Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Saturday, November 5, 2011

HAJI MABRUR - SATU TUNTUTAN JIHAD

Musim haji tiba lagi, ianya mengingatkan kepada seluruh umat Islam sejarah keagongan nabi Ibrahim dalam menunaikan tuntutan dan suruhan Allah untuk di laksanakan. Hampir 5000 tahun yang lalu baginda telah menghabiskan usianya dengan mengabdikan diri kepada allah. Baginda juga sentiasa berpindah dari Mesopotamia ke Palestin ke Mesir dan akhirnya menetap di Makkahtul Mukarromah.

Masjidil Haram .... laibaikaallahumalaibaikk...

Ibadah " korban " adalah lahir dengan tragedi di mana Nabi Allah Ibrahim di perintahkan oleh Allah untuk menyembelih putera kesayangannya Nabi Ismail, dan baginda tidak mengingkari perintah ini sebaliknya dengan kehendakNya juga Nabi Allah Ismail di tukar gantikan dengn se ekor kibas - akhirnya peristiwa ini, KORBAN untuk umat Muhammad di angkat dan hukumnya adalah sunat Muakkad.

Bagitulah amal-amal ibadah dan kebajikkan umat terdahulu yang terus segar di kalbu setiap Umat Islam terutamnya sewaku takala menunaikan Ibadah Haji. Segala perintah Allah di patuhi dan dilaksanakna dengan rasa tawaduk, ikhlas dan rendah diri serta setiap amalan sama ada rukun, fardhu atau sunat hendaklah di laksanakan dengan bersungguh-sungguh semoga mendapat rahmah, keampunan dan keredhaan daripadaNya.
Tawaf - Jemaah mengelilingi kaabah

Imam Al-Ghazali menyatakan Rukun Islam ke lima ini, " mengerjakan haji " dapat meninggalkan kesan merasai kerinduan yang sangat mendalam kepada Allah, mereka dengan rela hati telah meninggalkan segala yang mereka sayangi termasuk kampung halaman, keluarga, sanak-saudara, harta benda dan sahabt handai dengan mengharungi lautan dan angkasa raya semata-mata untuk mengabdikan diri kepada Allah.


Sebahagian dari jemaah

Setiap bakal haji amat mengharapkan untuk mendapat HAJI yang MABRUR, dengan dapat menghapuskan segala dosa-dosa, menambahkan iman dan takwanya, menjadikannya istiqamah dengan amal-amal soleh dari mengulangi kerja-kerja mungkar dan maksiat.

Lidah dan hatinya menjadikan zikir sebagai " mainan " dibibir, bertutur dengan berfikir dulu baru berkata-kata. Masjid dan surau sebagai tempat yang dicintai, majlis ilmu dijadikan sebagai hiburan. Serta Kitab Alquran dijadikan sebagai teman setianya. Itu adalah janji-janji Allah kepada mereka yang di anugerahkan Haji yang Mabrur.

Sabda Rasullullah:

1- sesiapa yang meninggalkan rumah untuk menunaikan haji lalu meninggal dalam perjalanan Allah menulis pahahalanya sehingga Hari Qiamat.
2- sesiapa yang berangkat untuk mengerjakan umrah lalu meninggal dunia dalam perjalanan Allah yang menulis pahalanya sampai hari Qiamat
3- juga sesiapa yang keluar untuk fisabilillah lalu meninggal dunia maka pahala jihadnya ditulis pada hari qiamat.

Untuk itu kepada merka yang belum kesempatan untuk menunaikan hari agar berniat, berazam serta berusaha untuk tujuan tersebut, bagi mereka yang sudah cukup bersedia tidak lagi mencari alasan untuk mengelak serta tidak bertanggoh lagi.

1 comment:

  1. Pusat Pelacuran popular di SERAMBI MEKAH KOTEBARU Kelantan, tidak sampai setengah kilometer dari Pejabat Tuan Guru Nik Aziz! apa sudah jadi???



    Video URL: http://youtu.be/r_7_l7ilURs


    Artikel penuh sila baca di sini dan di sini...


    Slogan terbaru PAS kini ialah "PAS Membangun Bersama Pelacur"
    Posted by Bro Jinggo at 2:00 PM
    Labels: Nik Aziz, PAS Kelantan, Pelacuran, Video Seks

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA