Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Tuesday, February 7, 2012

ACEH - ALBUM 3

Kg. Gajah 7 Feb. 2012, XPDC dakwah NGOs Peduli Kasih - ke bumi Aceh pada hari ketiga bersamaan dengan 31 Jan. ahli rombongan di berikan keizinan oleh pihak Kementerian Agama Repuklik Islam Indonesia untuk melihat dari dekat pengurusan dan pentadbiran IAIN Ar-Ranry ( Institut Agama Islam Negeri ) di Banda Aceh.




Papan Tanda Kampus IAIN AR-Ranry - Banda Aceh

Kalau kita perhatikan keadaan papan tanda kampus ini, ianya jauh lebih baik apa yang ada di Malaysia, keadaannya cukup sederhana, malahan lambang kemegahan penduduk masyarakat Aceh adalah penghidupan " sederhana ", mungkinkah kesederhanaan penghidupan masyarakat disini ada kaitan dengan perjuangan yang masih belum selesai oleh GAM - Gerakan Aceh Merdeka?



Majlis taklimat oleh Bapak Rektor kepada ahli rombongan

Prof. Dr. H. Farid Wajdi Ibrahim adalah bekas mahasiswa dari USM Pulau Pinang, sebagai Babap Rektor beliau sungguh " kemas " dalam perjaungan untuk membebaskan Aceh dari cengkaman Jakarta, Aceh adalah bumi yang bagitu banyak hasil masholnya, semua hasil di hantar ke Jakarta dan penghidupan " kami " seperti apa yang anda semua lihat.

IAIN juga menerima pelajar-pelajar dari Malaysia, tapi pelajar-pelajar di IAIN tidak seperti apa yang ada di Malaysia dengan ikatan AUKUnya, kerana di Aceh kebebasan sebagai mahasiswa diberikan sebebas-bebasnya oleh pihak pentadbiran. " demonstarasi " adalah asam garam penghidupan bagi mereka di sini. Para mahasiswa boleh " meluahkan " perasaan dengan apa saja yang difikirkan bersesuai dengan penghidupan soerang " pelajar " tidak terkongkong seperti apa yang berlaku di Malaysia.



" board " mendisiplinkan kawasan pembelajaran sedang di lakukan.

Bidang pengajian yang terdapat di IAIN ini meliputi semua bidang keagamaan seperti Fakultas Syariah, Tarbiah, Ushuluddin, Dakwah, Adab, Pascasarajana. Setiap tahun mengambil pelajar 50 orang pelajar dari Fakultas Ushuluddin, Dakwah dan Adab sejumlah 50 orang akan diberikan beasiswa bebas ( serperti biasiswa )



Ahli rombongan mengambil kesempatn bergambar
beramai-ramai dengan Bapak Rektor.




" Bill board " hala tuju IAIN ini di paparkan sekitar kampus.




Sdr. Zamzuri dan penulis juga mengambil kesempatan untuk merakamkan
salam perkenalan dengan Bapak Rektor.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA