Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Friday, September 2, 2011

ZIARAH MENZIARAHI DI SYAWAL - DI MANA SALAHNYA

Selepas umat Islam berjaya melepasi Ramadhan dengan berpuasa serta mendamping Allah melalui beberapa aktiviti tuntutan sepanjang bulan tersebut seperti Bertadarus, Tarawih serta menghidupkan malam dengan Qiamul - laih, alhamdulillah menjelang Aid ilfitri di sambut dengan penuh rasa kesyukuran dan kejayaan tanpa mengira status miskin kaya, kanak-kanak dewasa. Kemeriah Syawal masih dirasakan dengan amalan kunjung mengunjungi, ziarahi menziarahi sanak saudara dan rakan taulan.

Amalan ziarah menziarahi serta mengadakan rumah terbuka mempunyai banyak hikmah dan kelebihannya, terutama sekali dalam menghubung dan merapatkan ikatan persaudaraan sesama Islam. Kerana Islam juga menggalakkan umatnya memperbaiki dan mempertingkakan ikatan dan tali persaudaraan tersebut. Yang jauh jadi dekat, yang renggan jadi rapat, yang bersengketa menjadi damai, yang susah menjadi damai dan akhirnya terbentuklah satu ikatan kasih saya yang mengiratkan sesama insan.

adap seorang tetamu

Seorang tetamu amat perlu menjaga tatasusila, agar kenjungan kita tidak " menyakitkan " tuan rumah, tidak perlu memilih tetamu yang kaya, berkedudukan serta menjaga masa yang sesuai untuk berkunjung seperti tidak hadir pada waktu dingin pagi, waktu tengahari, larut malam, masa ini adalah masa rehat untuk tuan rumah. Amat perlu sekali menjaga mata dengan tidak mencuri penglihatan, mencuri dengar atau mengintai keadaan rumah. Semasa berbual-bual tidak meninggikan suara. Memasuki rumah perlu mendapatkan keizinan dengan memberikan salam dan berjabat tangan. " Tidak ada 2 orang muslim yang bertemu, lalu saling berjabat tangan, kecuali keduanya di ampuni Allah swt sebelum berpisah " . Kaitan dengan bersalam, adalah dilarang sama sekali bersalaman antara kedua yang bukan muhrim.

Tuan Rumah
Amat perlu sekali memberikan layanan yang terbaik dan menyediakan yang jamuan juga yang terbaik dan mengikut kemampuan semasa. Juga amat penting untuk tidak menunjukkan kebanggaa atas persediaan tersebut serta beniat untuk merapatkan saliturahim antara kedua-dua pihak. Amalan memulia dan melayan tetamu dengan baik adalah amalan nabi dan rasul terdahulu.

Bagaimana masa kini?

Rancangan TV telah mempengaruhi umat Islam untuk " memerap " dirumah, tidak berminat untuk menziarahi saudara mara rakan terdekat, mereka hanya mengharpkan kalangan rakan untuk menziarahi sahaja. Sikap dan perangai sabagini perlu diubah kertana ianya melanggari etika suasana hari raya. Akhirnya saudara dan rakan taulan akan menjadi jarak dan terus menjauhi diri dengan diri kita. Sejumlah lebih 500 program TV di khususkan untuk hari raya, jika di ikutkan sudah tentu masyarakat muslim " tidak berminat " untuk meninggalkan rumah kerana TV lebih menarik.






Program realiti " Mari menari " dan " Kilauan Emas "



Anak Muda " Muslim " di racuni dengan hiburan.

Apa yang malang lagi, di bulan baik untuk kita bermaaf-maafan ini ada juga kalangan / kumpulan yang mampu untuk " bergadoh " sesama bangsa dan agama, kenapa ini boleh berlaku? amalan mana yang diikuti oleh mereka? Siapa nak dipersalahkan dengan keruntuhan disiplin generasi muda masa kini?

Bulan Syawal, Aidil fitri sepatutnya pengisian dengan program ziarah menziarahi, hidupkan kembali budaya ini untuk kepentingan sesama insan kerana ianya boleh memberikan kesan kepada keakraban dalam penghidupan harian. Anak muda masa ini perlu di didik kaitan dengan keperluan menziarahi sanak saudara, rakan taulan, ada kita semasa berziarah.

Keakraban berziarah ini dapat melahirkan generasi yang berdisiplin, disiplin terpancar semasa sampai ke rumah tamu, semasa makan, semasa mengadakan berbual antara satu sama lain akhirnya akan lahir insan yang bertamaddun , berbudi perkerti tinggi. Serta ziarah menziarahi ini juga adalah tuntutan agama.







No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA