Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Friday, February 3, 2012

FELDA - FELCRA - DUIT RUNTUH SEBELUM PRU13



Sawit adalah hail komiti yang memberikan sumbangan kepada pembangunan negara masa kini, dan juga sumber pendapatan kepada mereka yang sentiasa dahaga dan lapar untuk " membuli " peneroka di ladang-ladang. Goverment Link Company ( GLC ) yang bagitu hebat, menguruskan hasil komuniti ini ialah 2 serangkai Felda dan Felcra.

Sebagaimana biasa peneroka akan menerima dividen mengikut kesesuaian masa yang di rancang oleh pihak pengurusan, kesesuaian masa ini tertakluk kepada masa seperti mula persekolahan, kedatangan hariraya hattaa mau pun kedatangan Ramadhan.

Tapi aneh bagi tahun ini 2012 yang kebetulan juga pihak kerajaan akan mengadakan PRU13, dengan itu sudah tentulah pihak pengurusan akan mengambil kesempatan untuk menggunakan sumber kewangan tersebut bagi meraih undi simpati rakyat, bagi Felda ianya di ketuai oleh YB Isa Samad dan Felcra pula oleh YB Tajuddin, kedua-dua mereka memang sudah ada rekod dalam pengetahuan rakyat terutama " orang " UMNO itu sendiri.

Apabila PM mengumumkan untuk memberi " durian runtuh " apakah ianya benar - itu satu persoalannya. Apakah ianya satu pembohongan oleh kepimpinan tertinggi UMNO, atau apakah yang dimaksudkan dengan " durian runtuh " itu memang wang hasil dari warga Felcra dan Felda itu sendiri.

PM ( gambar sebelah ) " Semua peneroka akan mendapat durian runtuh atau dengan kata lain wang tunai yang jumlahnya akan ditentukan oleh kerajaan nanti "

Peneroka harus berfikir apakah benar ianya " durian runtuh " atau pun wang dividen yang wajibkan untuk diserahkan kepada peneroka setiap tahun?

Apakah warga Felda & Felcra akan tertipu hanya untuk panjingan undian PRU13 oleh pemimpin UMNO ini?



YB Dato Tajuddin - Pengerusi Felcra

Beliau juga pernah menyuarakan di majlis penyampaian keuntungan untuk tahun 2011 pada 15 Disember 2011 di Hotel Lagenda KL. dividen akan diberikan hanya 2 kali setahun - jumlah 4 kali bayaran akan di bayar cuma 2 kali dan beliau juga berjanji untuk membayarnya pada antara Februari atau Mac 2012, Majlis yang diadakan di Hotel Lagenda itu juga strategi UMNO untuk proses " membeli " undi PRU13 nanti.

Apakah sebenarnya " duit runtuh " benar-benar " runtuh " ataupun kerana pihak tertentu telah menerima tekanan dan pembongkaran oleh ANAK dan BAPAK ( satu NGOs untuk Felda / Felcra ), atau apakah peneroka pula akan menerima wang pinjaman dari agensi lain ( GLC ) yang lain pula seperti KWSP. Jadi akhirnya " wang runtuh " itu adalah satu pinjaman oleh peneroka kepada agensi kerajaan yang lain. Mereka lakukan demi kepentingan undi di PRU13.



Sebagai rasa tanggongjawab dan ada " budi pekerti " setiap sumbangan diambil dan tapi
jangan sekali-kali terpedaya dan rasa terhutang budi dengan kerajaan dan UMNO kerana wang itu sememangnya milik mereka dan sebenarnya jumlahnya adalah terlalu kecil jika dibandingkan dengan jumlah yang telah disamun oleh UMNO selama ini. Harus ingat! Jika peneroka mengundi UMNO pada PRU13 nanti dan mereka menang, mereka akan rompak lebih banyak lagi untuk membayar hutang tersebut. Jangan kena tipu lagi. Ini semua adalah permainan dan muslihat UMNO yang hanya bertujuan untuk mendapatkan undi peneroka dalam PRU13 nanti. Bila dah menang nanti, mereka akan tindas dan hisap darah peneroka semula. Jangan sekali-kali percaya dengan kebaikan dan mulut manis puak UMNO ini.

Kini jelas peranan yang dimainkan oleh NGOs seperti ANAK dan BAPAK telah memberikan banyak hasil dan ngos ini juga kini berusaha keras memberi penerangan kaitan dengan mereka untuk menadai tanah peneroka (FGVH), sudah pasti berkepentingan untuk pemimpin dan peneroka akan hanya makan kuah, apabila sampai masa diumumkan adanya " duit runtuh " sebenarnya peneroka terus tertipu. Kepimpinan UMNO tidak bersedia untuk memberikan penerangan sebenar kaitan dan setiap aktiviti yang dirancangkan.

Bangunlah wahai peneroka, jangan tidur dan bermimpi lagi. Terlalu banyak sudah pengkhianatan dan penipuan UMNO terhadap Melayu dan peneroka Felda/Felcra. Wang yang akan diberikan nanti, ambil! jangan tak ambil kerana itu adalah antara hak peneroka yang disamun selama ini walaupun jumlahnya tidak setimpal dengan wang peneroka yang dihilangkan selama ini. Tetapi itu bukan durian runtuh. Yang dapat durian runtuh ialah puak UMNO selepas FGVH disenaraikan nanti. Mereka kaut hasil titik peluh peneroka secara sah dengan undang-undang yang mereka cipta sendiri.

Ingatlah wahai warga Felda, jangan tersilap lagi. Cukuplah selama ini kamu mengundi UMNO. Telah jelas dan banyak sudah penyelewengan yang telah mereka lakukan terhadap hakmilik kamu. Bangkitlah, bersama-samalah kita tumbangkan UMNO dalam PRU13 nanti supaya hakmilik kamu terus terpelihara untuk generasi-generasi yang akan datang.

"Jika ARAK itu ibu segala kejahatan, UMNO pula adalah ibu segala kezaliman, penipuan, kemungkaran, kesesatan dan kekufuran. Untuk selamat dunia dan akhirat, benci dan jauhilah kedua-duanya"

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA