Catatan ceramah oleh Tn. Hj. Mustafa Shaari,
di Kuliah Maghrib, Masjid Lama, Kg. Gajah.
10 Oktober 2011 / 12 Zulkaedah 1432
Sambungan catatan pada 12 Okt. 2011
Pemandangan dari sudut hadapan Masjid Lama, Kg. Gajah.
Contoh maslahat yang di izinkan;
a - Ke arah kedualatan Islam dan perlaksanaan syariatnya
Dalam situasi kegagalan ideologi-ideoogi asing dan kebuntuannya menyelesaikan masalah, terdapat kumpulan orang-orang Islam yang jahil dan terjebak ke dalam ideologi bukan Islam dan kumpulan orang bukan Islam yang memberikan kesempatan kepada perlaksanaan Islam, maka mestilah diadakah hudungan dengan mereka ke arah dalam memberikan sokongan kepada perjuangan kita dalam pilharaya dalam persidangan dewan dan sebagainya dengan syarat mereka bersedia untuk menerima kepimpinan Islam, mengakuai kedualatn dan pelaksaan dengan sepenuhnya dan kita tidak memaksa mereka untuk menganut Islam ( tetapi menambil peluang memperkenalkan Islam kepada mereka ). Dalilnya ialah Perjanjian Rasululullah s.a.w di madinah dengan orang-orang Yahudi.
b- Menentang kezaliman, penyelewngan dan keruntuhan moral
Apabila perkara ini merupakan perkara-perkara yang dirasi kesan dan akibatnya kepada semua golongan, termasuk golongan bukan Islam, maka boleh di adakan persefahaman dalam perkara ini. Contohnya bekerjasama di dalam usaha mendesak pembebasan tahanan sebagai nya kerana Rasulullah s.a.w mengiktiraf " half al fudul " serta mengakui pakatan dan persefahaman golongan yang menentang perjanjian pemulauan keatas keluarga Rasulullah s.a.w. walaupun mereka tidaklah sampai ke peringkat mengakuai kedualatan Islam.
Dan sabda Rasulullah dengan maksud:
Di rawayatkan daripada Jabir r.a katanya dua orang anak muda yang mana salah seorang di antaranya dari kaum Muhajirin dan seorang dari kuam Ansar sedang bertengkar. seorang dari kaum Muhajirin atau mungkin juga beberapa orang dari kuam Muhajirin berteriak. Wahai orang Muhajirin! manakala kaum Ansar berteriak. Wahai orang Ansar! Setelah mendengar suasana begitu Rasulullah s.a.w keluar dan bersabda: " Ada apakah panggilan seperti Hajilliyah ini? mereka menjawab. Tidak ada apa-apa Wahai Rasulullah. Hanya ada dua anak muda sedang bertengkar di mana salah satu dari keduanya berusaha memukul bahagian tubuh yang satunya. Rasululllah s.a.w. bersabda: "Kamu tidak perlu menyembunyikan persoalan. Seharunya kamu menolongnya baik yang zalim mau pun yang di zalimi. Tehadap yang zalim maka hendaklah beliau mencegah kezalimannya. Sesungguhnya itu bererti telah menolongnya. manakala terhadap yang dizalimi hendak beliau membelanya " Riwayat Muslim.
akan datang 2. mengakui kepimpinan islam &
tidak menjejaskan matlamat perjuangan.
tidak menjejaskan matlamat perjuangan.
No comments:
Post a Comment