Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, January 19, 2012

TANAH HAK MELAYU DI ROMPAK, UMNO / BN RESAH

Selepas Selangor, kini Perak pula terpaksa mengumpulkan semua ADUN dan perlu menginap di rumah-rumah angkat di 8 bahagian, Larut, Parit Buntar, Bagan Serai, Bukit Gantang, Taiping, Padang Rengas, Beruas dan Lumut. Persolannya apakah Perak juga sudah tidak selamat lagi di bawah pimpinan BN? Sejumlah 135 wakil BN turut serta di " perkhemahan " tersebut. Mereka juga mula " mengenali " betapa susahnya orang kampong untuk hidup. Perkampongan tersebut selama 3hari 2malam.

Mungkin juga perkhemahan ini adalah imbasan kembali di mana dan cara mana BN mengambil alih semula kerajaan Perak dari PR. Tindakan mereka sungguh tidak demokratik, dan kesan tindakan itu mereka " perlu " melutut kembali ke rakyat. Atau pun gelagat kepimpinan mereka kini telah dijadikan bualan oleh rakyat, dan rakyat akan menghukum mereka di PRU13 nanti. Sebaliknya rampasan kuasa ini di lakukan semata-mata kerana dendam kesumat dan fitnah kononnya keranaan PR menindas rakyat khususnya Melayu.

Tapi dengan cuma kelebihan 3 kerusi ( Jelapang, Behrang & Changkat Jering ), BN merasakan kedudukan mereka tergugat, tambahan kerusi dari kerabat MCA dan MIC sudah tidak boleh diharapkan lagi. Rakyat Perak beruntung kerana PR kuat sehingga BN terpaksa menurun bala tenteranya dan membawa berkandar-kandar projek untuk rakyat Perak. Amat rugi negeri yang rakyatnya menyokong Umno, kerana mereka dianak tiri kerana pemimpin Umno sedar mereka ini di dalam gengam Umno BN.

Sebenarnya kekalahan UMNO / BN adalah disebabkan diri sediri, rakyat sudah sedar dengan apa yang mereka lakukan, dibawah dengan ehsan Kedahline. Info. Sudah pasti rakyat rasa bosan terhadap UMNO / BN

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA