Siri kes liwat kaitan dengan DSAI memang cukup menyayat hati rakyat, tapi oleh kerana ianya untuk kepentingan mereka yang tertentu isu ini di jadikan batu loncatan untuk kepentingan mereka. Kalau kita imbas kembali Liwat 1 cukup memalukan pengurusan dan pentadbiran negara. Apa yang tidak di ada-adakan, apa yang tidak dirancang sehinggakan kredibilti badan kehakiman juga boleh dipertikaikan. Bagaimana pertuduhan boleh di tukar ganti, dari tempat yang tidak ada bangunan di jadikan ada, bagaimana tarikh pertuduhan boleh di tukar ganti. Hasilnya ia cukup memalukan, cukup mengaibkan.
Kini peranan kedua dalam kes Liwat ini melibatkan juga pembantu DSAI sendiri Mohd. Saiful ( gambar ) Pengakuan Saiful di buat di masa DSAI menyertai pertandaingan untuk mengisi kekosongan kerusi parlimen Permatang Pauh yang di kosongkan oleh DSWA. Pertuduhan ini amat mengejudkan dan apakah DSAI sememangnya kaki peliwat? Pertuduhan pada 2008 sehingga ke hari ini masih belum selesai. Dan kini perbicaraan masuk peringkat pembelaan oleh DSAI sendiri, mahkamah mendapati DSAI perlu membela diri, keputusann ini juga memang telah diduga,
Kenapa ? pihak berwajib memberikan laluan yang cukup istemewa kepada Shaiful, 2 malam berturut-turut paparan muka di tayangan secara eksklusif di TV3 tayangan di Buliten Utama, Apakah ini lagi satu perancangan untuk mengabui mata mahkamah kerana pada masa yang sama kes di sedang di bicarakan? Rasa terkilan ini di ajukan oleh Peguam utama dalam kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim - Karpal Singh, beliau mahukan para hakim hakim yang membicarakan kes itu bertindak terhadap pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan kerana muncul dalam wawancara dengan TV3, baru-baru ini. "Saya rasa hakim itu patut lakukan sesuatu ... hakim mempunyai tanggungjawab, anda tahu, dengan serta-merta keluarkan surat tunjuk sebab. Saya fikiritu yang patut oleh hakim," kata Karpal.
Tapi setiap perancangan yang dibuat, perancangan dan ketentuan Allah adalah yang sesempurnanya. Apa tidaknya beberapa perlakuan yang tidak di sengajakan dan boleh dipertikai dapat lihat secara terang-terangan.
Apa isu yang nyata pada gambar dalam TV3 ini dengan gambar yang di atas? Apakah gambar TV3 ini gagal untuk memberikan " makeup " yang sempurna?
Sepanjang minggu ini, DSAI diperintahkan untuk " mempertahankan diri ". Dari kandang OKT ( Orang kena Tahan ) DSAI telah memilih untuk memberi keterangan belia diri tanpa di soal balas berbanding dengan cara 2 yang lain itu itu memberi keterasngan dari kandang atau pun berdiam diri. DSAI membaca teks setebal 32 muka surat, dari kes perilaku Liwat 1, dengan pengarah utamanya Dr. Mahathir dan kini Liwat 2 di arahkan pula anak didik beliau iaitu Najib.
Sepanjang " pembacaan " tersebut Hakim Mohd. Abidin memberikan perhatian dengan penoh teliti walaupun ianya di bantah oleh Peguam Cara Negara 11 tapi bantahan di tolak oleh Hakim. Inti pati ucapan ada kaitan dengan bagaimana UMNO mempergunakan Media untuk menutup setiap kelemahan yang ada, beberapa kelemahan dalam bidang forensik di negara kita agak lemah, juga dikaitan dengan penglibatan " cinta " Saiful dengan Timbalan Pendakwa Raya Farah Azlina Latif.
Di akhir " pendedahannya " DSAI dengan penoh rasa tanggong jawab melaporkan hakim telah gagal memastikan perbicaraan adil sepanjang perbicaraan Kes Fitnah 11 ini. " kegagalan " hakim melaksanakan budi bicara kehakiman bukan sehaja bertentangan dengan undang-undang Malaysia tetapi melanggaar piawaian antarabangsa sesebuah negara moden untuk melaksanakna keudalatan undang-undang. Penyataan yang mengatakan pengadu adalah berwibawah di akhir perbicaraan, jelas menunjukkan proses pra penghakiman yang bias "
Sebagai penutup DSAI juga sempat memberikan peringatan kepada Hakim supya berlaku adil dan saksama serta memberi ingatan yang Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan penetapan hukum diantara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil.. Sesungguhnya allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu "
Kita berdoa agar DSAI di bebaskan. Amin
No comments:
Post a Comment