Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Sunday, September 11, 2011

IDEA MAT SABU - PERPECAHAN MELAYU AMAT NYATA

Melalui ceramhnya, Mat Sabu khusus kaitan dengan Peristiwa Bukit kepong telah mengundang beberapa andaian sejauh mana kebenaran Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Suara sumbang mula kedengaran dari setiap sudut, dan yang paling menghairankan bijak pandai dari " menara gading " NGOs di Kementerian Pengajian Tinggi - Majlis Profesor Negera ( MPN ), profesor seperti Zainal Kling, Prof. Koo Kai Kim, mereka sudah penafikan " penjajahan " British di Tanah Melayu memang tidak belaku.

zainal kling
Prof. Zainal Kling, (kanan) pada sidang akhbarnya di Putrajaya berkata berdasarkan fakta sejarah, Tanah Melayu "tidak pernah terjajah", sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British. "Fakta sejarah menunjukkan Tanah Melayu tidak pernah terjajah (oleh British). Ini mesti dibaiki dari sekarang oleh semua pihak sama ada pelajar, guru, ahli politik atau pentafsir politik," katanya.

PAS mujahid
Mujahid ( gambar) Ahli Parlimen Parit Buntar, menganggap kenyataan Prof ini yang mewakili MPN telah menghina perjuangan bangsa yang selama ini menjadi sjumberinsprisasi generasi anak merdeka. Juga beliau mengesyorkan agar Zainal Kling dilucutkan keanggotaan dalam MPN demi menjaga dan memelihara kredibilti badan tersebut.Selain itu gelaran Profesor juga perlu ditarikh balik .

pas muktamar 130610 idris ahmad
Bagi Idris Ahmad AJK Pas Pusat ( gambar ) berkata rakyat kini musykil sekiranya benar negara ini tidak pernah dijajah, seperti dakwaan Zainal, kenapa perdana menteri pertama, Tunku Abdul Rahman melaungkan merdeka. “Kenapa setiap tahun kita menyambut kemerdekaan (dan ada laungan merdeka)? Apakah penulisan sejarah perlu dibakar kerana telah tipu pelajar-pelajar sekolah?” soalnya dalam satu kenyataan akhbar. Tercetusnya isu ini jelas menampakkan kepada kita siapa sebenarnya yang cuba membohongi serajah dan rakyat.
mahathir perdana global peace pc 080107 adjusted
Bagi Mahathir pula yang pernah menjawat jawatan menteri Pelajaran mengesahkan matapelajaran sejarah yang diajar di sekolah-sekolah dilihat kurang tepat kerana tidak mempunyai latar belakang perjuangan kemerdekaan, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Sekarang baru sedar. Beliau berkata subjek itu tidak begitu tepat kerana salah satunya cerita mengenai peranan Tunku Abdul Rahman yang memperjuangkan kemerdekaan negara tidak banyak disebut dalam sukatan matapelajaran berkenaan. "Bukan mengkaji semula sejarah tetapi perlu balik kepada benda yang benar. Sejarah sudah berlaku dan kita tidak boleh ubah sejarah dan apa yang berlaku dahulu...berlakulah," katanya mengulas kenyataan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada Jumaat.

Dua NGOs Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) dan Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA) terkejut dengan pendirian apa yang dipanggil Majlis Professor Negara yang mengatakan perjuangan golongan kiri bukan perjuangan kemerdekaan. sejarawan ini bermain kata-kata yang berbelit-belit untuk menafi suatu fakta yang sudah sangat ma'ruf dikalangan rakyat. Kenapa pelu dinafikan keujudan pergerakan Melayu, seperti PKMM, API, AWAS, Hizbul Muslimin dan Britishlah yang " membunuh " badan-badan ini. Menidakkan hak mereka kepimpinan Melayu mecurigai dan merisaui keujudannya. lihat saja kata-kata terkenal Datun On Jaafar “ada bahaya dari gunung” merujuk kepada gerakan Islam Hizbul Muslimin di Gunung Semanggul yang ditunding sebagai gerakan komunis. Ini seolah-olah mengesahkan apa yang di katakan oleh British itu Hisbullah Muslimin adalah komunis.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA