Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Saturday, September 10, 2011

OPS SIKAP KE 24 GAGAL - PDRM PENING KEPALA



KPN Tan Sri Ismail bin Omar.

Pihak PDRM kini mula resah dan gelisah khusus berkaitan dengan pengurusan sistem lalu lintas di negara ini. Pelbagai perancangan dan strategi di atur di khususnya untuk " mentiadakan " atau pun setidak-tidaknya " mengurankang " maut dan malapetaka di jalan raya, dan menindakan yang jalan raya adalah " sungai yang mengalirkan darah " khususnya di musim perayaan.

Pihak PDRM mengikut statistiknya mengkhususkan " sikap " pemandu dan pembonceng adalah masalah utama yang menyumbang kepada peningkatan ini? Memang tidak di nafikan tapi apakah peranan PDRM itu sendiri dalam usaha tersebut, bagaimana pula keadaan jalan itu sendiri, atau apakah keadaan lalulintas cukup dapat menjamin keselamatan pengguna itu sendiri?

Sebelum di panjangkan laporan dari Bukit Aman ini, kita juga perlu melihat dan menilai sendiri kerja-kerja yang telah di jalankan oleh pihak Polis itu sendiri. Sudah banyak cerita-cerita betapa " tensionnya " anggota polis terhadap bidang tugas mereka. Mereka telah menggunakan senjata hingga ada yang di tangan mereka sendiri ( polis ), mereka telah didedahkan dengan pelbagai isu kaitan dengan disiplin perkhidmatan.

Lihat kes ini: " Tiga anggota polis antara enam yang ditahan berhubung kejadian melepaskan tembakan yang mencederakan seorang pelajar kolej swasta di Taman Seri Rampai, Setapak, di Kuala Lumpur semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata ketiga-tiga anggota itu berpangkat Koperal dan Lans Koperal. "Dua daripada mereka bertugas di Bukit Aman dan seorang lagi di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor," katanya ketika dihubungi hari ini. Katanya, siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada pergeseran kenderaan, namun siasatan masih lagi dijalankan. Selain tiga anggota polis itu, tiga lagi yang ditahan semalam adalah rakan mangsa berumur antara 20 dan 27 tahun. Semua suspek ditahan reman sehingga 4 Ogos bagi membantu siasatan. Pelajar lelaki berusia lingkungan 20-an itu dilaporkan cedera parah akibat ditembak di hadapan sebuah kelab malam pada 6 pagi. Pelajar itu bersama tiga lagi rakannya baru sahaja memasuki kereta untuk meninggalkan kelab malam berkenaan apabila mereka didatangi sekumpulan lelaki.

Lihat juga macam mana PDRM di arah untuk " Mendamaikan " Bersih 2.0, Bagaimana mereka membelasah, memukul, menyepak, menyembur, dan tak kira di mana asalkan mereka dapat memusakan hati " ketua " mereka.

Bukit Aman amat dukacita apa yang berlaku sepanjang OPS sikap ke 24 ini gagal membenteras dan mengelakan berlakunya kemalangan di negera ini. “Kajian yang kita buat menunjukkan lebih 85 peratus punca kemalangan yang berlaku pada ops sikap kali ini, adalah disebabkan sikap pemandu atau pengguna jalan raya itu sendiri,” kelohan dengan penoh penyelesaian oleh KPN

Peningkatan 16.6% dari 16,817 kes pada 2010 ke 19,606, serta kemalangan maut juga meningkat 16.5% dari 248 kes sepanjang Aidilfitri 2010 ke 289 kes pada tahun ini. Sebagaimana biasa pembonceng serta penunggang motosikal menjadi penyumbang terbesar bilangan kematian iaitu peningkatan sebanyak 61.6 peratus daripada 143 kes kepada 178 kes tahun ini.

Pihak PDRM mengesahkan penyumbang utama kepada kejadian tersebut ialah " sikap atau perangai " pemandu atau pembonceng itu sendiri. “Kajian yang kita buat menunjukkan lebih 85 peratus punca kemalangan yang berlaku pada ops sikap kali ini, adalah disebabkan sikap pemandu atau pengguna jalan raya itu sendiri,” kata KPN pada sidang akhbar tersebut.

Laporan kajian pihak PDRM agak detail, bagaimana, dimana, cara apa, jumlah kemalangan, masa berlakunya insiden tersebut: Terbabas sendiri iaitu sebanyak 78 kes, diikuti makan jalan (36), cuba memotong atau tukar laluan (36), tidak perasan kenderaan lain (19) serta cuai ketika keluar atau masuk simpang (18). Bagi kemalangan yang melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal kerap kali berlaku pada kerap berlaku pada jam 4 ke 6 petang, 6 petang ke 8, lima negeri dikenal pasti mencatatkan peningkatan ketara iaitu Johor ( 42 kematian ), Selangor ( 43 Kematian ) Pahang ( ( 33 kematian ), Perak ( 29 kematian )dan Kelantan ( 25 kematian )

Jika di perhatikan dari statistik tersebut, memang pihak berkuasa amat perlu mencari jalan bagaimana untuk mengurangkan " jenayah " ini, mengelurkan lisen pada usia yang cukup " muda " juga mungkin boleh menjadi penyebab. Atau pun pihak PDRM pula perlu mencari cari lain untuk tujuan penambahbaikan tersebut.

“Statistik Ops Sikap ke-24 ini sangat mendukacitakan kerana usaha kita bersama agensi-agensi berkaitan untuk memberi kesedaran pengguna jalan raya supaya membudayakan pemanduan berhemah tidak tercapai. “Kita perlu ubah sikap jika mahu mengurangkan jumlah kemalangan secara keseluruhan,” katanya.

Untuk itu di syorkan juga bukan sahaja pihak orang awam selaku pengguna jalaraya perlu mengubah " sikap " sebaliknya anggota PDRM juga perlu mencari formula untuk cara bertindak dengan penoh disiplin dan laksanakan dalam pembangunan pendidikan dan bukan untuk mendera. Sebagai contoh, " speed trap " ianya bukan mendidik tapi PDRM membantu kerajaan untuk mendapatkan sumbangan.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA