Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Sunday, February 19, 2012

NAJIB - FELCRA ATAU BN

Kg Gajah 19 Feb. 2012, satelah penat lelah menyediakan keperluan seperti mendapatkan sumbar kewangan, mencari penaja, mengenal pasti lokasi program dan yang pastinya meyakinkan PM untuk hadir di majlis tersebut. Akhirnya pada 18 Feb. 2012 mulai jam 8.30 malam PM, Dato Najib menjejakkan kaki ke Tapak Perumahan Gen.2 di Changkat lada di Program " Perhimpunan Rakyat ".



billboard - untuk PM Tok Jib

Kehadiran Najib disambut oleh warga Felcra dari seluruh negara, dan mereka yang hadir ( dari jauh ) juga di sediakan penginapan bersama keluarga angkat di fasa-fasa yang disediakan. Sepanjang aktiviti ini masyarakat kawasan ini khasnya di Felcra Changkat Lada akan berhibur dan dapat melihat sendiri wajah PM kita. Satu kesilapan yang mungkin tidak disengajakan, kehadiran Najib di tapak majlis, azan Isya berkemundang dan Najib disambut dengan letupan mercun. Apakah mereka " terlupa " masuknya waktu isya atau memang mereka rancang untuk memperlihatkan " kehebatan " dengan " ketuanan Melayu " mereka saja yang tahu.



Dato T

Selain dari memaklumkan apa yang sedang dan yang sudah dilakukan untuk warga Felcra, seperti Perumahan untuk Gen. 2, Isu Anwar juga menjadi pilihan dan tak boleh ditinggalkan oleh beliau. Beliau masih " menyerang " Anwar, " saya adalah orang yang bertanggong jawab membawa dia kepersada kepimpinan UMNO " tapi sedih akhirnya beliau perlu meninggalkan UMNO dan terus mengkritik UMNO " hadir sama ialah Tan Sri Ramli Ngah Talib. Apakah Tajuddin masih ingat bagaimana zaman Tan Sri Ramli beliau direncanakan dengan gelaran " Six Million DollarMan " Tan Sri " memohon " Anwar ketika itu sebagai pengerusi Lembaga Disiplin UMNO untuk tidak memberikan keizinan kepada Tajuddin untuk terus berada dalam UMNO di Pasir Salak. Akhirnya Tajuddin di gantung selama 6 tahun tidak perlu aktif dalam UMNO. Dendam kesumat Tajuddin pada Anwar " "dulu, kini & selama-lamanya sehingga hari ini masih kental dalam ingatan.



PM memberi ucapan

Ucapan PM di dahulukan dengan mencemaskan di mana beliau tidak tahu mana satu patut baju yang di pakai, lambang Felcra ke atau BN. Lambang Felcra kini sudah banyak sangat komplain dari orang ramai, Lambang BN pula rakyat sudah muak, tambahan Perak bukan di " perintah " oleh BN, kerana PRU12 menunjukkan BN tewas, cuma hanya dengan kebacolan 3 ADUN sebagai penyebab untuk Perak di tawan semula oleh BN, dan pakai lambang Felcra, Pengerusi Tajuddin, nanti seolah-olah aku menghormati dia pula. " Sungguh serba salah " katanya

" Saya sungguh gembira semperna lawatan ke Perak hari ini, petang tadi semasa di Gopeng hampir 70K hadirin bersama dengan saya, dan malam ini di tapak perumahan Generasi ke2 ini melebehi 50k turut sama, ini juga melambangkan Perak dan BN masih ditangan BN " Kata-kata ini mungkin memastikan Tajuddin dan Zambry adalah " winable candidate " untuk PRU13 nanti. Sudah pasti kedua-dua pemimpin ini ceria dengan apa yang diucapkan oleh PM tersebut, dan sudah pasti nama mereka dalam " fail " calun pada PRU13 nanti.


Zambry & Tajuddin -
tergelak dan senyum sini atas pujian tersebut,

apakah benar BN hebat, apakah aku ini " winable candidate ?"

Bagi peneroka dan anak-anak Generasi 2 yang masih belum memiliki rumah, mereka merasakan Tajuddin telah menipu dan cuba mengauk keuntungan dalam projek ini. Apa tidaknya kalau diperhatikan dari perubahan yang di lakukan seolah-olah ada perancangan sulit oleh pihak pengurusan Felcra dalam hal ini. Pada asalnya rumah yang di tawarkan dalam 4 kategori dengan harga yang cukup munusabah, undian lot dibuat, mereka yang menerima telah membayar primium tapi hingga ke saat ini mereka masih belum tahun di mana tapak rumah mereka. Dipaparkan harga ( gambar bawah )



Harga baru selepas temuduga ke 2

Tawaran permulaan ialah: A cuma RM100k, B cuma RM70K,
C cuma 50K dan D cuma RM40K




Sebahabian dari tetamu

PM juga mengumumkan bayaran dividen yang sebagai " durian runtuh " oleh pengerusi hanya lah satu andaian yang mana memang sepatutnya semua peneroka memiliknya setiap tahun, dan mulai tahun lepas dividen dibayar sejumlah 4 kali setahun. Tapi pada penghujung Disember lepas di Hotel legend Kuala Lumpur, pengerusi sudah memaklumkan bayaran 2012 akan diberikan pada Februari atau Mac dengan 2 bayaran di bayar sekali. Apakah itu yang dinamakan " durian runtuh ?"

Disebalik " Perhimpunan Rakyat " ini adakah PM tahu berapa jumlah wang peneroka yang di keluarkan dari pokek mereka?



khemah 1 & 2



khemah 3 & 4

Khemah yang disedaiakan cukup " eksklusif ", untuk khemah gerai dan khemah tetamu, khemah tetamu yang berukuran 100m x 130m ( mungkin tak tepat ) itu pula disedaian dengan " fly wood " kerana tapaknya masih berpasir dan amat mudah untuk tenggelam, . disamping itu juga disediakan meja dan kerusi untuk jamuan makan satu meja untuk 10 orang. PM mengumumkan sejumlah 50k orang yang hadir, 3 set khemah bersaiz ini disediakan.

Dibawah ini disenaraikan ( jangkaan ) keperluan yang disediakan untuk majlis tersebut.
Bas jangkaan +- 600 buah ( untuk seluruh negara
Khemah seperti dalam gambar termasuk kerusi meja, kosnya berapa agaknya ?
Makan pengunjung 50000 x Rm10 ( paling minima )
Pentas untuk pesembahan berapa agaknya?
Bayaran " homestay " untuk perwakilan dari seluruh negera RM50 seorang
Tuntutan pegawai di hotel-hotel Manjung & Teluk Intan - difahamkan tarikh tersebut telah penuh di " booking "
Banner sejumlah hampir 1000 @ 100 se unit.
Bayaran Penyanyi jempujtan
Bayaran penambaka, pembinaan jalan, penyediaan lampu neon sekeliling kawasan, jumlah khemah untuk pamaren dagangan dari wakil seluruh negara.
Sewa Genset dan peralatan siaraya

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA