Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Tuesday, February 7, 2012

AHLI FIZIK - SEMBAHYANG BERJEMAAH BANYAK KHASIATNYA

profesor Islam
Kalangan profesor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian dan merumuskan kaitan tentang solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam.Katanya tubuh badan manusia mengandungi dua sel elektrik iaitu sel positif dan sel negatif.

Hasil kajian mereka mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita diarah meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki.Tindakan-tindakan yang dianjurkan itu mempunyai pelbagai kelebihan.

Kajian sains mendapati melalui sentuhan badan kita dengan tubuh badan ahli jemaah lain yang berada di kiri kanan kita akan menstabilkan cas-cas yang diperlukan oleh tubuh.Ia berlaku apabila cas berlebihan , sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan.Manakala yang berkurangan akan di tarik ke dalam kita.

Setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar setelah badan kita berehat beberapa jam.Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas negatif dan positif yang hampir seimbang.Oleh itu kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Justeru solat Subuh didirikan hanya 2 rakaat.

Seterusnya apabila sampai waktu tengahari kita bekerja kuat dan memerah otak, semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dalam tubuh.

Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Kebiasaannya, selepas waktu Asar kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukan pula tidak bergitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yang kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.

Seterusnya adalah solat Isyak. Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa mensyariatkan 4 rakaat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam(qiamullail)

Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa.Segala amalan dan suruhan Allah itu mempunyai hikmah yang tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Beliau merasakan betapa kerdilnya diri dan bertapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya dengan hidayah Allah beliau memeluk Islam.

Nota;-
Nabi pernah merungut suatu hari...kata Nabi kalau boleh aku nak suruh org lain jadi imam sembahyang, dan aku nak pusing sekitar Madinah siapa yg tak sembahyang Jemaah aku nak bakar rumahnya...adakah rumah kita termasuk senarai rumah yg Nabi nak bakar

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA