Pengakuan Dato T dalam isu Video Seks.
DSAI memang menjadi liabitliti kepada UMNO, walaupun beliau pernah menjadi ahli UMNO dan berjaya sehingga ke tangga ke dua dalam haraki kepimpin - sebagai Timbalan Presedin dan hanya beberapa langkah sahaja untuk menjawat jawatan Perdana Menteri.
Tapi walau apa pun perancangan dan usaha perancangan dari Allah adalah yang muktahir dan akhirnya DSAI menerima hukuman yang diracang, disusun, yang melibatkan semua agensi kerajaan, rasa dendam Mahathir pada Anwar ketika itu 1998 memang cukup " medidih ", beliau gagal membentuk Anwar untuk menjadi " yes man " dalam semua urusan, baik urusan parti, urusan negara hatta urusan peribadi bosnya.
Sejak 1998 dengan 15 tahun di penjarakan, akhirnya beliau terbang bebas tapi di kawal oleh mereka yang masih " berdendam " dengannya. Pembebasan dengan " kerosakan " tulang belakang menyebabkan beliau perlu ke German untuk membaiki kerosakan tersebut. Pembebasan yang dilakukan oleh kepimpinan Abdullah memberikan nafas baru kepada rakyat Malaysia, parti politik khususnya pembangkang menerima dengan seribu rahmat, dan akhirnya pada PRU 12, kerjasama PR ( PAS, PKR dan DAP ) telah mencapai kemenangan yang mengejutkan dan pertama kali Parlimen tidak dikuasi 2/3 majoriti dan 5 negeri tumbang ke PR.
DSWA dengan tiupan semangat dari kawan-kawan PR akhirnya meletakkan jawatan di Parlimen Permatang Pauh dan memberikan laluan kepada DSAI untuk bertanding. DSAI memang dengan majoriti yang cukup membanggakan dan sebulat suara kepimpinan PR melantik beliau sebagai ketua pembangkang. Disinilah mulanya politik Malaysia " cacamarba " parti pemerintah sudah tidak senang duduk, keakraban Pemimpin PR amat jelas dan sudah dapat mengubah lanskap politik semasa.
Kegagalan Liwat 1, di ikuti dengan Liwat 2 dan pendedahan video oleh Dato T langsung tidak melemahkan DSAI sebalik nya " penuduh " yang pening lalat untuk mencari bahan bukti yang sah untuk memenjarakannya. Bagaimanapun, sehingga hari ini, kerajaan masih mencuba mengatakan yang Anwar bersalah, walaupun di mata masyarakat, ianya ialah sebuah usaha yang gagal untuk menjatuhkan pemimpin pembangkanag tersebut.hampir tiada siapa lagi yang menyebut isu tersebut, kecuali mereka yang menggeleng kepala dan mengutuk budaya korup UMNO yang dituduh mereka-reka video tersebut.
Apakah benar kini Najib menyediakan satu pakatan untuk memastikan DSAI di penjarakan semula? John Malott bekas duta AS ke Malaysia mendedahkan ada pakatan politik bagaimana untuk memastikan DSAI akan di penjarakan, kenyataan ini di terima dari orang kanan Najib sendiri Razak Baginda - lapor - Malaysia Chronicle
Tapi DSAI masih cergas jika di bandingkan dengan usia antara beliau dengan Najib. Perbezaan antara meraka ialah 6 tahun DSAI 64 dan DSN58, tapi kini masa untuk Najib meneruskan kepimpinan sentiasa mendapat tentangan dari luar dan dalam parti itu sendiri. Ini jelas mengikut kajian Merdeka Center populariti beliau menurun sehingga 6% dan ini pada perkiraan 59% sahaja. Tapi pendokong UMNO menidakan kajian ini apabila populiriti menurun tidak sebaliknya pada masa populariti meningkat
Kedudukan beliau sebagai PM dan Presiden UMNO tidak memastikan beliau sentiasa di geruni dan di terima ikhlas oleh rakan seangkatan terutama Timbalan beliau sendiri. Najib gagal dan hampir disingkir dari kepimpinan UMNO oleh teman2 seperjuangan nya termasuk Muhyddin.kenapa?Kerana Najib gagal memnuhi tugasnya dan lebih buruk lagi, berkali kali beliau gagal memenuhi janjinya keapda rakyat, dari Model ekonomi baru keapda kes kematian Teoh beng Hock dan yang terbaru, rally Bersih 2.0.
Tapi tidak pada Anwar pula, walaupun tsunami politik dengan bebagai kes buatan musuh tapi beliau masih berdiri utuh dengan polisinya. Beliau telah menunjukkan kewibawaannya, keyakinan diri dan semangat juang yang tinggi. Bukan sesuatu yang pelik baginya walaupun beliau mungkin berhadapan dengan hukuman penjara akibat dakwaan meliwat, Anwar dilihat sebagai semakin hampir untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia selepas pilihanraya umum ke 13.
Tidak disangkal lagi bahawa popularity Anwar semakin bertambah kukuh, bukan hanya di mata masyarakat di Barat, malah juga di Timur. Anwar dikaitan dengan kebangkitan rakyat Arab di musim luruh terhadap rejim zalim seperti yang terbaru, kejatuhan Gaddafi di Libya, Mubarak di Mesir dan Ben Ali di Tunisia, yang di samakan dengan pimpinan UMNO-BN. Faktor ini juga memberikan kerunsingan kepada UMNO.
Kepimpinan UMNO amat mengetahuai ianya akan menjadi satu kesilapan dalam menghukumnya untuk kes liwat II, memenjarakan DSAI bukan jalan penyelesaikan mungkin sebaliknya hukuman penjara akan membuatkan beliau dilihat sebagai hero yang lebih hebat kepada rakyat dan akan melonjakkan populariti nya yang amat ditakuti UMNO, terutama nya musuh utamanya Mahathir Mohamad dan pesaing terdekat untuk jawatan PM, Muhyddin Yassin.
" Anwar Fobia " kini menjadi-jadi di kem UMNO, mereka terasa amat takut sekali. Lihat sahaja " turn over " nya MB Johor dalam kes Mat Indera - dari pengesahan Mat Indera adalah perjuang kini bertukar kepada pengganas. Prof. KKK sanggup melebalkan Mat Indera bukan anak tempatan, sedangkan beliau sendiri lupa bahawa nenek moyangnya juga
Bagi DSAI dan keluarga, amat perlu sekali memberikan perhatian kepada keselamtan, ini disebabkan sebagai " Musuh no 1 " UMNO, dan mereka telah terbukti sanggup melakukan apa sahaja asalkan matlamat tercapai. Najib yang terdesak kini, beliau mencuba segala jalan dan cara untuk menghalang. Hinggakan Hari Terbuka Hari Raya 1M juga perlu diadakan di Permatang Pauh.
DSAI dan Keluarga amat perlu berhati-hati - bidalan ada menyatakan " jerat tidak pernah melupakan pelandok, hanya pelandok yang sering leka ".
No comments:
Post a Comment