Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, February 23, 2012

MALAYSIA - ADA 2 UNDANG-UNDANG


Datuk Seri Jamil Khir Baharom kali kedua " tertangkap " dalam menyalahgunakan wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), kali ini membabitkan pengeluaran dana zakat bagi kempen politik di Jerai. Sebelumnya pengeluaran di buat unuk bayaran guaman kes qazaf . Bagitu mudah mereka menggunakan wang yang di amanahkah, tapi penggunaannya tidak selari dengan apa yang diperlukan. Kali ini wang tersebut digunakan untuk tujuan politik, dana Yayasan Taqwa dengan memberi bantuan kepada penduduk Jerai serta menerbitkan buku politik ‘PAS Bukan Parti Islam’.

Dalam masa yang sama, Kamaruzzaman Pengarah Badan Bertindak Zakat Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) turut mempersoalkan mengenai ketelusan fungsi Yayasan Taqwa apabila sejumlah RM800,000 perbelanjaan agensi itu ‘ghaib’ dan tidak dinyatakan dalam Laporan Kewangan Tahunan 2010.

YB Nazri mengambil jalan " kawan mesti di tolong " dengan Sharizat hanya perlu membayar balik wang yang di gunakan dan boleh terus memimpin Wanita UMNO dan terus berkhdimat kepada negera. Mungkin juga cerita yang lain akan di berikan kemudahan sedemikian, Tajuddin Ramli dan Jamil Khir juga akan dapat perlindungan seperti itu.

Bolehkah cara ini dilaksanakan untuk semua gulongan masyarakat? dan apakah selepas ini banyak lagi kes-kes salah laku pemimpin akan di berikan keistemawaan undang-undang oleh undang-undang.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA