Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, September 1, 2011

GEMPAR - BAGAIMANA TUN RAZAK MENINGGAL

MISTERI kematian Tun Abdul Razak, cerita ni gua ambik dari blog Aduka Taruna. Maklumat dari blog Aduka Taruna menulis bahawa Bapa Najib Tun Razak meninggal kerana membunuh diri di London [Aduka Taruna].



Gua tak tahu cerita ni betul atau tidak, pada waktu itu (tahun 70 an) gua belum lahir lagi, malah ibu dan ayah gua pun belum berkahwin. Dalam hal ini gua berpendapat Aduka Taruna menulis berdasarkan maklumat apa yang dia dengar dari orang Umno sendiri.
Hasil temubual gua dengan seseorang yang lahir pada tahun 1949 sebentar tadi, beliau menceritakan bahawa beliau juga pernah mendengar cerita ini. Cerita ini memang heboh satu ketika dulu.

Gua dimaklumkan bahawa sebelum Tun Razak meninggal, beliau ada pergi ke China, atas tujuan apa gua tak dimaklumkan. Sumber gua memberitahu bahawa Tun Razak telah dihalau oleh ramai pelajar Malaysia di China yang memakai topeng.

Selepas peristiwa itu negara digemparkan dengan kematian Tun Abdul Razak di London. Persoalan yang hangat ditimbulkan pada waktu itu, mengapa Tun Razak pergi ke London seorang diri? Mengapakah isterinya ditinggalkan?

Kemudian barulah timbul cerita kononnya Tun Razak meninggal kerana membunuh diri. Dan khabar angin ini heboh menjadi buah mulut rakyat pada waktu itu.
Sejauh mana kebenaran cerita ini gua tak dapat nak pastikan. Gua anggap ini sekadar khabar angin yang perlu diselidiki kesahihannya. Maka gua memilih untuk tidak percaya sehingga gua berjaya mendapatkan bukti kukuh beberapa hari lagi.

RentaP© "Amaran ini bukan berita sahih, tetapi khabar angin..."

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA