Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Wednesday, February 15, 2012

DATO T - SIAPA GAJAH MENTA ?



Papan Tanda di pintu masuk ke Ladang Sawit Felcra Barat Pasir Kubu

Kg. Gajah, 14 Feb. 2012, dilaporkan pada 13 Feb. 2012 satu majlis yang agak santai antara kalangan kaum pendidik dengan YB Ahli Parlimen Pasir Salak telah diadakan di Dewan Mellinium Kg. Gajah. Majlis santai adalah pertemuan antara YB Dato dengan kalangan pendidik selepas pertemuan semasa agihan Bantuan Persekolahan RM100 hujung tahun lepas. Pertemuan kali ini agak mengejutkan kerana ramai kalangan guru & warga pendidik yang hadir kerana di ajak oleh Dato T mengimbau kembali wajah seorang bekas guru dan Bekas Guru Besar SK Seberang Perak, dan Dato T juga mengimbau kembali mantan GB ini juga pernah menerajui Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia ( GMGBM ), disamping memaklumkan beliau juga adalah kawan rapat nya pada satu ketika dahulu.

Kenapa beliau begitu marah dengan mantan GB ini? Apakah mantan GB ini adalah antara pengundi di Parlimen Pasir Salak yang telah menggugat kedudukan beliau sebagai Ahli parlimen atau juga mantan GB ini akan menggugat kedudukan beliau sebagai calun pada PRU 13 itu nanti?.

Bagi GM, Dato T mungkin merisaui dan mengimbau di mana pada PRU12 beliau hanya memperolihi majoriti bawah 3ribu undi dan ianya jauh lebih rendah dari matan-matan YB UMNO / BN yang terdahulu termasuk Allahyarman Megat Junid dan Ramli Ngah Talib.
Dato T juga perlu ingat bagaimana " team " Ramli Ngah Talib yang pernah pada satu ketika cuba " membunuh " karier politik dan mereka menggelarkan Tajuddin ketika itu sebagai " six million Dollarman " tapi masa kini orang-orang ini ( orang Ramli Ngah Talib ) berkeliaran mengelilingi Dato dan apakah mereka benar iklas dalam perjuangan dan sentiasa memastikan Dato berjaya dalam arena politik khusus di Pasir salak ini? Atau apakah mereka laksana semut yang mengerumuni sebutir gula. Ketidak ikhlasan mereka jelas tertera dengan kemenangan Dato pada PRU12.
Memang tidak dinafikan GM memang rapat dan sentiasa terus " berbaik " dengan Dato T tambahan pula pada masa ini GM terlibat terus dengan rancangan ladang Felcra sebagai Pengerusi Koperasi, sudah tentu tahu sedikit sebanyak apa yang berlaku di Felcra itu sendiri. GM juga pernah dilantik sebagai Pen. Setiausa Pemuda pada 1987 dengan beliau sendiri sebagai ketuanya. Perhubungan baik terjalin terus, ini jelas terpancar di mana saja ada " funciton " Felcra, kami sering ada ruang untuk bersua dan bersalam dan bertegor sapa dan sudah tentu kita dapat membezakan suasana " berpolitik " atau suasana sebagai rakyat dan pemimpinnya.


GM bersama rakan ALK dan AJKP di pintu masuk
ke Ladang Felcra Barat Pasir Kubu.


Memang tidak dinafikan " tsunami " ciptaan Mahathir telah mengubah landskap politik tanah air, yang pasti UMNO kucar kacir, Melayu ramai yang melarikan diri dan terus bertindak tidak berminat lagi dengan UMNO. UMNO sudah jadi " diktator ", kepimpinan sudah tidak lagi " mesra " ahli. Kepimpinan melakukan banyak salah laku, semua agensi kerajaan terutama PDRM, SPRM, Mahkamah telah diarahkan untuk memastikan UMNO / BN sentiasa di aras yang betul. Penyelahgunaan kuasa, penyelewengan, rasuah, kronisme menjadi pegangan hidup mereka. Mereka yang waras daya fikir pasti meninggalkan UMNO.

Rakyat khususnya kalangan guru tertanya-tanya kenapa Dato sungguh pemurah masa ini, sanggup mengeluarkan peruntukan yang banyak untuk diberikan kepada sekolah, semasa jamuan raya, guru dan murid dapat sumbangan, beliau menyumbang wang raya Rm100 setiap orang guru. Di majlis pada 13 Feb. tersebut juga Dato menyumbang lagi, kali ini setiap sekolah menerima Rm400 untuk PIBG. Hebat dan banyak betul duit Dato T. Tapi mengapa menyumbang ikut musim, kenapa tidak dijadikan budaya, ini kerana Islam juga amat menggalakan umatnya bersedekah. Apakah lagi kalau umatnya soerang yang " sentiasa " dan setiasa murah rezekinya.
Kaitan dengan blog, GM mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian Dato " mengiklankan " nama dan melayari blog ini, dan mungkin blog ini akan lebih dikenali ramai dan sudah pasti " pengunjungnya " bertambah lagi, khusus dari kalangan guru. Juga kesudian Dato menyebut nama GM kepada kalangan mereka juga memberikan kredit kepada GM, sudah tentu pengundi dari kalangan guru akan memberi undi kepada GM nanti. Kalau gitu sudah tentu Dato akan " letih " dibuatnya. Kalangan guru yang " mesra " UMNO memang sudah berkurangan. Yang ada itu pun kerana mereka dapat " menjeling " poket Dato aje.



Sawit bercabang ini adalah identiti
Ladang Sawit Felcra Barat Pasir Kubu


Untuk renongan semua pengunjung, dapatan pada kuliah subuh
pada 7Feb.2012 atas tajuk Nikmat Syurga dan Azab neraka:


3 Jenis manusia yang dikenal pasti:

1- Mengaku diri sebagai HAMBA kepada Allah
tapi
sentiasa INGKAR dengan perintahNya

2- Mengakui bahawa rezeki itu ditetapkan oleh Allah
tetapi manusia sentiasa bersikap tamak halabo dan
tidak pernah
merasa puas apa yang diterima

3- Setiap yang bernyawa ( manusia ) akan mati
tapi
ada kalangan manusia ingin terus menongkat dunia.

4 comments:

  1. skang kiter dapat buat rumusann.. siape sebenarnye yg cba untuk menongkat dunia.. masih lg nak berselindung d balik topeng ciptaan sendiri.. sanggup jd blogger untuk menjatuhkan individu lain.. sdgkan d parlimen pasir salak, cukup kenal dgn topeng ciptaan GM ini...

    ReplyDelete
  2. Anon...mac 23 2012......mike yg kate GM pakai topeng dan jadi blogger itu hak dia. Dlm negara yg mengamalkan sistem demokrasi dia berhak utk bersuara bukan jadi pak turut mcm kamu....yg salah pun kamu kata betul sebab dah diperlembukan oleh umno...

    ReplyDelete
  3. kalo mcm tu.... mike pun lembu GM jge le, kan... dah jd pak turut pader GM... x turut takut x kaye, terpakse le ikut...

    ReplyDelete
  4. Datuk YIP KUM FOOK will lose MCA and he will give back the Dato title to the Sultan of Selangor, if he does not return the title, he will suffer because the title makes him have a lot of money and power in Malaysia, when he is in the MCA party, he is very proud and act to other people of the Chinese community in Kepong

    We are Chinese in Malaysia but we also have the power to speak for rights, we will protect our community to live in harmony and happiness for our children in the future and we can choose any politics in the country... last time MCA forced us to gather parties but now we are free in politics

    The last time was at the Buddhist Temple or the SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST ASSOCIATION in Taman Desa Jaya, Kepong...and we had to copy our IC to give Datuk YIP KUM FOOK because he and his group said, want to helped us in various matters, finally we found out that he collects our IC. to play politics

    We also need to write to inform our Malaysian PM to know our problem with Datuk YIP KUM FOOK, he made us and our Buddha / Buddhist monks problem.

    Shared by Ah Boon and friends

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA