Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Saturday, February 25, 2012

MELAYU - UMNO SANGAT MENGHAMPAKAN

Tsunami 2008, sungguh mengharukan, sungguh mendukacitakan, sungguh mengoris hati dan apatah lagi ianya meninggalkan kesan kepada pembangunan masyarakat pribumi itu sendiri. Baru di sedari, setalah 57 tahun merdeka, setelah 11 kali pilihanraya umum, setalah 5 perdana menteri berlalu kini yang ke6 dan setelah 14 Agong silih berganti kita penduduk pribumi sedang merempet di negerinya sendiri. Sedih sungguh sedih.

Kalau kita teliti dan amati, tidak pernah ada masyarakat lain yang memimpin kita, dari sejak merdeka hingga kini, bangsa lain yang menghuni di negara kita adalah sebagai " pendatang " asalnya tapi atas kebijaksanaan kepimpinan dan tekanan untuk merdeka " mereka " yang sebagai pendatang diberikan tahap warganegera dan hasilnya Tanah Melayu bebas dari cengkaman penjajah.

Kembali kepada permasalahan yang dihadapi masa kini, betulkan " melayu " sedang merempat di negerinya sendiri? benarkan harta kekayaan negara masih kekal di tangan Melayu, benarkan tanah-tanah rezeb Melayu masih di genggaman Orang melayu, atau apakah harta karun orang Melayu masih di tangan orang Melayu. Kalau semua isu yang dinyatakan masih memihak kepada Orang Melayu kenapa mesti Melayu merempat? - itu satu persoalan.


Keadaan " survival Melayu " sering menjadi " hot " topik dalam setiap perbicangan, foram hatta di mana sahaja ada peluang pemimpin Melayu khususnya dari kalangan mereka yang memerintah berucap isu Melayu merempat di bumi sendiri. NGO Melayu Perkasa, JATI atau mana NGO berteraskan Melayu dan Islam semuanya meluahkan kerisauan tentang survival Melayu dan Islam dalam Negara ini.

Pemimpin seperti Tun M adalah antara mereka yang kini sering " dipergunakan " untuk mengapi-apikan kedudukan melayu ini. NGO seperti Perkasa pula sering menggunakan khidmat dan idea beliau untuk tujuan tersebut. Tapi apa yang pelingnya foram untuk " kebangitan " semula Melayu ini tidak pula di jemput pemimpin-pemimpin dari kumpulan pembangkang seperti Anwar, Nik Aziz hatt Hj. Hadi sendiri. Apakah mereka ini yang di anggap menjadi penghalang kepada pembangunan Melayu.

Dr. Mahathir, apakah " Melayu " memang mudah lupa, rasanya zaman pemerintahan beliau kuasa raya di " rampas " dan bagaimana pula dengan peruntukan untuk pelajar-pelajar Melayu melanjutkan pelajaran ke IPTA gulongan mana pula yang memberhentikan biasiswa tersebut? Dasar Pensyarikatan, dasar baik tapi akhirnya penggulan dasar ini ada " udang di sebalik me " dan akhirnya hanya golongan tertentu yang jadi kaya raya, memanglah orang Melayu yang kaya tapi bilangannya?

Kita ambil dari apa yang didedahkan oleh pihak pembangkang, apakah benar dana untuk Bumiputra yang dipersetujui oleh kerabat semua peneraju kepimpinan negera ( Melayu, Cina & India ) untuk membantu pembangunan Bumiputra kini sudah pun kian habis, di maklumkan sejumlah lebih RM50bilion, dan kini hanya tinggal kurang dari 3 bilion, tapi orang Melayu masih " kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang " dan malam mereka berpuasa.

Kata pembangkan lagi, benarkan banyak tanah-tanah rezeb ( simpanan ) Melayu kian habis di pergunakan oleh golongan pemimpin, penggunaan bertujuan untuk pembangunan tapi hasilnya pemimpin yang dapat. Ada pula tanah tinggi yang terjual ada juga pulau di pindah milikkan, ada bangunan bukan milik kita. Dr. M adalah PM yang menukarkan biasiswa ke PTPTN, dari peringkat pelajar lagi pelajar kita sudah berhutang, pemimpin mana yang ajar ya?

Kuasa semua di tangan Orang Melayu, sebut saja apa jawatan, dari yang paling tinggi hinggalah ke yang paling bawah semuanya dimonopoli oleh orang Melayu dan akhirnya yang merana juga dari golongan Melayu. Kelahiran NGO seperti JATI, Perkasa perjuangan mereka seperti tidak ujug keiklasan, Perkasa, kepimpinannya lebih mementingkan perjuangan untuk survivl politik, JATI di ujudkan selepas di tendang dari PAS, jadi perjuangan mereka diperhatikan tidak ikhlas.

Merempatnya Melayu dibumi sendiri adalah disebabkan oleh Pemimpin Melayu itu sendiri, lihat bagaimana mereka menyalahgunakan kuasa semasa mereka menerajui GLC - syarikat-syarikat yang hebat tapi akhirnya kepentingan untuk pemimpin itu sendiri. Felcra, Felda, Risda semua bertapak di kawasan Melayu, tapi akhirnya Melayu di jadi bahan untuk memajukan kawasan ini tapi nikmatnya di nikmati oleh pemimpin yang menguruskan syarikat ini.

Keterasaan sangat Melayu terpinggir apabila UMNO mula nak tumbang, hilangnya kuasa juga terasa dari UMNO mula tidak dipercayaai oleh Melayu itu sendiri. Masyarakat Melayu bukan terpinggi tapi Masyarakat Melayu sudah hilang keyakinan kepada UMNO. Akhirnya pemimpin UMNO mula mengelabah dan Orang Melayu yang dikaitkan dengan keruntuhan UMNO itu.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA