Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, December 8, 2011

ISTANA - SUDAH NAMPAK KELEMAHAN KEPIMPINAN

Kini istana mula bersuara meliahkan gelagat kepimpinan yang ada, mungkin istana juga telah mula rasa sabar melihat gelagat dan gelojohnya kepimpinan yang ada kini, masalah demi masalah yang dicipta, sama ada sasaran mereka rakyat jelata, kepimpinan pembangkang, kakitangan awam hatta di pihak istana juga tidak ketinggalah. Mungkin juga pihak istana merasakan perlunya satu " muafakat " di peringkat istana amat diperlukan.

Suara dari istana 1 - dari Negeri Sembilan

Putera Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan iaitu Tunku Zain Al-Abidin Tuanku Muhriz ( gambar bawah ) telah membangkitkan kemarahan pemimpin dan perwakilan Umno yang menghadiri Perhimpunan Agung Umno kerana salah faham artikel yang ditulis oleh Tunku Zain Al-Abidin di dalam akhbar The Star yang mengatakan mengenai lintah-lintah di PWTC. Tulisan beliau di kolumnya di The Star telah membangkitkan salah faham UMNO terhadapnya.



Selaku SUA UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, kegagalann untuk mohon maaf dalam tempoh yang diberikan, pihak terbabit perlu bersedia untuk berhadapan dengan tindakan mahkamah. "Mana boleh dia (kolumnis) mengatakan kita (pemimpin UMNO) macam lintah, itu adalah salah," katanya ketika ditemui. Beliau diminta mengulas tindakan penyumbang ruangan pendapat mingguan The Star itu yang mengumpamakan para pemimpin UMNO seperti lintah.

Bagi Datuk Bung Mokthar Radin YB Kinabatangan yang juga Ahli MKT , pemilihan kepimpinan UMNO melalui proses yang sukar dari cawangan, bahagian dan ke MKT, ianya sudah tentu tidak semudah yang dijangkakan


Seorang lagi ahli MT, Datuk Seri Mustapa Mohamed menasihatkan penulis itu agar melihat kembali perjuangan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO untuk kemerdekaan negara. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, dalam UMNO tiada unsur kronisme bukan seperti pembangkang.

Ahli bebas dari Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim pula musykil dengan tindakan The Star kenapa pada saat perhimpunan ini di ungkit perkara tersebut. Ahli Dewan Negara, Senator Mohamad Ezam Mohd. Nor pula berpendapat, kenyataan tersebut tidak melambangkan kemuliaan institusi yang diwakilinya disebabkan perkataan yang tidak beradab sehingga merendahkan martabat pemimpin UMNO.

Bagi Datuk Ibrahim Ali, arikel ini ditulis dan memang menjadi kekerapan kepada The Star untuk memuatkan artikal sedemikian rupa. Beliau merasakan kehairanan bagaimana pihak The Star boleh menggunakan komunis yang berfikiran liberal untuk menarapkan agenda Melayu. Tulisan itu lebih kepada retorik, menggunakan cara halus untuk merendah-rendahkan kepimpinan kerajaan secara melulu "

Akhirnya secara profesional The Star melapukan Tengku ' Abidin secara terbuka memohon maaf atas artikal tersebut. Artikal Lintas di PWTC telah mencetuskan suasana kurang senang di kalangan pemimpin UMNO. Menurutnya, artikal itu telah dijelaskan secara analogi kepada beberapa individu tetap malangnya terdapa pihak yang menggap komen itu ditujukan kepada semua perwakilan di perhimpunan tersebut. Dengan itu saya ingin memohon maaf di atas salah faham terhadap artikel mengenai lintah-lintan di PWTC minggu ini. " Sesiapa yang pernah membca arikel saya dalam tempoh tiga tahun ini akan tahu bahawa saya sangat kagum an amat menghormati peimpin UMNO, " katanya.


Suara 2: Raja Muda Perlis
Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mahu semua pihak memartabatkan tulisan Jawi ke tahap lebih tinggi setara dengan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

"Pada hari ini, kita menghadapi satu persimpangan dan persoalan realiti iaitu bagaimana kita selaku generasi pewaris hendak menjulang tulisan Jawi ke suatu tahap baharu di era globalisasi ini, sebagai identiti dan lambang jati diri kita,” titah baginda semasa merasmikan Persidangan Kebangsaan Tulisan Jawi kali kedua dan Karnival Jawi 2011 di Perpustakaan Negara di Kuala Lumpur hari ini.

Menurut baginda, selain program-program lebih menyeluruh perlu dilakukan secara berterusan oleh semua pihak, usaha ke arah itu juga perlu dilakukan melalui medium yang pelbagai termasuk melalui bidang teknologi.

"Medium IT yang digemari masyarakat kini juga harus digunakan oleh penggiat tulisan jawi dengan mengeksploitasi apa sahaja media baru dalam menyampaikan atau akses segera dalam usaha mempercepatkan proses pengajaran dan pembelajarannya,” titah baginda.

Bimbang dengan perkembangan terkini di mana tulisan itu hanya dicetak di dokumen berkaitan urusan agama dan hanya menjadi tempelan di papan tanda, baginda menyarankan agar akhbar Utusan Malaysia dapat menyediakan sekurang-kurangnya satu muka surat tulisan Jawi setiap hari berbanding sekali pada setiap minggu pada masa ini.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah pendedahan tulisan Jawi kepada kaum bukan Melayu juga perlu dipergiatkan lagi melalui pelbagai pendekatan bagi mengikis persepsi bahawa mempelajari tulisan itu "tidak bermakna masuk Melayu atau masuk Islam".


1 comment:

  1. Alhamdulillah...., ada jugak istana yg beramal dgn ilmu dan bertanggungjawab dgn kuasa yg di anugerah Allah... tapi masih banyak lagi yg buta perut sebab dah banyak mentekedarah projek dan duit haram amno laknatullah... kemudian berlindung kununya tak mau terlibat politik, tapi laba sapu bersihhhhh...

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA