Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, October 13, 2011

DATO T - KELANTANGAN MU MEMBAWA PADAH



Mereka yang bergelar Yang Berhormat, sama ada di Dewan Undang Negeri mau pun di Dewan Rakyat khususnya mereka dari Yang Berhormat dari Parti Kerajaan yang memerintah, kekadang mereka boleh mengeluarkan kata-kata yang terus menghina rakan-rakan YB yang lain, sudah tentu rakan YB dari pembangkang. Tapi, sebaliknya mereka dari pembangkang juga sekali-sekali " tergelincir " juga dalam kata-kata berdebatan mereka.

Mereka " bertutur " mungkin bermotifkan mempertahankan diri, mungkin "menunjukkan diri " sebagai " akulah hero ", mungkin juga untuk memberikan ampuan atau sokongan kepada ketua agar kedudukan tidak terjejas. Perang mulut sebagini, harus di ingat kata-kata yang menyakitkan hati orang lain amat mudah terkeluar, mereka juga terlupa setiap ungkapan di rekodkan.
Kes pertama bagaimana YB Pasir Salak sendiri menghina orang melayu dengan kata-kata ( orang Melayu ), mereka pernah tinggal di hutan, hanya dengan DEB barulah mereka merasa tinggal di kota raya.Kes kedua bagaimana Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Abdul Rahman pula direkodkan meminta Ahli Parlimen Padang Serai N. Gobalakrishnan sama ada mahu kembali ke estet ( orang India, kalangan mereka ramai di estet ) — kata-kata yang dilihat sebagai satu tanggapan perkauman- rasis.

YB Dato Tajuddin, memang sentiasa " berang " di mana saja,
beliau berucap memang jarang sekali beliau mampu " menceriakan " mukanya.
Atas kelantangan dan buruk laku beliau, mungkin juga kerana untuk memastikan ketua BN dapat terus menerimanya dan kekal terus menjadi calun untuk PRU13 dan terus bergelar YB. dan akhirnya Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini memberi amaran keras kepada beliau agar menjaga diri dan tutur kata serta berusaha untuk mempertingkatkan disiplin khusus semasa di parlimen. Tegoran ini membabitkan MP Pasir Salak dengan MP Ipoh Barat.

Tapi bagi orang dan pengundi Parlimen Pasir Salak, kini sudah dapat menilai sejauh mana kemampuan YB pilihan untuk meneruskan tanggongjawb terhadap rakyat kawasan ini. Pengundi Pasar Salak juga boleh dan dapat menilai sepenggal beliau sebagai ADUN Kg. Gajah dan kini hampir sepenggal di Dewan Rakyat, Kawasan Pasir Salak, apa sumbangan beliau kepada kawasan?


Kecelupuran mulut, rasa benci dan dendam pada DSAI amat jelas dan nyata sekali, tidak kira di mana dan tidak kira apa majlis sekali pun. Semasa majlis penyampaian wang pendahuluan PTPTN di perkarangan Masjid Sultan Azlan Shah Kg. Gajah, ucapan dan meneruskan rasa benci pada DSAI di teruskan dan menidakkan " alimnya "kedua-dua tuan guru Hj. Hadi dan Nik Aziz. Beliau juga terlupa, di sampaikan dalam bulan Ramadhan, tapi memfitnah diteruskan kan juga.

Sepanjang Syawal dengan jamuan hari raya, ucapan beliau semua menjuruskan kearah permainan politik, tidak kira di perkarangan sekolah mau pun di dewan orang ramai, yang penting bagaimanan beliau dapat memastikan pihak pembangkang di " tohmah " dan DSAI terus di " fitnah ". Dengan wang yang " melimpah-limpah " semua tetamu tak kira di mana jamuan di adakan, kalau di sekolah misalnya, semua murid dan guru-guru mendapat wang raya. Adal kalanya guru menerima RM100 dan murid RM50 setiap orang. Banyak betul duitnya. Dari mana sumber kewangan tersebut jangan tanya dan tak sepatut kita menidakkan " kekayaan " beliau, yang juga Pengerusi Felcra Bhd.

Kepada pengundi Pasir Salak, yang bersama-sama berkunjung ke blog ini harap dapat berfikir apakah YB gulongan ini perlu diberikan kepercayaan lagi untuk terus memimpin kita? tepok dada tanya iman.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA