang lain untuk memberi dan mendapatkan sokongan kepada mereka.

Atas sikap dan cara sebahagian besar " peminat " politik inilah yang menjadikan permainan politik ini bertambah celaru dan politik terus " kotor " sehinggakan masa kini politik sudah ada lesen untuk " dibunuh atau terbunuh " Kekotoran politik kini di ikuti dengan para & ahli serta peminat politik cukup mudah di beli. Pemimpin menggunakan semua yang ada untuk " melalaikan " pengikut, penghikut pula tidak mau menerima hakikat sebenar apakah dan dimanakan pemimpin ini beroleh kewangan yang banyak, sepatutnya pengikut boleh berfikir untuk kebaikan pemimpin itu sendriri. Dengan itu terjadilah rasuah politik.

Kita imbas kembali bagaimana Tan Sri Ramli semasa menjawat jawatan MB Perak, dan ketika itu Tajuddin adalah Ketua Pemuda UMNO dan menjadi " rival " kepada Ramli. Jadi bagaimana untuk " mentiadakan " Tajuddin di Pasir Salak, Ramli menggunakan seluruh tenaga dan menggunakan ahli di peringkat " grass root " untuk mejerang Tajuddin dalam isu Politik Wang, dan akhirnya Tajuddin " di simpan "sementara dari politik Pasir Salak. Tajuddin di " bunuh " sementara dan Ramli terus hidup tanpa cabaran.

Tapi Tajuddin kemudian bergelar Dato mempunyai semangat juang yang tinggi setelah " tamat " tempoh penggantonhan beliau aktif kembali dan meneruskan perjuangan akhirnya beliau menduduki kerusi no. 1 UMNO Pasir Salak, seterusnya dipilih sebagai ADUN dan kemudian bertukar ke ADR, apakah Tajuddin pula akan mengambil tindakan balas kepada Ramli? itu adalah satu persoalan yang subjektif.

Tapi kesan PRU13, memastikan Ramli cuba melutut kepada Tajuddin demi survival anaknya yang kini dilantik sebahagian dari AJK UMNO Bahagian, mungkin Ramli inginkan jasa baik Tajuddin untuk mencalunkan anaknya sebagai salah seorang calun di Pasir Salak.

Memang sah, bidang politik ini amat sukar di ramalkan " ya " atau " tidak ", " kawan " atau " lawan ", memang tidak dinafikan jawatan dalam politik adalah secara kontrak, Setiap jawatan ada pihak yang berkuasa atau diberi kuasa untuk memilih atau melantik seseorang. Hatta sebarang jawatan dalam politik boleh di tukar ganti oleh mereka yang berkuasa. Sultan pun boleh gugurkan MB tetapi kena tunggu habis penggal pilihan raya juga, macam kes Idris Jusoh di Terengganu, kerajaan juga hak rakyat tapi kena tunggu antara 4 - 5 tahun setiap kali pilihanraya.

2 comments:

  1. menampak kan yb Dato Taj seorang pemimpin yg mulia, tidak menyimpan dendam.

    ReplyDelete
  2. rencana ini mengenangkan kembali perjuangan dt taj di politik pasir salak.betapa teguhnya semangat juang dt taj,segala onak & duri perjuangan ddlm umno p salak.drpd jawatan kp bhgn dimana sdr penullis sendiri mjadi s/u beliau!!!!! sehingga mcapai tahap dberi kepercayaan sebagai adun kg gajah,menang ketua bhgn.mengalahkan tansri ramli..... naik menjadi ahli parlimen p salak.dan percayalah tiada dendam kesumat dhati beliau!!!! bukti nya beliau sendiri melantik dt ibrahim sebagai exco bhgn sedangkan beliau bertanding menentang ketua bhgn ...sdr ramel sendiri diberi kepercayaan dlantik mjawat bendahari bhgn,sedangkan sdr ramelll kalah bertanding tkb dgn dato zainol!!!!!!apa lagi yg perlu dbuktikan!!! sememangnya dt taj tiada sifat dendam kesumat... tindakan ini adalah utk perpaduan diantara pimpinan umno dan penyokong umno pasir salak..
    rencana yg ditulis diatas hanya utk melaga lagakan kembali dan memecah belahkan umno bhgn p salak yg telah utuh dan gagah membela rakyat di parlimen pasir salak..jangan lah kita pembaca terpedaya dgn rencana ini ...penulis tentu lebih arif kerana beliau adalah S/U pemuda dan tentunya kp bhgn semasa itu adalah dt taj sendiri.. s.k tqvm....renung2lah dgn mata hati yg murni...

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA