Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, February 2, 2012

ACEH - ALBUM 2

Kepada pengunjung blog ini, di pohonkan kemaafan sepanjang dari 29 Jan. hingga 1 Feb. GM berada di Bumi Aceh bersama-sama dengan NGOs Peduli Kasih yang menganjurkan satu XPDC ke sana, bertujuan melihat sendiri dari dekat kesan Ombak Besar Tsunami dan cuba memahami gaya penghidupan sebuah " jajahan " yang masih di " taklok " oleh pemerintah Jakarta. Seramai hampir 50 orang peserta bersama-sama dengan rombongan kebetulan mereka pula hampir dari seluruh negeri di Malaysia Barat. Difahamkan" Peduli Kasih " telah mengadakan lawatan ke Kemboja dengan menziarah sekolah-sekolah agama di sana dan memberi sedikit dan semampunya sumbangan kepada mereka.



Lapangan, Bandar Udara Internasional, Sultan Iskandar Muda Aceh.
hebat lapangan terbang yang dulunya hanya bangunan kayu

Pemidang XPDC Dakwah keloaan PAS Batu.

Align CenterPaparan Menu di Warung Nasi Hassan, di mana rombongan Peduli Kasih di jamu oleh
Kepala Kantor Wilayah Kementerian Agama Propansi Aceh, Banda Aceh


Penerbangan AK1305, yang di tunda penerbangannya dari jam 1745 ke 1805 menyebabkan perjalanan aturcara berubah dan ahli rombongan terus di bawah ke Warung Nasi Hassan untuk makan malam bersama dengan Drs. H. Ibnu Sa'dan, Kepala Kantor. ( gambar atas ) Beliau amat teruja dengan kunjungan ini dan mengharapkan saliturahim antara kedua-dua negara dapat dieratkan lagi, khusus kita ada serumpan dan seagama

Dato tarmizi bin mohd. Jam ( gambar ) selaku Pengarah Strategis, Peduli Kasih merakamkan setinggi tahniah atas kesudian pihak Kementerian menerima kunjungan ini serta menyediakan Jamuan makan yang sungguh enak kepada semua ahli rombongan. Kita juga mengharapkan agar Aceh yang serumpun dengan Malaysia dari banyak aspek, terutama meletakkan Islam sebagai " pedoman " penghidupan, budaya hidup mayarakatnya hampir sama. Di doakan moga-moga persaudaraan ini akan berterusan dan kekal abadi


GM juga mengambil peluang untuk bergambar bersama Drs H. Ibnu Sa'dan dan
prof. Dr. H. Rusdi Ali Muhammad, turut sama rakan-rakan dari rombongan.


Ahli rombongan menginap di hotel Medan ini, sepanjang berada di Banda Ache.

Banda Aceh di waktu malam

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA