Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Wednesday, August 24, 2011

MAHYUDDIN - UMNO - PENDIDIKAN DAN PM


NONE
Pembangunan dan kesejahteraan sesebuah negara adalah berasaskan kepada " pembangunan " kemanusiaan yang dirancangkan. Kelahiran generasi itu nanti dan corak pendidikan yang diterima dapat memastikan kecerdikan dan kewibawaan mereka melayari penghidupan seterusnya.

Sejak akhir-akhir ini negera kita Malaysia agak malang kerana " gudang " untuk melahirkan generasi mendatang telah di tadbirkan oleh kalangan mereka yang tidak faham untuk mengedalikan " pembangunan " kemanusiaan tersebut. Kepimpinan di bawah YAB Muhyiddin Yassin ( gambar ), telah gagal meletakan KEMENTERIAN PELAJARAN sebagai sebuah kementerian yang boleh melahirkan generasi bijak pandai. Sebaliknya beliau hanya melaksanakan tugas untuk memastikan bagaimana cara beliau berjaya " menghapuskan " Najib dari takhta pemerintah.

Agak jelas bagaimana pengurusan di Kementerian ini sudah tidak lagi mementingkan pembangunan sahsiah murid, tidak lagi meletakkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai " asas " pembangunan anak didik. Daya dan kemampuan anak didik berfikir cuba dihapuskan dan malahan ada kalangan kepimpinan negeri yang juga telibat cara langsung untuk tuuan tersebut. Kini Kementerian lebih mementingkan Pembangunan Politik Muhyiddin, dari melahirkan generasi yang berwibawa.

Kita lihat isu mutakhir ini negara kecoh membincangkan soal pembuangan bayi dan isu pendidikan seks. JQAF di laksanakan di sekolah rendah tapi pihak kementerian tidak pula berminat untuk meneruskan pengaran di peringkat menengah, sedangkan realiti penghidupan naluri syahwat akan membuak sewaktu usia remaja, sedangkan pendidikan dan persediaan diabaikan oleh semua pihak. Apa yang difikirkan adalah untuk menjadi atlet, artis dan jagoan bagi mengharumkan negara, kununnya..lalu lahirlah generasi matang fizikal, namun naif pemikiran. Apa perlunya Sekolah Harapan yang dikhususkan untuk mereka yang " berjaya " melahirkan anak-anak tersebut atau sudah " menikmati " penghidupan berkelamin.

Kenapa Kementerian Pelajaran tidak menyalurkan idea pembelajaran JQAF dari sekolah rendah ke sekolah menengah, mengapa di hentikan pembelajaran setakat rendah sahaja. Semua anak-anak muslim di Malaysia ini perlu mengikuti pendidikan/kelas asas fardu ain, sama ada pagi atau petang sewaktu sekolah rendah, kerana mereka masih di usia membesar, namun, malang sekali, menjelang usia remaja dan mula akil baligh, anak-anak di sekolah menengah tidak lagi dihantar untuk menyambung KELAS LANJUTAN FARDU AIN.. sedangkan ketika inilah anak-anak perlu dipersiapkan untuk menjadi bapak atau emak budak.

Isu kelas tuisyen, mengapa pihak Kementerian lepas tangan dan memberikuasa kepada pihak lain pula untuk melaksanakan pemantaun keberkesanan kelas-kelas ini. Kelas tuisyen yang dipohon oleh pihak tertentu dengan garis panduan di keluarkan oleh jabatan Pelajaran negeri dan diluluskan sektor pengurusan sekolah, tapi bila ada isu pihak lain pula yang di bebankan dengan tugasan pemantauan tersebut.

" Bagaimanapun, ibu bapa perlu memastikan kesahihan perkara tersebut sebelum melaporkan kepada Jabatan Agama Islam ", katanya YAB Mahyuddin, kepada pemberita selepas Majlis Penghargaan & Ramah Mesra Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Maktab PDRM Cheras di Kuala Lumpur hari ini.

Nampaknya Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran, Pejabat Pelajaran ingin lepas tangan dari isu " mengkritiankan " pelajar yang mengikuti kelas tuisyen ini.

Isu Politik UMNO, isu ini juga sudah menjadi bala kepada kepada kementerian, jabatan, pejabat pelajaran. Kalangn kepimpinan tertinggi sudah gagal " mengecualikan " diri mereka dari terlibat secara langsung dengan kehendak UMNO.

HJ. HUSSAIN BIN AWANG Pengarah Jabatan Pelajaran Kelantan

Salinan surat di mana pihak murid sekolah di " paksa " untuk bersama di majlis kelolaan UMNO

Mengapa pihak jabatan tidak mampu bergerak secara profesional, ungkapan " RESPECT THE GOVERMENT OF THE DAY " gagal di manafaat oleh pihak mereka. kalau di Kelantan yang menjadi pembangkang ialah UMNO / BN dan PAS & PR adalah kerajaan. Jadi hormatilah kerajaan yang sedang memerintah. Semua program UMNO Pengarah " memaksa " kalangan guru untuk hadir, dan kehadari di buktikan dengan menandatangani buku kehadiran. Pengarah pula bercakap seolah-olah beliau adalah Ketua Bahagian, berterusan menghentam PAS, part yang memerintah.

pengarahbaru

DATO' MOHD RAUHI BIN MOHD ISA, D.P.M.P.,P.M.P.,K.M.N., A.M.P., P.P.T.

Pengarah Perak ( gambar atas ) pula mengarahkan kepada semua sekolah-sekolah rendah dan menengah JANGAN menerima apa-apa sumbangan dari pihak Pembangkang, hatta sebutir tamar. Apa punya menteliti yang ada pada pengarah ini? kalau gitu cadangkan aje pada kerajaan agar semua pemimpin pembangkang dan pengikut mereka agar tidak menunaikan cukai untuk kerajaan. macam ini punya pengarah pun ada.

Sejak Mahyuddin menjadi TPM dan Menteri Palajran, dan kini sedang rancak untuk menggulingkan PM, suasana pendididkan menjadi lagi kelamkabut dn ramai kalangan kepimpinan di Kementerian, JPN, PPD dan sekolah secara terus melibatkan diri untuk memastikan beliau berjaya dalam misi untuk ke jawatan PM. Yang rosak ialah anak didik.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA