Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Saturday, February 25, 2012

PRU13- SAYA MOHON JADI CALON

Semakin hari semakin rancak para politikus membincangkan terbitnya atau pun bubarnya Parlimen Malaysia yang membolehkah PRU13, tapi keadaan masih lagi menidaknya andaian mereka, Najib masih lagi membisu kaitan dengan hal itu. Beliau masih belum diberikan ilham oleh Rosmah untuk tujuan tersebut. Untuk itu semua mereka yang " teringin " untuk dinobatkan sebagai calun perlu tungguh dilihat saja dulu atau pun menyediakan diri untuk menerima watikah pencalunan itu nanti.

PRU12 memang memberikan " kekutan " kepada PR untuk menempah tiket ke Putra Jaya, dengan 80 kerusi ( termasuk yang melompat ) sudah dikira kuat dan hanya mengharapkan penambahan 30 - 35 kerusi lagi. Kegagalan BN untuk menadapatkan majoriti 2/3 juga menggundah gelanakan mereka. Mereka sudah " libang libu " dengan kedudukan itu, dan sudah tentu Tun M orang yang paling risau.

Bakal calun dari PR, memang tidak dinafikan kini, rakyat / pengundi sudah mula memberikan kecenderungan untuk menidakkan UMNO / BN berkuasa lagi, tapi apakah pihak PR ( DAP, PKR & PAS ) sudah bersedia dengan calun-calun yang memenohi hasrat rakyat? Sudahkah mereka ( bakal calun ) menerima kekuatan dari rakyat ? sudah kah mereka menyelami hasrat dan cita-cita rakyat untuk menerima mereka nanti. Bakal-bakal calun perlu mencermin diri, amat perlu melaksanakan " Program sendiri turun padang ", dekatilah pengundi, kenalkan diri terutama mereka yang mungkin menjadi calun dalam kategori calun terbang.

Khususnya kepada PKR - rakyat masih " sakit hati " kepada calun-calun yang diberikan kepercayaan tapi memusnahkan harapan rakyat, khususnya di Perak. dengan " lompatan " ADUN dari Behrang dan Changkat Jering serta di bantu oleh Jelapang, Kerajaan PR Tumbang, kemudian diikuti pula dari Malim Nawar, selain dari mereka di peringkat Parlimen dan yang terakhir dari PAS - Hassan Ali. Apakah pemilihan mereka di tepat?

Kepada mereka yang " bergiat " sama ada di peringkat ranting, cabang, PPN atau pusat ( PKR ) apakah dengan penglibatan itu sudah dapat menawan hati pengundi - rasanya sudah tentu tidak. Kalau kehebatan sebagai pemimpin ramai pemimpin yang hebat tapi mereka tidak terpilih untuk jadi calun dan mungkin ada yang terpilih tapi gagal untuk merebut kerusi yang disediakan.

PR pada PRU13 ini bersetuju dengan apa yang di rundingkan pada masa agihan kerusi di PRU12, tapi apakah setiap calun yang di cadangkan itu samada ( PAS - PKR - DAP ) ada kekuatan tersendiri. Setiap calun tidak boleh mengharap dan berpaut kepada kekuatan parti gabungan semata-mata. Mungkin cara itu akan mengecewakan rakan dari parti lain.

Selain faktor tersebut, apakah kekuatan setiap calun yang dicadangkan itu memiliki kemampuan di peringkat " grass root ", dari sudut kenalan, kenakalan, kemesraan, sering bersua muka dengan pengundi di kawasan yang ditandingi, keakraban dengan pucuk pimpinan tidak memberi " credit " kepada calun tersebut.

Bakal calun perlu ingat, bukan semua MP / ADUN di minati oleh rakyat, bahkan bukan setakat jika kita seorang AJK di pusat, cabang hattan di ranting pun belum tentu dapat menyelami semua " cita rasa " pengundi.

Sehubungan dengan itu adalah perlu seorang bakal calon menyelemai hati nurani pengundi atau masyarakat sekeliling, atau buat satu kaji selidik, apakah diri " ku " ini sudah dapat di terima olah masyarakat atau pengundi di kawasan yang akan ditandingi. Sebagai calon juga perlu mengelakan rasa " ss ", yang penting turun ke grass root untuk menenal pasti setiap apa yang diperlukan oleh pengundi di kawasan, dengan mengenali dan mengetahui mereka kita dapat tahu samada pengundi ada rasa keyakinan terhadap kita, atau mereka rasa " benci "

Akhirnya jika dah di jadikan calun, insyaallah menang, terimalah, tunaikan serta berbaktilah kepada pengundi yang mengundi, jika kalah ianya bukan penghabisan dan yang penting elakkan diri itu dijadikan cacian masyarakat. Untuk itu juga, bekerja keraslah untuk menang dan jangan biarkan diri kita menjadi masalah kepada parti pula.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA