Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Saturday, September 3, 2011

MERDEKA 54, PM TIDAK BERSAMA RAKYAT


Isu ucapan Tim. Presiden Pas, Sdr. Mat Sabu kiatan dengan dengan perjuangan menuntuk kemerdekaan menjadikan semua " kumpulan " songkok tinggi naik angin, mereka menidakkan apa yang di sarankan oleh beliau, beliau tidak partiotik, beliau lupa jasa pejuang, beliau lupa daratan dan seterusnya laporan ke pihak polis di buat dan seterusnya pihak polih mengambil tindakan untuk menyiasat kes tersebut. Tingakan polis yang " cekap & mesra " ini melambangkan sistem negara ini ada dua bidang undang-undang, satu untuk pembangkang dan satu lagi untuk pemerintah.

Mohan - memperagakan Jalur Gemilang untuk PM

Apakah tindakan yang diambil oleh Mohan Parameswara ini melambangkan ketaatan beliau kepada negara cukup kuat? Mengapa pihak pemerintah pula boleh membenarkan " jalur gemilang " di persendakan sedemikian rupa. Di jadikan pakaian. Atau apakah dalam tempoh 54 tahun kemerdekaan, Jalur Gemilang sudah layak dijadikan baju atau pun pembalut barangan. Kalau kita pehatikan ada juga kalangan rakyat membalut jalur gemilang pada " side mirror " kenderaan mereka.

Tapi apa yang menyedihkan lagi ialah PM, pada tarikh kemerdekaan beliau tidak bersama-sama dengan rakyat, sebaliknya beliau berada di Perth, Australia.

Bagaimapun dengan bercuti di luar negara pada hari kebesaran negara seperti Hari Kebangsaan, Najib menjadi bidasan pelbagai pihak ketika pemimpin BN dan Umno berterusan menyerang pemimpin pembangkang yang didakwa tidak patriotik kerana mempersoalkan peranan dan sumbangan beberapa wira negara.

Kali terakhir, Perdana Menteri dikesan ialah pada 30 Ogos lalu di Istana Negara untuk acara rumah terbuka Aidilfitri dan Rumah Terbuka Jemaah Menteri di Seri Perdana, Putrajaya. Beliau hanya mengeluarkan kenyataan Hari Kebangsaan melalui Facebook dan Twitter pada hari berikutnya.

Dalam tweet itu, beliau mengingatkan rakyat di negara ini supaya tidak melupakan perjuangan pemimpin terdahulu dalam usaha membebaskan Malaysia dari penjajah.

“Selamat Menyambut Hari Merdeka ke-54," tulisnya dalam laman Twitter.


Mengikut laman web AviationWA, sebuah pesawat Airbus A319-11X yang memaparkan logo 1Malaysia di ekor pesawat berkenaan mendarat pada jam 5:04 petang hari Rabu.

Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, di Singapura dan mempunyai nombor pendaftaran 9M-NAA. Siapakah penumpang pewasat rasmi kerajaan ini?

Ketika dihubungi, Setiauaha akhbarnya Datuk Tengku Sarifuffin Tengku Ahmad hanya mengesahkan yang PM kini bercuti tapi enggan memaklumkan di mana beliau berada.

AviationWA melaporkan pesawat itu mendarat semalaman dan menggunakan 'nama panggilan' "November Romeo 1" atau NR1, yang kebetulan sama dengan pangkal nama perdana menteri.

Kedua-dua laman web AviationWA dan blog Perth Airport Spotter melaporkan bahawa ini adalah lawatan pertama kapal terbang itu ke Perth.

Pesawat itu dikenalpasti milik Jet Premier One (M) Sdn Bhd, yang dipercayai sebuah anak syarikat Penerbangan Malaysia Bhd (PMB), yang dimiliki oleh badan pelaburan kerajaan, iaitu Khazanah Nasional Bhd.

Apakah pendirian kumpulan " songkok tinggi ' dalam hal ini. Dimana pula Perkasa? Apakah mereka reda dengan tidakan dan perbuatan PM ini. Jika di ambil kira sudah pasti, tindakan dan perbuatan ini tidak melambangkan " partirotik " seorang pemimpin kepada negaranya, tambahan pula beliau adalah seorang pemimpin negara.

Tapi bagaimana pula kalaulah ianya dilakukan oleh penyokong Pakatan Rakyat dan dalam majlis sambutan Hari Raya oleh pemimpin PAS atau PKR apa lagi melibatkan DAP, mungkin akan heboh seantaro dunia sehingga pecah kaca TV dan speaker radio mengatakan macam-macam kepada Pakatan Rakyat. Pengkhianat negaraalah, komunis lah, buang warganegara lah, blaa.....blaaa....

Semuga Rakyat menjadi pemerhati yang sangat matang dengan tingkah laku pemimpin BN dan menghukum mereka dalam PRU akan datang dengan memberi harapan kepada Pakatan Rakyat bagi menyelamatkan Malaysia negara yang kita cintai.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA