KUANTAN, 27 Feb - Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) hari ini menafikan bahawa Timbalan Pengarahnya, Dato' Hj.Mohd Ghazali Abd Aziz (foto) ada membuat kenyataan terhadap penangkapan tokoh agama dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Keadilan Rakyat, Dr.Badrulamin Bahron di Hotel Swiss Garden Resort pada 25 Februari lalu.
"Apa yang berlaku adalah salah faham dan kenyataannya yang telah dimanilulasi oleh pihak media. Beliau (Dato' Hj Mohd Ghazali) telah dicaci dan dihina oleh ramai pihak kononnya JAIP yang merancang tangkapan terbabit. Sebenarnya beliau hanya mengesahkan yang pihak JAIP telah melakukan operasi ketika kejadian tersebut. Operasi biasa dijalankan selepas mendapat aduan daripada orang awam. Tidak ada unsur tangkapan seperti yang didakwa. Cuma, kedua-dua tertuduh dibawa ke pejabat JAIP oleh pegawai berkenaan untuk diambil maklumat berkaitan. Mereka kemudian diarahkan ke Pejabat JAIP hari ini untuk diambil keterangan selanjutnya", kata sumber JAIP hari ini. Oleh itu, beliau menyeru semua pihak agar tidak membuat tuduhan yang bukan-bukan serta tidak berasas kepada JAIP atas kontroversi ini.
"Sebagai jabatan yang bertanggungjawab dalam hal itu, sudah semestinya JAIP akan menjalankan operasi bila mendapat aduan dari orang awam. Sama ada ada kes atau tidak itu terletak kepada bahagian pendakwaan. Memang benar ketika pegawai JAIP tiba, Ustaz Badrulamin berada di dalam bilik dan wanita yang didakwa itu berada diluar bersama anaknya. Namun persoalannya, di mana pasangan terbabit berada ketika suami wanita itu datang menyerbu?. Saya difahamkan, beliau yang menempah bilik lain untuk wanita terbabit. Soalnya, kenapa perlu dia timbulkan fitnah sedangkan dia tahu musibah yang lebih besar seperti sekarang akan terjadi. Apapun, biarlah pihak JAIP siasat perkara ini berdasarkan peruntukan undang-undang yang ada", kata sumber tersebut lagi.
[Media perdana pada Ahad (26 Feb) melaporkan Dr.Badrulamin telah ditangkap khalwat oleh JAIP. Malah, laporan tersebut telah disiarkan di akhbar dan TV secara eksklusif. Nampaknya, berbagai persepsi dan versi cerita yang diterima oleh ramai pihak tentang isu ini. Apapun, difahamkan Kerajaan Negeri Selangor telah mengarahkan beliau bercuti selama sebulan untuk menyelesaikan kes yang dihadapinya itu. Malah, Dr.Badrulamin juga khabarnya telah diarahkan oleh JAIP untuk hadir ke pejabat terbabit pada hari ini bagi mendapatkan keterangan lanjut tentang kejadin tersebut. Banyak lagi rupanya persoalan yang timbul dalam kes ini dan ia sudah pasti akan mengejutkan ramai pihak terutamanya umat Islam di seluruh negara. Justeru, sama-sama kita nantikan siasatan rapi oleh JAIP. Usahlah menimbulkan spekulasi dan menuduh yang bukan-bukan terhadap agensi terbabit. Mereka melaksanakan tugas yang telah diamanahkan dan tidak timbul soal berkonspirasi dalam kes ini. Semua pihak diminta bersabar!]

No comments:
Post a Comment