Sekadar renungan untuk semua
ini adalah tepat dengan ungkapan " kata-kata tak serupan tindakan "
Apakah benar, Malaysia kini bersekongkol dengan Komunis China?
Kg. Gajah 7 Sep. 2011 - Apakah kini Malaysia sedang mengamal sistem dwi standard dalam pengurusan pentadbiran negara. Semua sistem ada dua - satu untuk pemerintah dan satu lagi untuk pembangkang. Pembangkang perlu akur dengan " disiplin " yang di gariskan dalam Perlembagaan sebaliknhya, bagi pemerintah Perlembagaan boleh di simpan untuk tontonan sahaja.
Kita lihat dalam kes SPRM - apa saja yang di laporkan oleh " mereka " ( kadang kala laporan polis di paksa buat oleh orang tertentu ) dan pihal PDRM pula secekap halilintar membuat tangkapan dan semakan. tak perlu di berikan contoh lagi, tapi jika satu-satu kalau laporkan melibatkan kepimpinan hanya dengan penafikan sudah cukup untuk memadamkan kes yang dilaporkan - ini perlu contoh - Najib hanya kata " saya tak kenal siapa Altuntiya " ianya sudah cukup untuk " memadamkan " kes.
Kini Malaysia riuh rendah dengan kes Kominis - PR ( PKR, DAP & PAS ) adalah parti yang bersubahat dengan Kominis, menjadi talibarut kepada kominis, kini bersedia untuk menjual atau melelong tanah air untuk kepentingan politik tapi apa yang terjadi sebenarnya terjadi gambar di atas menjadi bukti - siapa yang sedang bersekongkong dengan Kominis?
Apakah Komunis Cina, berbeza dengan komunis Malaya? Bukankah Parti Komunis Malaya bernaung di bawah Parti Komunis China? Komunis, ideologinya tetap sama tidak kira di mana tempat. Kenapa umno hipokrit? Jika benar anti komunis kenapa menghantar pulang 11 pejuang Uighurs ke China, walaupun dibantah oleh Suruhjaya Tinggi PBB bagi Orang Pelarian d Kuala Lumpur. Sedangkan mereka ini menentang kerajaan komunis China kerana menceroboh wilayah mereka d Xinjiang Julai 2009.
Benarkah? pada 5 Ogos yang lalu UMNO telah mengadakan MoU dengan Parti Komunis Cina, malahan kini usaha sedang di buat untuk memastikan kalangan pemuda dan puteri dapat mempelajari budaya komunis secara terus dari PKC. Tapi sejarah membuktikan UMNO memang ada hubungan dengan Komunis - wakil komunis pernah di jemput kePersidangan Agung Umno dan yang terbaru mengadakan MoU dengan Parti Komunis China. Pemimpin umno juga pernah ditangkap menjadi agen komunis di negara ini.
Apakah agaknya risiko, jika kepimpinan PR yang mengadakan hubungan sedemikian rupa? disumbat ke Kemunting adalah jawapannya.
idea asal: ustazidrisahmad.
No comments:
Post a Comment