Beliau juga redha dengan apa yang diputuskan dan sentiasa berdoa agar diri ini sentiasa terus tenang, berdoa, istiqamah dan bersabar terhadap apa yang menimpanya.Bagaimanapun, tegasnya, walaupun tidak di dunia, hukuman di akhirat nanti pasti akan berlaku.
Diatas adalah komen Saiful atas pembebasan mahkamah kepada pertuduhan yang dinyatakan, pertuduhan dan perbicaraan yang bermula dari 2008 sebelum PRK Permatang Pauh di mana kerusi tersebut di kosongkan oleh DSWA untuk DSAI.
" Menuduh orang-orang yang bersih dengan tohmahan-tohmahan yang besar seperti berzina, liwat dan membunuh merupakan satu perbuatan yang diharamkan secara tegas dalam Islam. Bahkan ia termasuk dalam dosa-dosa besar yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah dan azabNya. Ini disebabkan tohmahan sedemikian berupaya untuk menyerang kemuliaan diri orang-orang yang beriman sama ada lelaki atau perempuan. ia juga boleh menyebabkan orang ramai buruk sangka terhadap tertuduh.
Perbuatan demikian juga menyebabkan tersebarnya kejahatan di kalangan orang-orang beriman. Oleh itu Alquran mengecam keras perilaku seperti ini dan mengancam para pendusta yang melakukannya dengan seksaan didunia dan di Akhirat.
Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang Mukmim dan Muminat tanpa kesalahan yang mereka perbuat, maka sesungguhnya mereka talah memikul kebogohangan dan dosa yang nyata : Al-Azhab (33):58
Kepada mereka yang membuat tuduhan kaitan dengan kesalahan seperti berzina, mereka perlu mengukuhkan pertuduhan dengan mendatangkan 4 orang skasi yang adil dan tidak cacat keperibadiannya. Semua saksi mestilah telah meliaht yangtertuduh sedang melakukan perubatan zina tersebut dengan perempuan secara jelas dengan mata kepala sendiri. Ianya diterangkan secara dalam perundangan syarikah. ( An-Nur (24);11-13 )
Bagi An-Nur (24):4 Dan orang-orang yang menuduh wanita baik berbuat zina dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi maka sebatlah mereka yang menuduh 80 kali sebatan. Dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang yang fasik.
3 jenis hukuman yang perlu diterima oleh penuduh ini:
1- hukuman fizikal dengan 80kali sebatan, sebatan yang menyakitkan tubuh badannya ianya merupakan balasan terhadap perbatannya menyakiti peribadi orang lain. Tuduhan yang disebarkannya itu juga boleh memusnahkan kehidupan orang yang dituduh serta kaum keluarganya.
2- hukuman moral dan sosial, iaitu dengan menggugurkan segala pertimbangan moral dan sosial orang yang menuduh. kesaksiannya dalam urusan kewangan, sivil, sosoal, politk tidak boleh diterima pakai.
3- hukuman agama, iaitu dengan menggelarnya sebagai orang yang fasik dan memasukknayn ke dalam golongan fasiqun.
Kita berdoa kepada Allah semoga Saiful diberikan hidayah untuk kembali kejalan sebenar dan bertaubat.
rujukan: Qazaf - menjawab Fitnah, Penyunting Mohd. Naim Mohd. Noor
No comments:
Post a Comment