1970 - MUHIBBAH DAN PERPADUAN
1971 - MASYARAKAT PROGRESIF
1972 - MASYARAKAT ADIL
1973 - MASYARAKAT KEBUDAYAAN MALAYSIA
1974 - SAINS DAN TEKNOLOGI ALAT PERPADUAN
1975 - MASYARAKAT BERDIKARI
1976 - KETAHANAN RAKYAT
1977 - 20 TAHUN BERSATU MAJU
1978 - KEBUDAYAAN SENDI PERPADUAN
1979 - BERSATU BERDISPLIN
1980 - BERDISPLIN BERBAKTI
1981 - BERDISPLIN BERHARMONI
1982 - BERDISPLIN GIAT MAJU
1983 - BERSAMA KE ARAH KEJAYAAN
1984 - AMANAH ASAS KEJAYAAN
1985 - NASIONALIME TERAS KEJAYAAN
1986 - BANGSA TEGAS NEGARA TEGUH
1987 - SETIA BERSATU BERUSAHA MAJU
1988 - BERSATU
1989 - BERSATU
1990 - BERJAYA
1991 - WAWASAN 2020
1992 - WAWASAN ASAS KEJAYAAN
1993 - BERSATU MENUJU WAWASAN
1994 - NILAI MURNI JAYAKAN WAWASAN
1995 - AKHLAK MULIA MASYARAKAT JAYA
1996 - BUDAYA MENENTU KECAPAIAN
1997 - AKHLAK MULIA MASYARAKAT JAYA
1998 - NEGARA KITA TANGGONGJAWAB KITA
1999 - BERSATU KE ALAF BARU
2000 - KERANA MU MALAYSIA
2000 - KERANA MU MALAYSIA
2001 - KERANA MU MALAYSIA
2002 - KERANA MU MALAYSIA
2003 - KERANA MU MALAYSIA
2004 - KERANA MU MALAYSIA
2005 - KERANA MU MALAYSIA
2006 - KERANA MU MALAYSIA
2007 - MALAYSIA GEMILANG
2008 - PERPADUAN TERAS KEJAYAAN
2009 - 1 MALAYSIA : RAKYAT DI DAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN
2010 - 1 MALAYSIA : MENJANA TRAFORMASI
2011 - 1 MALAYSIA : TRASFORMASI BERJAYA, RAKYAT SEJAHTERA
Tahniah, pada tarikh keramat ini, 31 Ogos setiap tahun bermula dari Ogos 1957 Persekutuan Tanah Melayu menyambut kemerdekaan dan akhir pada 1963 dari Persekutuan Tanah Melayu di gantikan dengan Malaysia ianya melibatkan 2 negeri di Borneo - Sarawak dan Sabah tapi malang Singapura di " bebas " kan dari genggaman.
Isu terbaru, benarkan Kemerdekaan Pesekutuan Tanah Melayu di usahakan oleh Pejuang dari UMNO sahaja. Apakah ada fakta isu yang di " padamkan " oleh pihak pemerintah sejak memerintah agar hanya sejarah kepimpinan UMNO sahaja yang di ketahui oleh rakyat.
Cuba kita telita berapa fakta di bawah:
Perjuangan awal menentang penjajahan dan menuntut kemerdekaan secara moden bermula pada tahun 1906 oleh golongan pembaharuan atau reformasi Islam yang mendapat pendidikan di Timur Tengah (antaranya termasuklah Syed Sheikh al-Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin dan Haji Abbas Mohd Taha-UMNO hanya wujud 1946)
Selepas itu, perjuangan menentang penjajahan British dan Jepun turut digerakkan dan dirancakkan dengan penubuhan Kesatuan Melayu Muda (KMM). KMM ditubuhkan pada Mei 1937 di Kampung Bahru Kuala Lumpur. Antara pemimpinnya adalah; Ibrahim Haji Yaakob, Mustapha Hussein, Ishak Haji Mohamad (Pak Sako), Ahmad Boestamam dan Burhanuddin Al Helmy.
Semasa perang dunia ke-2, (1942 – 1945) Jepun telah menakluk Tanah Melayu pada Disember 1941 dan KMM telah bekerjasama dengan Tentera Anti-Jepun Rakyat Malaya (TAJRM) atau Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA). Penjajah dan tentera British lari ke England meninggalkan rakyat tempatan menentang Jepun. Pada 1942 Jepun telah mengharamkan KMM kerana perjuangan kemerdekaan Malaya.
Selepas tamat peperangan dunia pertama dan berundurnya Jepun dari tanah Melayu satu gabungan Melayu Islam telah membentuk Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM).PKMM Ditubuhkan pada 17 Oktober 1945 di Ipoh Perak. Dan meluluskan slogan MERDEKA dan benderanya ialah MERAH-PUTIH.
Semboyan MERDEKA dilantangkan dan berjaya mengembleng seluruh tenaga dari pelbagai aliran agama, nasionalis dan sosialis namun ditentang oleh elit Melayu dan kakitangan atau penjawat jawatan yang pro pemerintah Inggeris ketika itu. Antara yang memimpin PKMM adalah; Dr Burhanuddin Al-Helmy, Ishak Haji Mohamad (Pak Sako), Abdullah CD (Cik Dat Abdullah), Ahmad Boestamam, Musa Ahmad, Khatijah Ali, dan Ustaz Abu Bakar Al Baqir.PKMM telah berkembang pesat dan digabungkan dengan pelbagai pertubuhan yang menjadi tulang belakang dan penggerak di seluruh Malaya, antaranya :
2.AWAS (Angkata Wanita Sedar). Diketuai oleh Samsiah Fakeh. Diharamkan pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan YDP Umno, Onn Jaafar.
3.BTM -Barisan Tani Malaya (BATAS). Ditubuhkan pada 7 Julai 1947 di Kajang. Ketuanya ialah Musa Ahmad. Setiausaha disandang oleh Abas manakala Mokhtar sebagai bendahari dan Kadir menjadi ketua bahagian propaganda. Pimpinan Negeri ialah Mokhtar - Kedah, Selangor - Musa Ahmad, Pahang - Abas,Johar - Kadir dan Negeri Sembila - Ibrahim Baba.
4. Jabatan Kerja Melayu (JKM). Didirikan pada awal tahun 1946. Diketuai oleh Alimin, Setiausaha oleh Abdullah CD dan merangkap ketua bahagian selatan. Bahagian utara oleh Rashid Maidin dan bahagian timur oleh Kamaruzaman Teh.
5.Hizbul Muslimin.Ditubuhkan pada 17 Mac 1948. Tokoh yang terlibat ialah Ustaz Abu Bakar Al Baqir, Ustaz Abdul Rab, Dr Burhanuddin Al Helmy dan Kiayai Masyur Azahari. Pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan YDP Umno, Onn Jaafar mengharamkan Hizbul Muslimin yang dianggap 'Parti Islam Merah' dan merupakan 'bahaya dari gunung' kepada mereka.
7. Kesatuan Buruh Melayu SeMalaya. Ditubuh pada tahun 1946 di bawah pimpinan Abdullah CD. Dipanjangkan penubuhan ke negeri-negeri pada 1947.
8.Pan Malayan Federation of Trade Union (PMFTU). Gerakan buruh berbagai kaum. Pada 1947, kongres telah memilih Ganapathy sebagai Pesiden, Abdullah CD sebagai Naib Presiden dan Chen Lu sebagai Setiausaha.
9.Kesatuan Opera Melayu.
10.Persatuan Pemandu Teksi.
11.PETA -Pembela Tanah Air. Ditubuhkan apabila KMM diharamkan pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan YDP UMNO, Onn Jaafar.
12.Majlis Agama Tertinggi Se-Malaya(MATA). Pimpinan Ustaz Abu Bakar Al-Baqir.
Pada tahun 1947, sepuluh tahun sebelum merdeka, PKMM memperkuatkan perjuangan menuntut kemerdekaan dengan bergabung dengan beberapa pertubuhan bukan Islam dan bukan Melayu dalam Malaya Democratic Union, membentuk Barisan Bersatu Putera-AMCJA.
Barisan Bersatu Putera-AMCJA ditubuh pada 1947 dan menggubal 10 fasal Perlembagaan Rakyat untuk kemerdekaan.Antara gerakan yang dilakukan oleh Barisan Bersatu Putera-AMCJA yang sangat berjaya dan menggugat kedudukan British adalah mogok seluruh Malaya yang dikenali sebagai HARTAL. HARTAL telah berlangsung pada 16 September, 1947 yang telah mencatatkan sejarah satu mogok umum, di mana pada hari tersebut, satu aktiviti pun tidak dilakukan oleh seluruh rakyat Malaya.
British telah mengisytiharkan Darurat pada tahun 1948, dengan alasan menentang gerakan komunis di Malaya dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), mengambil tindakan menangkap sesiapa sahaja yang menentang. Antara bukti bahawa Darurat 1948 diisytiharkan adalah semata-mata satu tindakan ’pecah perintah’ British adalah lebih 2,800 orang ahli-ahli gabungan Barisan Bersatu Putera ACMJA ditangkap dibawah ISA, termasuk Ustaz Abu Bakar Al-Baqir pemimpin MATA dan Hizbul Muslimin yang kemudiannya didaftarkan secara rasminya sebagai Parti Islam SeMalaysia (PAS). Mereka bukan komunis, namun tindakan British itu melumpuhkan perjuangan rakyat dan telah menghidupkan satu parti yang berkuasa sehingga kini iaitu UMNO.
Dengan fakta-fakta dinyatakan apakah pihak UMNO dapat menerima yang suasana kemerdekaan dan perjuangan kemerdekaan itu bukannya dari UMNO malahan atas dasar kesedaran rakyat untuknya. Harap UMNO memahamainya.
No comments:
Post a Comment