Kesan tsunami PRU12 memang cukup terasa sekali, bagi PR ianya adalah titik tolak untuk ke Putra Jaya tapi pada UBN ianya melambangkan satu mala petaka yang akan memusnahkan kerier kepimpinan mereka, mungkin mereka akan kehilangan segala-galanya, kuasa, gelaran, kemewahan dan kesibokan kerja sebagai menteri atau pun pengerusi mana-mana GLC. UBN amat perlu sekali menggunakan setiap kemudahan dan kekuasaan yang ada demi survival mereka untuk mempertahankan keistemewaan tersebut.
Guru atau " para pendidikan " adalah egen yang cukup berjaya dalam mengembang dan memberikan maklumat terkini kaitan dengan perubahan dan setiap apa yang berlaku dalam negara. Guru ada maklumat, guru mudah dapat maklumat, guru pandai menyampaikan maklumat malahan guru juga boleh mengubah suai maklumat agar ianya lebih menarik untuk tatapan dan pendengaran rakyat.
Untuk itu dari dulu lagi dan hingga kini malahan ianya timbul semula tindakan pihak ketua jabatan tertentu untuk ' menyungkil, menyelidik, menyenarai ' kecenderongan politik pegawai awam atau kakitangan kerajaan, terutamanya para pendidik atau guru. Juga terdapat kalangan pihak ( pegawai ) yang menjadi talibarut UMNO dalam hal ini, mereka sanggup melebalkan sama ada sesoerang pegawai itu " hitam, kelabu atau pun putih " Senarai nama-nama ini akan di hantar ke pihak tertentu untuk tindakan selanjutnya.
Kita masih ingat apa yang dilakukan oleh pegawai atasan Jabatan Pelajaran Johor ( sebagai contoh ) semasa satu pilihan raya kecil di negeri itu tidak berapa lama dahulu. Tekanan telah dikenakan terhadap calon bukan UMNO dan suaminya kerana bertanding menentang calon Barisan Nasional sedangkan wanita berkenaan sudah pun meletak jawatan.
General Order ( perintah Am ) memang di gunakan pakai oleh pihak pengurusan dan pentadbiran sebagai pegangan dalam tugas tapi kadang kala kita merasa pelik, kenapa mereka tidak menggunakan pakai peraturan yang telah disediakan untuk memudahkan kerja, untuk mengelakkan tekanan dalam kerja. Perintah Am Bab 'D" yang mengupas mengenai peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib). Oleh itu, tidak perlulah mana-mana ketua jabatan untuk cuba mencungkil mengenai pendirian politik pegawai bawahan kerana itu adalah hak mereka. Yang dilarang adalah perkara-perkara tertentu dan khusus, bukan hak mereka untuk menyokong mana-mana parti politik di luar waktu pejabat. Yang penting mereka menjalankan tugas yang diamanahkan dengan jujur dan penuh bertanggungjawab.
Dalam Peraturan 21 Perintah Am Bab 'D' menyentuh mengenai kegiatan politik. Khususnya kepada Pegawai Kumpulan Pengurusan Tinggi dan Kumpulan Pengurusan Profesional dilarang mengambil bahagian dalam politik atau memakai lambang parti politik khususnya tidak boleh:-
1) Membuat pernyataan menyebelahi mana-mana parti politik;
2) Menerbit/mengedar buku/artikel/risalah mengenai politik;
3) Merayu undi;
4) Agen pilihan raya tempat mengundi;
5) Bertanding apa-apa jawatan; dan
6) Memegang apa-apa jawatan.
Ini jelas jelas kepada pegawai-pegawai tinggi dalam perkhidmatan awam mereka tidak boleh terlibat tapi ianya dikecualikan kepada mereka di kumpulan sokongan. Kakitangan sokongan tidak terikat dengan larangan berkenaan.Tapi kenapa ketua jabatan atau " hantu " UMNO yang berjawatan terus memainkan peranan untuk memastikan pegawai sokongan ini di " seksa " perkhidmatan mereka. Atau apakah mereka pegawai tersebut bukan bekerja dengan kerajaan sebaliknya bekerja dengan UMNO? atau apakah mereka tidak memahami kehendak peraturan yang telah ditetapkan?
Kita merasa pelik dan hairan dengan perlembangaan yang ada dan menetapkan setiap rakyat yang berumur 21 tahun keatas dan perlu mendaftar dengan SPR sahlah mereka sebagai pemilih jadi mereka berhak untuk mengundi dan memilih sesiapa saja yang difikirkan sesuai untuk " selera " masing-masing termasuk semua pegawai tinggi termasuk Ketua Setiausaha Negara dan Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian berhak dan bebas menyokong mana-mana parti politik kerana mereka hanya dilarang melakukan atau terlibat dalam enam perkara yang disebut dalam Peraturan 21 itu.
Tapi oleh kerana kerajaan pimpinan UMNO / BN sentiasa menakut-nakutkan pegawai jagi mereka menyembuyikan apa yang mereka minati. Kita dapat lihat kini bagaima ada kalangan polis yang membongkar semula rahsia perundangan, ada kalangan orang UMNO sendiri yang membuka pekong " sifat kotor " UMNO untuk mendapatkan undi. Kesannya mereka tidak boleh menyuarakan secara terbuka pendirian peribadi masing-masing. Ianya sama seperti hak atau kebebasan mereka untuk mengundi, mereka bebas memangkah mana-mana parti politik yang disukai, tidak semestinya parti yang membentuk kerajaan.
Pendirian dan sokongan politik adalah hak masing-masing
dan tidak boleh dipaksakan oleh sesiapapun.
No comments:
Post a Comment