Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Monday, January 9, 2012

LIWAT, MUSUH, KAWAN & BALA DARI ALLAH




Hari ini, Rakyat Malaysia di gemparkan dengan penghakiman yang kurang dari 10 minit oleh pihak hakim dalam kes Liwar 2 yang melibatkan DS Anwar Ibrahim. Dengan alasan yang cukup meyakinkan hakim membuat keputusan pihak pendakwa gagal memberikan bukti kukuh dalam pertuduhan tersebut, dengan itu DSAI di bebaskan dari pertuduhan.

" pembebasan " DSAI menjadi buah muluh rakyat Malaysia khasnya dan amnya seluruh dunia juga menunjukkan minat dengan beberapa akhbar ternama memberikan liputan kaitan dengn keputusan tersebut. BBC, CNN dan Al Jazeera, United Kingdom Sky News dan ABC yang berpangkalan di Australia juga memuatkan berita yang sama. Apakah pembebasan DSAI juga dinanti-nantikan oleh mereka?

"Selepas meneliti bukti, saya tidak boleh pasti 100 peratus bahawa integriti bukti tidak diusik. Saya mendapati adalah tidak selamat untuk bergantung kepada bukti DNA. Justeru, mahkamah hanya ada keterangan Saiful. Justeru, mahkamah keberatan menerima bukti sedemikian dari SP1 Saiful."Oleh kerana ini adalah jenayah seksual, mahkamah keberatan untuk menyabitkan berdasarkan keterangan Saiful. Tertuduh oleh itu dibebas dan dilepaskan," Hakim Dauk Mohamad Zabidin Mohd. Diah.
NONE

Anwar dengan senyuman yang cukup sinis dan gembira memberikan sedikit komen kaitan dengan " pembebasan " tersebut.

" Saya kini sudah bersih, Kita telah dengar tadi bahawa saya kini bebas. Tetapi ini bukanlah mengenai kebebasan saya. Perjuangan selepas ini adalah untuk membebaskan rakyat daripada terus ditipu kerajaan Barisan Nasional. Tugas kita sekarang ialah untuk membebaskan rakyat ... Bebaskan rakyat! ... Bebaskan rakyat."


NONEBagi Saiful hanya dapat menulis dalam Twitter dan dengan penoh yakin "Tidak di dunia,namun di (padang) Masyar PASTI," kata bekas pembantu Anwar dalam pesanan Twitter.

Beliau juga redha dengan apa yang diputuskan dan sentiasa berdoa agar diri ini sentiasa terus tenang, berdoa, istiqamah dan bersabar terhadap apa yang menimpanya.Bagaimanapun, tegasnya, walaupun tidak di dunia, hukuman di akhirat nanti pasti akan berlaku.


Inilah yang dikatakan " dunia politik " dulu kawan, boleh jadi musuh, dan kemudian boleh jadi kawan kembali. Kedua-dua mereka dari kumpulan pendesak yang utama, kedua-dua mereka " hebat " di zaman pelajar, Anwar di UM, dan Ibrahim Ali di UITM, sama-sama juga berjuang dalam pergerkan belia dan juga sama-sama menyertai UMNO tapi akhirnya kedua-duanya bermusuh-musuh antara satu sama lain.

NONE

Keputusan yang diterima oleh DSAI tidak dapat diterima oleh Datuk Brahim Ali, Selaku Presiden PERKASA yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, walaupun Mahkamah Tinggi memutuskan membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat, "proses keadilan belum selesai" sekiranya pendakwaan mahu merayu. Masih terdapat proses lain melibatkan Mahkamah Rayuan yang mempunyai tiga hakim dan Mahkamah Persekutuan dengan tiga hingga tujuh hakim. "Jadi segala gala nya belum muktamad," kata anggota parlimen Pasir Mas itu.

Soalnya mengapa Bgahrim begitu busuk sekali hatinya. Kenapa dendam pada DSAI bagitu membara pada beliau, Atau apakah ciri-ciri seorang Islam sudah tidak ada pada diri beliau?

Reputasi penghakiman DSAI dalam kes liwat 2 ini telah menaikan semangat di pihak kerajaan, dan seolah-olah mereka meletakkan sistem penghakiman sudah pulih, sudah tidak pilih bulu. " Keputusan mahkamah berhubung kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan badan kehakiman negara bebas dan mengeluarkan pendapat serta keputusan tanpa memilih bulu ", kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim.

NONEApakah dengan " pembebasan " ini sudah cukup untuk melambangkan badan penghakiman di Malaysia sudah " bebas " dari cengkaman ekskutif?, bagitu mudah pihak YB Rais Yatim meletakkan kedudukan tapi bagaimana dengan laporan yang lain, yang masih tidak diambil tindakan oleh pihak mahkamah?

"Penghakiman sudah diputuskan...dengan itu sah badan kehakiman negara ini mempunyai reputasi dan pendirian yang boleh disetarafkan dengan keputusan kehakiman negara maju berasaskan kepada 'rule of law' atau keunggulan undang-undang," katanya kepada pemberita, di Kuala Lumpur hari ini.

Terdahulu dalam satu kenyataan, Rais berkata Malaysia memiliki badan kehakiman yang bebas dan keputusan tersebut membuktikan kerajaan tidak mempunyai pengaruh ke atas keputusan hakim.

Liwat 1 & 2 sudah selesai tapi bagaimana pula dengan video Dato T? apakah DSAI akan terus menerima tohmahan dan fitnah dari musuh-musuh politik beliau? kita tunggu dan lihat apa perkembangan selanjutnya? Disamping teruskan doa untuk kebahgian seluruh rakyat Malaysia.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA