Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Friday, March 30, 2012

PRU13 - BELANJANYA CUKUP TINGGI


Perbelanjaan untuk pengurusan mengadakan pilihanraya samada PRK atau PRU memang tinggi, apatah lagi kalau pihak tertentu perlu " merasuah " pengundi. kalau di DUN paling minima pengundi lebih kurang 18k dan untuk mereka pula paling kurang RM20 ( bajet sehari sebelum mengundi ) seorang jadi untuk tujuan itu sahaja calun atau parti perlu menyediakan melebihi 30juta ringgit.

 
Cuba kita kira semula untuk menawan hati pengundi pihak kerajaan telah memberi RM100 untuk sekolah, RM200 untuk mahasiswa, BRIM RM500 penduduk kurang dari RM3000m  dan akhirnya di terbitkan pula saham untuk mereka yang berpendaptan RM3000 sebulan - ianya dikaitkan kerana peruntukan sabagini hanya " terbit " di musim hampir pilihanraya aje.

Untuk kepimpinan atau calun sudah menjadi kebiasaan setiap parti perlu menyediakan peruntukan kepada calun-calun yang akan bertanding, selain dari wang pokek mereka. Oleh kerana UMNO / BN parti yang memerintah sudah pasti mereka akan menerima tajaan dari syarikan GLC-GLC  bawah kelolaan mereka. Kalau kita jangkakan setiap calun perlu menerima RM2.5juta, dan Parlimen ada 222 kerusi, sudah pasti BN akan meletakkan calun di semua kerusi jadi berapakah wang yang diperlukan? Dana pilihanraya ini sudah tentu menjejah berbilion ringgit.
 
Keperluan " wang " memang tidak boleh di elakkan kerana penyediaan untuk kos logistik, menggerakan jentera dan sebagainya, selain itu, sudah tentu setiap majlis kempen perlu makan minum, dan " penggerak " parti juga pelu membeli petrol, juga perlu memberi wang ke rumah, jadi mereka  akan " claim " kepada calun-calun. jadi sudah tentu RM2.5 juta tidak cukup untuk tempoh kempen. Peruntukan tambahan di perlukan, Dari mana pula tambahan ini boleh diperolehi.


Kini syarikat-syarikat yang " mesra " UMNO / BN telah menunjukkan " muka masam " ekonomi negara memperlihatkan tidak bagitu mesra, keadaan semakin tenat, tambahan pula pihak PR telah tahu ada kalangan GLC yang mendapat keuntungan yang di luar jangkaan. Syarikat-syarikat yang bertindak sebagai " banker " ini mula resah gelisah untuk terus memberikan bantuan kepada sumber PRU 13.


Rasanya mungkin benar juga, ada kalangan syarikat-syarikat dan GLC kerajaan yang mula " panik " melihat keadaan masa kini, syarikat dan GLC jagaan mereka sudah pun melihatkan kerugian, antaranya:
  • Dalam satu kenyataan, syarikat pengeluar kereta nasional Proton Holdings Bhd telah mencapai kerugian sebelum cukai sebanyak RM84.054 juta bagi suku ketiga berakhir 31 Dis, 2011.  Dan pendapatan syarikat telah berkurangan kepada RM1.432 bilion daripada RM1.833 bilion tahun sebelumnya.
  • Scomi Engineering Bhd mencatatkan kerugian sebelum cukai sebanyak RM70.721 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2011.  Pendapatan susut kepada RM303.65 juta.
Scomi Marine Bhd pula mencatatkan kerugian sebelum cukai sebanyak RM116.47 juta bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Dis, 2011.  Hasil jatuh kepada RM390.82 juta daripada RM409.029 juta setahun yang lalu.
  • Semalam satu pengumuman mengejutkan apabila kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Ahmad Jauhari Yahya, Malaysian Airline System Bhd (MAS) yang menyatakan bahawa MAS mencatatkan kerugian besar sebanyak RM2.52 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2011.  Bagi suku keempat, syarikat penerbangan nasional itu mencatatkan RM1.28 bilion dalam kerugian bersih, pada perolehan sebanyak RM3.68 bilion.
Cuba kita perhatikan pula bagaimana terdesaknya mereka, kepimpinan UMNO kini terus berusaha untuk menyenaraikan Felda Global Ventures Holdings Bhd ( FGVH ) dengan modal berbayar RM6bill. Mereka langsung tidak mengindahkan kelohan peneroka. Selain Felda, KWSP, dananya juga digunakan untuk pembeliaan rumah kos rendah. Apakah tidak akan mereka gunakan wang pendahuluan ini untuk PRU?


Business Times melaporkan semalam bahawa Khairy telah dimanfaatkan untuk mengetuai Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB), sebagai satu langkah untuk memastikan Ketua Pemuda Umno itu yang tidak mempunyai jawatan rasmi di luar UmnoBn mendapat jawatan di dalam kerajaan bagi mengukuhkan kedudukannya menjelang PRU13.
Perlantikan Khairy sebagai Pengerusi PUNB akan memberi manfaat kepada Umno bukannya kepada Melayu dan ia akan menjadi satu langkah ke belakang untuk masyarakat Bumiputera, kerana dengan perlantikan itu jelas menunjukkan bahawa kepentingan fahaman politik, tidak berkeupayaan dan pengalaman diberi jawatan tertinggi dalam GLC kerajaan.

Apakah segala kerugian besar yang diumumkan ini ada kaitan dengan PRU 13 yang akan datang ?!!!
Segala-galanya ada berkaitan dengan dana Pilihanraya umnoBn ?!!!

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA