Satu fenome baru yang sungguh membimbangkan masa kini ialah dengan kadar kelahiran bayi tanpa bapa ( luar nikah ) sejak tahun 2008 hingga 2010 berjumla 152,182 nyawa, statistik ini dikeluarkan oleh JPN ( Jabatan Pendaftaran Negara ) Ia amat menggerunkan dan cukup memalukan sebagai sebuah negar yang melebalkan sebuah Negera Islam. Apakah cara hidup para muda mudi negara ini sudah berubah " trend " atau apakah " trend " penghidupan ini jelas menunjukkan tahap sosial, zina serta pergaulan bebas generasi mudi masa kini sudah idak terkawal lagi.
Carta salah laku remaja masa kini
Apakah tindakan Kerajaan Melaka dengan menubuhkan " sekolah Harapan " sebagai jalan keluar untuk mengatasi kemelut permasalahan sosial remaja kini ? Apakah sebuah Negara Islam tidak ada garis panduan yang boleh dijadikan panduan untuk perkembangan generasi belianya? Atau apakah pihak pemerintah yang rasa " keberatan " untuk menggunaan perundangan yang terdapat dalam Alquran untuk tujuan tersebut?
Kini negara sedang di landa satu wabak " hiburan " yang cukup menggerunkan, kita lihat bagaimana taburan pusat-pusat hiburan yang disogokan untuk generasi muda, bukan itu sahaja bagaimana peranan yang dimainkan oleh media elektronik, hampir setiap station semuanya memberikan kelebihan kepada " hiburan " berbagai-bagai pertandingan diadakan. Pusat hiburan pula di berikan " keizinan " untuk menganjurkan aktiviti kemaksiatan, penoh dengan pergaulan bebas, arak, zina pelacuran, bahkan dadah dan segagalam macam jenayah. Yang lebih dikesalkan ada antara pusat hiburan semakin banyak bercambah malah dapat " permit " untuk peroperasi oleh pihak pemerintah.
Arena pendidikan sudah gagal untuk melahirkan generasi " ulu albab " sebagaimana yang di rancang. Atau pun alam pendidikan sudah menjauhkan generasi penerus mendampingi agama sebagai pelindung penghidupan. Tapi apa yang jelas budaya hiburan melampau melalui televisyen mudah mendapat tempat. Akhir-akhir ini pula, semakin galak pula artis-artis yang berpakaian mengghairahkan diberikan liputan media dalam media utama negara. Bahan berita mereka dengan aksi yang mendebarkan menjadi isu utama dalam media yang dibaca dan ditonton oleh jutaan anak-anak muda di negara ini.
Apa yang menyedihkah lagi sebut saja " buruk perangai " ianya semua memihak kepada orang Melayu, di mana saja Pusat Serenti - Melayu lah yang ramai, sebut saja kes buang bayi - gadis remaja Melayu yang terlibat ramai atau peminat kepada budaya penyalahan gunaan dadah pasti ianya menunjukkan penglibatan Melayu yang ramai, isu Mat Rempit juga dari generasi
Mungkin pemerintah perlu ada rasa pertanggongjawaban cara mana untuk memastikan gejala anak luar nikah ini dapat di meminimakan, mungkin pengawalan pusat-pusat hiburan dihadkan masa operasi dan di larang terus menerima kunjungan dari orang Melayu, kebenaran untuk mengadakan konsert khususnya artis dari luar negara perlu di kawal serta menjaga tatasusila gulongan artis Melayu yang juga sebagai ikon kepada keruntuhan moral golongan remaja masa kini. Perlu ada garis panduan terhadap persembahan yang akan dibuat agar mematuhi budaya dan akhlak masyarakat di negara ini.
Sebagai sebuah negera yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi, dan kebetulan pula kepimpinan teraju pemerintah pula dari gulongan yang beragama Islam, adalah sepatutnya perundangan Islam di gunakan untuk mendidik, membentuk dan mengolah masa depan generasi peneraju negera ini. Sistem pendidikan yang ada juga perlu diberikan penekanan kepada pembentukan moral remaja.
No comments:
Post a Comment