Perhimpunan gulongan " Elite " ( PAU ke 62 UMNO ) negara sudah pun selesai dan perhimpunan kali ini lebih menjuruskan untuk membetulkan diri sendiri di sebalik untuk melengkapkan kekuatan parti yang telah cukup uzor itu. Mereka dari semua kepimpinan - termasuk puteri, pemuda, dab wanita langsung tidak menyenaraikan apakah peranan dan tugasan untuk menguatkan parti malahan mereka " mengcorrect " diri dengan kesalahan yang telah di lakukan.
Analisa kali ini kita cuba berikan perhatian kepada ucapan Ketua Pemuda - sedih juga mengenangkan beliau kepada sudah pun menjawat jawatan tertinggi dalam Pemuda dan salah seorang naib presiden tapi kemenangan beliau tidak di iktiraf oleh presiden parti. Bukan itu sahaja pencabarnya anak Mahathir di lantik timbalan menteri dan naib beliau juga di lantik ke jawatan timbalan menteri.
Persoalannya apakah pemusuhan antara presiden dengan KP ini berterusan, cuba kita fahami ucapan beliau semasa perhimpunan pemuda tempoh hari:
Sambil mengambil kisah dari filem P Ramlee '6 Jahanam', Khairy menempelak pembangkang berhubung cubaan tersebut yang disifatkannya "polemik politik pembangkang jijik". Beliau mendakwa polimik pembangkang masa kini cuba:

menjahanamkan sistem demokrasi,
menjahanamkan sistem pentadbiran,
menjahanamkan maruah negara,
menjahanamkan sejarah negara,
menjahanamkan jati diri bangsa, dan
menjahanamkan kemakmuran ekonomi negara.
Pada pandangan GM kerosakan negara sebagaimana yang di nyatakan KP ini memang benar dan cukup mendukacitakan, kita boleh lihat di mana saja, peranan agensi kerajaan, badan berkanun, GLC, bukan lagi untuk memastikan penambahbaikan pengurusan kepada negara tapi sebaliknya agensi-agensi kerajaan lebih mementingkan " keutuhan dan kesejahteraan UMNO " itu sendiri. Kita ambil contoh, isu NFC yang dikaitkan dengan KW - Sharizat - secepat kilat pihak PDRM mengesahkan tidak adanya penyelewengan dalam pengurusan peruntukan wang rakyat RM250 juta sedangkan Audit Negara yang melaporkan kelemahan pengurus dalam auditnya.
Menjahanamkan Sistem Demokrasi. Kalau kita amati, mana ada kebebasan dalam politik lagi, lihat saja pada semua media cetak perdana, media elektronik semuanya di bebankan dengan keperluan hak parti pemerintah. Setiap parti pemerintah ada akhbar masing-masing. Badan-badan penyiaran ini lebih mementing parti pemerintah bukan kerajaan yang memerintah. Lihat sahaja TV semua saluran sanggup menyiarkan cara langsung PAU setiap tahun. Sedangkan Pembangkang berusaha untuk mendapatkan piliharaya yang telus hingga ujudnya Bersih 1 dan 2. SPR yang sepatutnya bebas juga " terbelenggu " dengan kehendak parti pemerintah.
Apakah ini peranan GLC dalam membantu Rakyat?

Menjahanamkan Sistem Pentadbiran. Contoh, lihat sahaja bagai pengurusan dan pentadbiran di jabatan kerajaan, seperti jabatan pelajaran. Mantan Pengarah Pelajaran Perak sanggup mengeluarkan arahan agar tidak menerima setiap bantuan dari kepimpinan pembangkang. Permis sekolah juga di jadikan tempat kepimpinan UMNO menjaja kempen untuk kepentingan peribadi, lihat sahaja bahagimana pihak kementerian sendiri sanggup mengeluarkan arahan agar setiap agihan wang " one off " bernilai RM100 mesti di sampaikan oleh wakil dari parti pemerintah.
Apakah ini peranan GLC dalam membantu Rakyat?
Bagaimana ada kalangan pengerusi GLC yang sanggup menggunakan kedudukan untuk mengagihkan kekayaan diberikan kepada kroni dan sahabat handai beliau sahaja. Penglibatan mereka menyebabkan peranan an tanggongjawab pegawai di GLC dan jabatan hilang arah tuju.
Menjahanamkan Maruah Negara. Maruah negara kini tercemar dengan masalah dan budaya fitnah dan memfitnah khususnya terhadap DSAI. DSAI memang dikenali di kalangan kepimpinan dunia terutama sebelah Arab. Tapi kepimpinan negara sejak Tun M lagi terus menerus melaksanakan budaya fitnah tersebut. Itu kes DSAI kemudian dikaitkan pula dengan kes rasuah `Scorpene' melibatkan pemimpin utama mereka. Kisah pembunuhan Altantuya rakyat Monggolia, sehingga kini membusukkan nama negara kerana masih gagal menentukan mengapa Altantuya dibunuh dan atas arahan siapa? Sebuah akhbar di luar negara sering melaporkan kisah isteri seorang pemimpin negara ini yang suka bermewah-mewah di luar negara. Ini menjahanamkan maruah negara. Juga tidak ketinggalan di laporkan ada kes kaitan dengan kepimpinan negara merogol pembangu rumah.
Menjahanamkan Sejarah Negara. Siapa boleh berikan jawapan tepat samada British itu dianggap sebagai Pejuang Kemerdekaan atau mereka yang menentang British? Jika benar British itu pengkhianat atau penjajah, siapa pula yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong yang dimiliki oleh British ketika itu? Siapa yang sebut Tok Janggut itu pengkhianat? Pemimpin utama mereka baru-baru ini sebut, Komunis sekarang sudah baik? Adakah kerana ingin berbesan dengan rakyat negara komunis maka secara `automatik' Komunis pun menjadi baik?
Menjahanamkan Jati Diri Bangsa. Dari Bahasa Melayu kita tukarkan ke Bahasa Malaysia, dari boleh membaca dan menulis jawi kini ianya sudah ditiadakan, harta Orang Melayu bukan bertambah di bawah kepimpinan Melayu lihat sahaja bagaimana tanah rezab Melayu di perlakukan dengan tanpa kenang fikir oleh kepimpinan. Lihat sahaja dalam sistem pelajaran kepimpinan UMNO menidakkan kemampunan Bahasa Melayu untuk tegak berdiri sama inggi dengan bahasa Inggeris lantas dasar pelajaran dari KBSR ke PPSMI. Hatta UMNO sendri gagal untuk mendaulatkan penggunaan Bahasa Melayu dalam singkatannya.
Menjahanamkan Kemakmuran Negara. Semenjak bila negara ini tidak makmur? Bukankah pemimpin negara sering berkata negara kita makmur? Cuba tunjuk di mana kawasan atau negeri di negara ini sekarang sedang berperang atau berlaku kekecohan? Mereka hanya dakwa akan berlaku huru-hara jika parti mereka tewas dan tidak lagi berada di Putrajaya. Ertinya, sekarang ini masih wujud lagi kemakmuran. Di Empat buah negeri yang berada di tangan Pembangkang sekarang berlaku perang atau huru-hara kah? Yang melakukan huru-hara di negeri-negeri tersebut siapa? Mahu tahu cuba tanya Umno atau geng-geng songkok tinggi.
Banyak lagi contoh yang boleh di kemukan untuk tatapan semua pihak, dan pada kesimpulannya apalah KJ selaku Ketua Pemuda ingin memberitahu bos dan kepimpinan UMNO sebenar untuk mengembalikan kepercayaan rakyat kepada UMNO memang sukar sekali. sudah hampir 60 tahun UMNO memperleceh dan memperbudak-budakkan rakyat. Memang sukar untuk mengembalikan keperayaan rakyat kepada UMNO kembali, tambahan kini isu sampingan khusus kaitan yang melibatkan fitnah terhadap DSAI.
Atau apakah KJ sudah mula ingin meningalkan UMNO dengan melemparkan ingatan kepada ketuanya dalam hal penambahbaikan UMNO dan mungkin juga KJ adalah salah serorang calun yang sedia menarik diri sebagai calun di PRU13 nanti. Apapun kita tunggu dan lihat perkembangan dari sama ke semasa kaitan polimik ini.
perhimpunan 'angguk-angguk geleng-geleng' dah habis...hasilnya elek!
ReplyDelete