Salam Aidil Adha untuk semua muslimin dan muslimat, semoga perjuangan Nabi Allah Ibrahim dalam perjaungan menurut perintah Allah di jadikan asas perjuangan dan dijadikan satu pengajaran dan ikutan para mukmin sekalian.
GM mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyamput Aidil Adha kepada seluruh kaum muslimin. Moga-moga dengan pengerobanan dan " keseetiaan " nabi Allah Ibrahim dapat di jadikan contoh tauladan dalam pengurusan penghidupan harian kita.
Haiwan ternakan yang disediakan untuk korban,
Ianya melambangkan bagaimana sejarah Nabi Allah Ibrahim yang menerima perintah Allah untuk menyembelih anaknya sendiri Nabi Allah Ismail. Pada ketika perintah di terima anakanda Ismail berusia 9 tahun. Nabi Ismail juga rela untuk Ayandanya menunaikan perintah Allah tersebut.
Sebelum perintah " penyembelihan " tersebut Nabi Allah Ibrahim juga telah berpisah dengan anaknya bersama isterinya Siti Hajar sejak kecil lagi, dan di tempatkan di kawasan padang pasir yang kering kontang - Mekah. Nabi Ibrahim perlu perulang alik dari Pelastin - Mekah untuk melihat sendiri anak dan isterinya.
Ibadah korban juga sebagai tuntutan kepada semua umat Islam
Bagi nabi Allah ibrahim Peristiwa Ibadat korban mengandungi 5 prinsiap pengerobanan
- sebagai hamba Allah kita sentiasa di uji dengan itu kesusuhan dalam penghidupan adalah menjadi pilihan utama baginda.
- untuk menunaikan suruhan, setiap umat amat perlu melakukan bersungguh-sungguh dan bekerja keras dan tidak mengenal erti rehat.
- seorang hamba amat perlu sentiasa merendahkan diri kerana ianya masih ada yang maha esa serta perlu elakkan diri bersikap sombong.
- penghidupan harian tidak perlulah kita menenjolkan kemewahan sebaliknya sentiada melayari penghidupan harian dalam keadaan yang cukup sederhana
- mati adalah perjalanan terakhir setiap yang bernyawa, untuk mengingati adalah amat perlu sekali oleh setiap insan. Juga sentiasa di pohon agar kematian sebagai Penganut Islam yang sempurna.
Akhirnya cebisan ringkas pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah SWT sentiasa menjadi teladan dan akan mengukuhkan lagi tali persaudaraan sesama umat Islam.
No comments:
Post a Comment