foto ini tiada kaitan dengan cerita Mat Sabu,
tapi ia mungkin mengejutkan arena politik tanah air tak lama lagi.
Insyaalah artis tersebut akan menggunakan lambang bulan. Takbir
Pendedahan Mat Sabu di Pulau Pinang kaitan dengan MERDEKA nya Persekutuan Tanah Melayu dan kemudian lahir pula Malaysia telah menimbulkan isu yang cukup mencemaskan UMNO. UMNO seolah-olah hilang hala tuju, tembelang sudah di ketahui hatta siapa pejuang dan siapa pula penderhaka kepada bangsa, agama dan tanah air juga kini kian lama kian teserlah. Hanya ungkapan syabas dan tahniah atas kajian dan penyelidikan yang dibuat oleh beliau yang akhirnya " ujudlah " pertemporan siapa benar dan siapa salah, siapa pejuang dan siap pengkhianat. Mana perginya pejuang UMNO, gerombolan songkok tinggi, mana pergi PERKASA, mana pergi angkatan PATRIOTIK, apabila di laporkan PM tidak berada di negara sendiri semasa ulang tahun kemerdekaan tempoh hari, kenapa beliau lebih mementingkan " percutian " dari merayakan ulang tahun ke 54 kemerdekaan tanah air kemudian untuk kepentingan politik di batalkan percutiaan keana adanya kematian wartawab di Somolia. Berdasarkan kepada keadaan, sebelum Persekutuan Tanah Melayu Merdeka pada 31 Ogos 1957 ianya di jajah oleh British. jadi mereka yang menentang British adalah pejuang. Termasuk Mat Indera. Bagi mereka yang bekerja dengan British adalah talibarut dan penderhaka kepada bangsa agama dan negera. " Sebagai contoh, kita ambil pertempuran gerila Rakyat Tanah Melayu pada tahun 1950 di Bukit Kepong. Peristiwa berlaku pada 23 Februari tahun 1950. Yang berkuasa British. Justeru yang diserang ialah soldadu upahan British. Ketika itu ada soldadu upahan British dari Ghana, Kenya, Fiji, Nepal dan termasuk anak tempatan. Anak tempatan direkrut kerana tidak ada kerja lalu menjadi soldadu upahan Bristish. Ini hakikat. Ini hakikat fakta sejarah ". Memang tidak di nafikan bukti-bukti yang menujukkan keujudan tentera upahan ini, sebagai contoh di Taman Tasek, Taiping, ianya tertera nama-nama soldadu upahan yang terbunuh, juga lihat senarai nama yang " terbunuh " di Tugu Negara, senarai nama di monopoli oleh nama-nama soldadu luar negera. Bukankah mereka ini Soldadu upahan British? Berbalik kepada peristiwa Rumah Pasong Bukit Kepong, 25 orang anggota polis yang diserang adalah di ketuai oleh Mat Indera. Mengapa agaknya Mat Indera menyerang anggota polis ini? Pada ketika itu anggota ini bekerja untuk British sebagai polis upahan dan British adalah penjajah. Jadi sebagai pejuang ianya bagi Mat Indera " wajib " di serang. Disinilah letaknya semangat juang yang ada pada Mat Indera, yang penting baginya ialah garis perjuangan untuk " menghalau " Brirtish dari bumi tanah tumpah darahnya. Beliau tidak sanggup menjadi " barua " kepada British jadi penentangan amat perlu di teruskan. Tapi bagi mereka yang bernaung dengan " keris " hanya menghanggukkan kepala tanda setuju dengan British. Kehebatan beliau ( Mat Indra ) akhirnya dibukukan " Pengukir Nama Johor " diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor dengan kata-kata aluan oleh MB sendiri Datuk Abdul Ghani Othman. Beliau ada lah sebaris dengan 22 " pahlawan " lain anak jati Johor. Malahan beliau di bariskan sesama dengan Almahrum Sultan islam dan Tun Sulaiman Ninam Shah. Hasil penulisan Ismail Adnan bekan guru kanan yang pernah menjawat jawatan Timbalan Pengarah institut Kemimpinan & Latihan Semangat Dato Onn dan disunting oleh prof. DAto Abu Bakar A. Hamid juga bekas prof. di Jabatan Pengajian Media UM dan Md. Ismail Zamzam - tokoh Guru Berjasa Johor 2002. Tapi malangnya Prof. Emiritus Tan Sri Khoo Kai Kim pula seolah-oleh mempertikaikan penulisan tersebut dengan kenyataan " siapa penuis tersebut, bagaimana latar belakang penulis, apa bahan rujukannya " Implikasi dari uapan Mat Sabu ini, sama ada Mat Indre itu pejuang atau sebaliknya, rakyat mula sedar betapa keadaan sejarah di Pesekutuan Tanah Melayu dan akhirnya menjadi Malaysia memang ada pengubah suaian yang dibuat, memang ada sejarah negara yang di " padamkan " ianya juga seperti subjek sejarah sebagai mata pelajaran di sekolah khususnya di sekolah rendah, sekejab sejarah, sekejab tawarik, sekejab dalam subjek Alam Manusia, sekajap dalam Tata Rakyat. Tapi keutamaan subjek ini ianya perlu memihak kepada kepimpinan yang ada. Janganlah kita pertikaikan keadaan ini. |
No comments:
Post a Comment