Lebih 10,000 rakyat menyambut baik hasrat Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengadakan perhimpunan aman sekali lagi di ibunegara sekiranya 8 hasrat Bersih 2.0 tidak dilaksanakan oleh pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak. "Kita tidak akan berhenti setakat ini sahaja selagi tidak ada perubahan dilakukan oleh Najib (perdana menteri). "Kamu boleh pukul, belasah, langgar (dan) tembak rakyat tapi kamu tidak boleh tawan hati rakyat," ujarnya malam tadi lalu disambut dengan laungan "Bersih 3" oleh rakyat.
Penampilan Anwar di Tapak Expo Seberang Jaya, Pulau Pinang dengan memakai "penyokong" di lehernya akibat dikasari oleh polis pada perhimpunan aman Bersih 2.0, Sabtu lalu. Anwar berkata, rakyat tidak boleh lagi akur dengan pentadbiran Najib kerana kerajaan pusat yang diteraju Umno BN sekarang sanggup menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), kerahan polis dan rancangan mengerah tentera untuk menentang kebangkitan rakyat Program anjuran Jabatan Penerangan Pejabat Ketua Menteri 1 Pulau Pinang itu turut menampilkan Naib Presiden PAS Mohamad Sabu yang terpaksa duduk di atas kerusi roda kerana mengalami kecederaan serius di bahagian lutut kanan.
Punca kecederaan Mohamad Sabu dikatakan akibat dilanggar oleh Land Rover Polis pada Sabtu lalu.
Mohamad Sabu (gambar atas) semasa berucap berkata, "andai kata Bersih 2.0 buat keputusan (pada) 2 minggu lagi (untuk) berhimpun, setuju atau tidak?"
Rakyat yang hadir lantas menyahut, "setuju".
Rakyat yang hadir lantas menyahut, "setuju".
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng (gambar atas ) pula berkata, tindakan pentadbiran Najib mengharamkan perkataan "Bersih" dan memakai maju T kuning menunjukkan kerajana pusat kian terdesak dengan kebangkitan rakyat.
Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, kerajaan pusat tidak mampu lagi mengugut rakyat, khususnya orang bukan Melayu dari menyokong usaha Bersih 2.0 memperbaiki sistem demokrasi dan pilihan raya negara.
Pemimpin Pakatan Rakyat yang hadir antaranya Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Datuk Mansor Othman, Profesor Dr P Ramasamy (Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang), Datuk Saleh Man (Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang) dan exco-exco kerajaan negeri.
Pemimpin Pakatan Rakyat yang hadir antaranya Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Datuk Mansor Othman, Profesor Dr P Ramasamy (Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang), Datuk Saleh Man (Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang) dan exco-exco kerajaan negeri.
DSAI di apit oleh Pesuruhan Jaya PAS Pulau Pinang dan Timbalan KM 1
Sumber: Penangdaily
Ini lama punya kan..bila masa plak mlm tadi punya ceramah????
ReplyDelete