Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Wednesday, February 1, 2012

ACEH - ALBUM 1


GM sertakan gambar-gambar kesan Tsunami yang melanda Banda Aceh yang terjadi pada Disember 2004 dulu, memang betapa besarnya kekuasaan yang ada pada Allah, Allah bisa menghukum dan memberikan rahmat kepada hambanya, Allah juga sentiasa memberikan rahmat yang sentiasa redha dengan hukumnya.



Sebuah tongkang nelayan terdampar atas bumbung rumah penduduk,
dan kawasan ini adalah kawasan yang hampir dengan laut dan
penghuninya pula adalah dari gulongan nelayan.




Jelas dalam gambar yang di " shoot " semula yang diambil ini menunjukkan
bagaimana keadaan mayat bergelembangan mati akibat hanyutan ombak tsunami tersebut.




Kapal LTD Apung 1, kapal sejauh 6 kilometer di tengah laut terdampar di daratan dengan tolakan ombak Tsunami. Besarnya kuassa Illahi



Peristiwa ngeri hanyutan Tsunami di rekodkan di muzium di atas



Muzium Tsunami - Ache, pembinaanya adalah dengan
terjadinya kehendak Allah tersebut.



Replika ombak ini terdapat di muzium tersebut dan ketinggian ombak ini antara 34-35km, memang sudah pasti meragut mangsa dari setiap apa yang menghalangnya.



Saat cemas soerang kanak-kanak yang cuma dapat memeluk tiang untuk
menunggu mereka untuk menyelamatkannya.



Musnahnya sebuat masjid di Kreung Raya, Aceh Besar



Masjid Baitul Rahman, sebuah masjid yang dapat mempertahankan diri semasa kedatangan ombak besar tersebut, ianya tidak terjejas, dan kawasan di mana ramai kalangan " manusia " menjadikan ianya tempat berlindung.



Gambar 1



Gambat 2 & 1 adalah Kuburan Masal Siron

Di Kuburan ini ratusan mayat di kebumikan, dan tanah kuburan ini,
semua mayat di tanah dengan tanpa tanda " batu nesan "


Keluarga rombongan mengambil kesempatan untuk bergambar beramai-ramai sebagai kenangan, di doakan moga-moga Aceh akan terus membangun semula dengan lebih pesat.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA