Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Wednesday, January 18, 2012

PRU 13, SOGOKAN SENJATAN TERAKHIR UMNO / BN

Kg. Gajah 19 Januari, agihan kewangan kedua yang di nanti-nantikan oleh penduduk / rakyat khususnya di Kampong Gajah akhirnya tiba juga, apa tidaknya hari ini pihak kerajaan melalui YB Parlimen telah sudi memanjangkan sumbangan wang BR1M bernilai RM500. Bantuan pertama RM100 untuk semua murid telah pun di berikan sebelum musim baru persekolahan bermula pada Disember lepas.

Kalau dulu untuk murid sekolah, Tajuddin juga dalam keadaan mendera ibubapa, mereka di panggil dari jauh hanya semata-mata untuk agihan tersebut, hari ini sekali lagi ramai juga kalangan ibubapa yang merungut, kerana mendengar " leteran " beliau sebelum BRIM di agihkan. Juga di fahamkan pada 2 Feb. nanti atas arahan ibupejabat MARA Tajuddin akan mengagihkan sekali wang persekolahan untuk pelajar tingakatan 4 di MRSM Pasir Salak.

Kata TPM, " pengagihan Bantuan Persekolahan, BRIM, Bantuan untuk SC di zaman Jepun, Sara 1M tidak ada kaitan dengan kepentingan politik untuk parti Pemerintah, malahan ianya adalah tanggongjawab sosial kerajaan kepada rakyatnya "


Tapi dukacita petang tadi di Dewan Serbaguna Kg. Gajah, Tajuddin yang juga Ahli parlimen Pasir Salak semasa menyampaikan BRIM kepada mereka yang berhak, mengluarkan kata-kata tohmahan kepada parti pembangkang khususnya PAS, PAS tak layak untuk memerintah, PAS apa dia buat, di Kelantan sebuah masjid pun tak mampu di bina.

Ramai kalangan yang menerima berasa amat hampa dengan cara YB ini berucap, kerana ianya langsung tiada kaitan dengan surat jemputan. Penduduk Kg. Gajah memang sudah mengenali budaya kerja beliua, kepada rakyat Felcra Seberang Perak, memang menunggu PRU 13, jika beliau masih lagi dicalunkan, rakyat Pasir Salak akan menghukum beliua.

Mengapa kepimpinan UMNO / BN masih memperbodohkan rakyat dengan ucapan-ucapan yang mempunyai " double meaning " Kalau gitu sahlah jika ungkapan ucapan mengatakan " Tidak " itu bermakna " ya " jadi sumbangan yang diberikan selepas bajet 2012 adalah umpanan untuk tujuan memancing undi PRU13. Jelas kini, UMNO hanya mampu bergerakan dengan " wang ", seolah-olah mereka sudah menjadikan " wang " sebagai talian hayat untuk meneruskan kepimpinan.

Ada juga kalangan yang menerima sumbangan tersebut secara sinis amat bangga dengan kerajaan yang prihatin kepada rakayt, sudah 57tahun merdeka dan sudah sampai ke PRU13 baru UMNO / BN mampu menunukkan keprihatinan mereka kepada rakyat. Tapi ada juga kalangan mereka yang menerima sumbangan hari ini meluahkan rasa kekecewaan terhadap ucapan yang disampaikan, dan mereka bersedia untuk menghukum beliau.

Kita tunggu dan lihat di PRU13 nanti.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA