Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Monday, February 6, 2012

PRU 13 - UMNO TERUS GELISAH

Negara kini di buai dengan dendangan PRU13, mereka yang berminat dengan " pilihanraya " menjadikan topik ini untuk diperbincangkan setiap masa dan ketika, bagi mereka yang menjadikan " politik " sebagai mata pencarian menjadikan isu ini untuk mengisi kantong, dan bagi mereka yang bekerja dengan " politik " pula sentiasa resah dan gelisah untuk menunggu pengumuman bila pula parlimen atau dewan undangan negeri akan dibubarkan. Apa tidaknya apakah " diri ini " akan terpilih semula untuk di pertandingkan atau akan di tinggalkan oleh yang berkuasa. Bagi PM Najib pula, yang menjadikan tarikh pembubaran " hak " peribadinya pula berkira-kira apakah kemenangan akan berpihak kepada parti naungnya kalau diadakan pilihanraya.

Tapi PRU13 ini sungguh unik, keunikan ini berlaku di mana PRU12 telah meninggalkan kesan yang sungguh tragidis sekali, UMNO / BN gagal untuk menakluki parlimen untuk majoriti 2/3 dan kehilangan 4 negeri
( Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor ), kemudian dengan penglibatan Anwar Ibrahim secara lansung dan kemampuan dengan penubuhan barisan pembangkang dengan PR ( Pakatan Rakyat ) gabungan DAP, PAS dan PKR. Penerimaan rakyat atas PR sungguh menggalakkan. Najib, UMNO / BN cukup cemas.

Melihat kepada perkembangan politik mutakhir ini, terutama selepas Anwar dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi atas pertuduhan liwat kedua (kes kini dalam proses rayuan) yang menyebabkan semangat dan moral penyokong pembangkang amat tinggi semantara moral penyokong UMNO dilihat merudum serta UMNO terus diselubungi pelbagai isu, kedudukan antara BN dan Pakatan Rakyat nampaknya seimbang dan mempunyai peluang 50-50.

Disebalik pembebasan Anwar dari kes liwat 2, walau pun Najib dan UMNO pula, masih mendakap kuasa melalui warisan yang ditinggalkan oleh Pak Lah dan terus berusaha dengan pelbagai program, pendekatan dan pemberian "gula-gula" untuk meyakinkan rakyat, yang jelasnya kepimpinan tertinggi UMNO termasuk Muhyiddin, Zahid Hamidi, Hishammuddin, Shafie Afdal dan lain-lain pemimpin, tidak ada yang berani meluahkan keyakinan bahawa BN akan menang dengan selesa. Sebaliknya bagi Muhyiddin selaku TPM dan Timbalan presiden, walaupun sudah beberapa kali " turun padang " tapi masih kelu lidah untuk melafazkan kemenangan selesa.

Bagi UMNO, penglibatan semua pihak amat diharapkan, kini yang paling lantang memberikan buah fikiran untuk menang ialah TUN M, sebaliknya TUN Dollah diam membisu, disamping kelab Veteran UMNO.
Perisikan polis, Perisikan tentera, selain dari individu perseorangan serta badan-badan NGOs, " mesra " UMNO dan jabatan-jabatan seperti JASA, Kemas, BTN semuanya berpendapat yang UMNO / BN sukar untuk menang selesa kali ini dan silap-silap kalah terjunam. Paling banyak kerusi yang boleh diperoleh mereka ialah antara 90 - 100 sahaja.

Mungkinkah ini penyebab UMNO / BN akan kalah?

Percakaran Sesama Sendiri:
Bagi TUN M
Perpecahan yang sangat serius ini bukan kepalang besarnya. Di satu majlis rasmi di Shah Alam beliau telah menyeru ahli-ahli UMNO supaya menyokong calon UMNO walaupun yang diturunkan oleh parti itu bukannya seorang ahli UMNO. kenapa agaknya TUN M bagitu gementer dengan kekalahan UMNO kali ini, sebaliknya tidak ada pada TUN Dollah. Ini satu persoalan yang cukup kritikal untuk dijawab. Walaubagaimana pun TUN M amat mengharapkan UMNO / BN terus berkuasa.

Kepimpinan yang berpotensi : Faktor kepimpinan yang berpotensi untuk diketengahkan sudah " tiada ", lantas yang demikian TUN M menyarankan agar terima saja calun-calun yang boleh menang asalkan UMNO / BN dapat mempertahkan Putrajaya. Dimana letaknya maruah UMNO? Rakyat dapat memerhatikan bahawa kepimpinan UMNO hampir semua mereka adalah " perasuah " , pengamal salah laku kepimpinan, tamak dan halabo, mungkin ini yang dijadikan indikator dalam pemilihan calun itu nanti. Rakyat sudah sedar atas kesalahan UMNO ini. Mereka yang bersifat demikian bukannya " winable candidate "

Sabah & Sarawak : kedua-dua negeri ini sudah tidak lagi menjadi " simpanan tetap " kepada UMNO / BN untuk terus mempertahankan Putra Jaya. Jika kedua-dua negeri ini kehilangan 30% jumlah kerusi yang ada sudah pasti Putra Jaya beralih tangan. UMNO / BN akan kempunan. Realitinya, keadaan di kedua-dua negeri di zon timur ini menunjukkan ada potensi mereka memilih calun-calun dari PR.

Amalan Rasuah: Apakah peranan Bilboard dibawah mengimbau kembali apa yang sebenarnya dilakukan oleh kepimpinan UMNO kini?



Gambar: Billboard terbaru yang dipasang dijalan masuk ke Lake Garden Taiping
sempena lawatan ketua Najib hari ini. sumber Fawi Amin


Ini komen yang copy-paste dari blog Manjung Mari. Ingat tak lagi dah berapa banyak duit rakyat yang lesap hangus tak tinggal lagi 1. PKFZ RM12bill 2. Submarine commission RM500mil 3. Sime Darby RM964mil 4. Paya Indah Westland RM88mil 5. Posmalaysia (transmile) RM230mil lost 6. Eurocopter deal RM1bil wasted? 7. Terengganu Stadium Collapsed RM292mil 8. MRR2 repair cost RM70mil 9. Maybank Overpaid BII RM4bil 10. Tourism -NYY kickback RM10mil

Peranan akhbar perdana: Peranan akbar juga memainkan peranan dalam melaporkan aktiviti dan perancangan kerajaan untuk di tatap oleh rakyat. Pada masa kini jelas peranan yang dimainkan oleh akhbar khususnya akhbar perdana milik UMNO tidak memberikan butiran dan perincian yang telus untuk menangani permasalahan negera.

Memang tidak dinafikan peranan yang boleh dimainkan oleh akhbar-akhbar, peranan " akhbar " sebagai pelapor dan menyebar maklumat kini sudah tidak berperanan sedemikian, malahan ianya lebih menjaga kepentingan UMNO itu sendiri. Kita ambil contoh laporan Audit negara kaitan dengan pengurusan kewangan negara pada 2010, pelaporan tidak didedahkan, penyalahan gunaan wang negara tidak dimaklumkan malahan disembunyi terus oleh akhbar. Kenapa akbar perdana milik UMNO tidak selari dengan akhbar-akhbar Cina di negara ini?

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar ( gambar ) berpendapat akbar perdana terus menyempitkan pemikiran rakyat dengan berita dan rencana yang tidak terbuka, malahan semua sudut boleh dilaporkan seperti "Wadah untuk memperjuang dan memartabatkan Islam hampir tiada batas sempadan, tidak kira di masjid atau di padang bola. Cakap-cakap kecewa tukang karut Umno yang terbaru benar-benar memperlekehkan Islam apabila ia menggambarkan maruah umat Islam terpaksa bergantung dan menempel atas sesuatu jawatan," kata beliau. Malah, tegas Mahfuz, Islam boleh dimartabatkan tanpa mengira apa jua bidang yang diamanahkan.

"Bagi yang tidak berfikiran sempit, Islam boleh diperjuang dan dimartabatkan tidak kira dalam hal ehwal belia, sukan, pendidikan, pengajian tinggi, pembangunan modal insan, perumahan, pengurusan bangunan, pengurusan setinggan malah apa sahaja bidang.

Membeli undi : pada bajet 2012, dilaporkan kerajaan cukup prihtin dengan kesengsaraan rakyat lantas itu banyak sungguh peruntukan disediakan untuk rakyat, ada bantuan Rm100 untuk murid sekolah, RM200 untuk pelajar di IPTA dan BRIM RM500 untuk keluarga perpendapatan kurang RM3000 setahun dan diterbitkan pula SARA bejumlah RM5000 setiap permohonan. Semua " sumbangan " ini tidak dapat memastikan " undi " rakyat akan diberikan kepada UMNO, rakyat sudah faham dan tahu apakah matlamat yang ingin di cari oleh UMNO / BN. Lantas itu Najib terus tenggelam untuk mencari tarikh yang sesuai untuk diadakan PRU13.

Banyak lagi isu yang menjadi penyebab kenapa, PM tidak berani untuk membubarkan kedua-dua dewan Parlimen dan Dun, bagi kerajaan negeri di bawah PR mereka tidak berminat untuk turut membubarkan DUN jika di adakan PRU pada masa terdekat. Isu ini juga memberi tamparan kepada Najib. Sesungguhnya memang gusar PM Najib untuk mencari tarikh yang sesuai untuk mengadakan PRU13 kali ini. Wang sudah banyak di tabur tapi malang " wang diambil ceramah PK tetap di kunjungi "


No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA