Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Friday, February 24, 2012

PRU13 - UMNO / BN DALAM DELIMA

Kalau kita lihat dan kaji dengan teliti kesan dari PRU12 memang sepatutnya UMNO merasa cemas dan amat takut sekali, dan untuk mengegalkan apa yang ada mereka amat perlu menggunakan semua " kuasa " yang ada. Malaysia ada 14 buah negeri termasuk WP dan Sarawak sebuah negeri yang tidak ada UMNO tapi memberikan sumbangan kerusi yang besar bagi memastikan UMNO / BN menguasai kerajaan.

Tapi apakah rasa kesian itu perlu berterusan apatah lagi pihak mereka bagitu bongkak dan angkuh setiap kali dalam perhimpunan mereka, mereka, kepimpinan lupa diri, cakap besar, hanya UMNO lah yang boleh memastikan Malaysia aman, hanya UMNO lah boleh memberi makan, dan segala-galanya UMNO yang boleh, berdegar-degar hanya dalam " kandang " sendiri.



Rangkaian 3 pemimpin yang kini sudah mampu
menggoncangkan kedudukan UMNO / BN


Kita lihat sahaja di Bahagian Pasir Salak yang di terajui oleh Dato Tajuddin, keputusaan PRU12 adalah satu pratanda di mana orang UMNO sendiri menolong calun mereka. Amat pahit bagi Tajuddin dan calun yang lain, kerana sebelum ini khususnya di zaman Allahyarham Dato Megat dan Tan Sri Ramli, parliment Pasir Salak sentiasa bermajoritikan belasan ribu, tapi sampai masa untuk Dato T, " under 3k "

BAHAGIANBARU1

PARLIMEN

N.48 SUNGAI MANIK

N.49 KAMPONG GAJAH

data dari UMNO Pasir Salak.

Bagaimana mereka ( UMNO ) pengkhususan di Pasir Salak, ingin memastikan kerusi yang dimenangi pada PRU112 terus kekal, senjata yang ada pada mereka ialah " wang " bagai wang bolehh di alirkan dan bagaimana juga " wang " boleh di manuplatekan untuk tujuan memancing undi. Untuk itu pada bajet 2012 yang diumumkan oleh PM, bagitu banyak sekali ringgit yang diturunkan untuk rakyat, belanja untuk ke sekolah RM100 setiap murid / pelajar, beli buku untuk mereka di IPTA RM200, untuk keluarga pendaptan bawah RM3000 ada pula BRIM dan yang terakhir ialah diterbitkan pula sama Satu Malaysia RM5000. Pasir Salak, menggunakan peruntukan sumbangan dengan tetamu utamanya Ahli Parlimen, dan setiap sumbangan pula " mesti " diambil mengikut apa yang dirancang oleh UMNO. Ibubapa di agihkan mengikut kawasan dan di jemput untuk hadir. Tapi malang kerana perancangan Allah adalah yang maha Agung, kerana ada ibubapa yang tinggal jauh dari kawasan agihan dan perbelanjaan untuk hadir ke Dewan Besar Felcra Changkat Lada contohnya dari SK Sri Chankat yang jarak jauhnya hampir 60km - pergi balik 120km. " tak berbaloi " rungut penjaga tersebut.

Kes kedua kaitan pula dengan BRIM, dari mula borang dikeluarkan sehinggalah pengagihannya, penglibatan UMNO amat jelas sekali, borang yang diedarkan sepatutnya tidak perlu di tandatangani oleh pihak parti tapi itu yang berlaku, akhirnya pihak LHDN juga menerima masalah dengan tindakan bahagian itu. Sampai masa penyerahan sebagaimana yang dirancang semua agihan perlu melibakan Wakil Rakyat ( pemerintah ). Setiap sessi agihan melibatkan 1000 jemputan penerima. Dan semua penerima " diwajibkan " mendengar " kempen " dari penyampai pula.

Kesempatan pengagihan ini diambil peluang oleh Dato T ( gambar ) untuk menjual kehebatan kerajaan BN, kehabatan pembangunan, kehebatan timbang rasa, kehebatan pengagihan " harta negara ", selain dari itu sudah tentu beliau turut menyerang kepimpinan Pakatan Rakyat, pemimpin yang menjadi " igauan " beliau sudah tentu Tuan Guru Nik Nik Aziz dan Dato Seri Anwar Ibrahim.

Kita rasa kesian juga, kalau tak ada majlis seperti ini mungkinkah kepimpinan UMNO gagal untuk mengumpulkan orang / rakyat? Kenapa agaknya rakyat sudah tidak berminat untuk hadir, kalau hadir pun mesti di angkut dengan bas, di beri wang saku, diberi duit minyak dan disediakan dengan hiburan. Lagi satu cara mereka ialah dengan menggunakan semua jentera kerajaan, termasuk kakitangan kerajaan untuk hadhir di majlis anjuran mereka. Kesimpulannya kesian deme.




Papan ini di paparkan untuk orang ramai semasa PM berkunjung ke Pasir Salak
tempoh hari, apakah Dato T masih sanggup memperbodohkah orang kampong
dengan isu Israil ini?,
semua orang dah tahu siapa sebenarnya yang menjadi talibarut Israel.


Itu contoh dari satu bahagian, mungkinkah bahagian-bahagian lain juga turut sama, keadaan dilaporkan setiap hari oleh akhbar alternatif, tambahan pula kini sungguh banyak isu yang membabitkann UMNO itu sendiri, terutama itu Lembu. Bagaimana pula MCA memperbodohkan UMNO dalam isu Islam. Apakah ini sabahagian dari penyebab UMNO takut untuk mengadakan PRU13. Mungkin mereka tidak yakin di masa terdekat. Mengambil kira PR sudah ada 80 kerusi di semenanjung termasuk yang melompat. Keadaan menujukkan kerusi ini akan terus kekal dan di " yakinkan " lagi di mana 40 kerusi dari DAP insyaalah akan terus kekal. UMNO juga tidak boleh mengharapkan rakan-rakan di Malaysia timur ( Sarawak & Sabah )

1 comment:

  1. ape pulak yg GM kater kan bn cba untuk bodohkan rakyat dgn isu anwar aljuburi bersekongkol dgn isarel... dah mmg betull.. xkan GM x tgk video c anwar aljuburi tu... dah terang2 die kater I'LL SUPPORT ALL EFFORT... ape maknenye, ke, GM pun turut samer menyokong kalo israel seksa n sembelih umat islam... kalo yer pun dah meroyan sgt nak jd wakilrakyat, x yah la buruk2kan org.. usaha dgn cara bersih... sian komer ni..

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA