Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Sunday, February 26, 2012

PASIR SALAK - SIAPA SALAH SIAPA BENAR


Kg. Gajah 26 Feb. 2012, kini semua ahli-ahli UMNO tentu tertanya-tanya kenapa agaknya Dato T rancak dengan " program " menjual diri, seolah-olah nama beliau sudah tidak ada dalam senarai calun untuk PRU13, bertindak sebagai Pengerusi Felcra dan sudah tentulah sebagai Ketua Bahagian. Kedua-dua jawatan ini digunakan sepenohnya untuk merancang kepastian nama untuk dicalunkan. Setakat ini kedua-dua pucuk pimpinan UMNO / BN sudah menjejakkan kaki ke bumi Pasir Salak

YAB Muhyiddin - TPM berucap di Majlis Pecah Tanah
perumahan
untuk generasi ke dua pada 5 Oktober 2010.



PM juga hadir di tapak Perumahan Gen. 2 pada 18 Feb. 2012
Program Perhimpunan Rakyat


PM sungguh " teperanjat " dengan kemampuan Tajuddin untuk berbelanja besar semata-mata untuk memastikan nama beliau tidak tercicir, ramai sungguh ahli yang hadir, persiapan yang cukup " istemewa " sudah pasti ianya memukau pulangan " kredit " untuk dirinya.



Pada 25Feb. lepas dengan tetamu undangan YB Dato Mohammad bin Hj. Aziz, MP Seri Gading yang juga Timbalan Pengerusi Tetap UMNO telah sudi ke Pasir Salak dan memberikan ceramah dalam tajuk " Siapa benar, siapa Salah ". Mungkin dengan penjelasan ini akan memastikan satu pembersihan kepada Dato Tajuddin, atau pun mungkinkah Datuk Tajuddin telah di " screen " oleh UMNO telah banyak melakukan kesalahan yang boleh menjejaskan personalitinya dan kini beliau mungkin beliau juga sudah terkeluar dari " winable candidate " sebagaimana yang di sarankan oleh PM.

Siapa yang bersalah dalam kemelut politik negara kini, atau apakah kesilapan yang utarakan oleh pihak pembangkang telah membebankan UMMO untuk terus berkuasa. Satu analisa kaitan dengan tajuk itu:

Nama seperti Anwar Ibrahim, Nik Aziz memang sentiasa tidak lekang di bibir UMNO, dapat saja peluang untuk berucap khusus perhimpunan parti, nama kedua-dua mereka sebagai " wajib " untuk disebut berulang-ulang, wajib di kritik luar dan dalam. Kesalahan pada Anwar ialah selepas keluar dari penjara dan menduduki kerusi parlimen Permatang Pauh kemudian diangkat sebagai Ketua Pembangkang akhirnya berjaya menyatu padukan tiga parti pembangkang terbesar PAS, DAP & PKR.

Kepimpinan DAP pula, sudah mula boleh menggunakan ungkap dan menjadikan Alquran sebagai bahan rujukan untuk berucap, kemampuan mereka ke arah ini sudah tentulah PAS yang dipersalahkan, DAP sanggup menerima Hudud tidak perti MCA. Keujudah Kelab Peyokong PAS juga menyebabkan UMNO / MCA & MIC merasakan mereka sungguh tertekan dengan keadaan tersebut. Wakil DPP ini boleh duduk semeja dengan kepimpinan PAS seterusnya mempelajari serba sadikit perundangan Islam, dan akhirnya mereka pula yang mampu memberikan hujjah kepada rakan-rakan Cina dan India. Ini juga menyebabkan UMNO / BN pening kepala, dan khususnya UMNO pula gagal meneruskan " pembohongan " terhadap kehebatan Islam.

Kenapa mereka kepimpinan UMNO tidak marah, apa saja yang dibuat mereka semua tak betul, bagi wang RM250juta pun salah, beli cincin pun salah, beli alat perang ( kapal selam ) pun salah, di GLC sama ada Felda, Risda mau pun Felcra semua yang dibuat semua tak kena, lihat saja apa yang di canang oleh Anak kaitan dengan Felda, dah banyak Felda perlu mebayar saman kepada peneroka, di Felcra pula bagaimana BABAP pula sering membongkar setiap kesilapan yang dilakukan seperti Projek perumahan Generasi Ke2, sambutan PM dan TPM ke kawasan Felcra Seberang Perak yang menelan belanja jutaan ringgit. Itu adalah sebahagian dari isu yang " tak sepatutnya " dibongkar oleh pembangkan tapi pembangkang terus membongkar setiap isu yang perlu di ketahui oleh rakyat.

Secara ringkasnya program " Siapa benar, Siapa Salah ? " jelas memperlihatkan kesalahan ini terletak diatas bahu pihak pembangkang yang diketuai oleh Anwar Ibrahim. Dengan itu sudah tentulah Anwar dan rakan-rakan " akan meruskan " usaha pendedahan ini agar rakyat dapat mengetahui keadaan sebenarnya.

Apakah yang benar itu salah dan yang salah itu benar?
Satu perbinangan.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA