بسم الله الرحمن الرحيم
Kisah cincin 24juta, masih hangat dan sentiasa hangat, ianya kini sudah sampai ke peringkat Asena di mana Kompas, akhbar perdana Indonesia membuat laporan dan laporan itu kemudian di susuli dengan kemaafan atas tersiarnya cerita tersebut. Secara rasminya pada Ahad lalu, harian terkenal Indonesia Kompas memohon maaf kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak berhubung laporan yang diterbitkan mengenai dirinya dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.
Artikel pedas, yang menjadi kontroversi itu bertajuk 'Istri PM Najib dan Cincin 24 Juta Dollar'. Ia disiarkan pada isu Kompas 4 Ogos lalu tetapi dengan mudahnya boleh dilayari di versi Internet di Malaysia. Namun, kemaafan yang dipohon hanya diselitkan dalam satu wawancara dengan Najib. Malaysiakini juga difahamkan bahawa ia juga dilakukan pada saat-saat terakhir oleh pengurusan tertinggi Kompas.
Kalau diperhatikan laporan Kompas ini memang pedas selain dari keluarga Najib Kompas juga mengaitkan cerita " Cincin " ini dengan kelaurga bakal besan mereka, Maira Nazarbayev yang ada hubung kait dengan " mafia Rusia " Siapa Maira Nazarbayev dari Kazakhstan beliau adalah bakal mertua kepada Nooryana Najwa, anak gadis Najib dan Rosmah.
Kompas juga melaporkan selain dari cincin, menyifatkan Rosmah sebagai menjalani "kehidupan yang penuh kontroversi", dan mengaitkannya dengan Perimekar, syarikat yang dikatakan telah menerima komisen jutaan ringgit berikutan penjualan kapal selam Scorpene.

Apakah laporan ini mampu memberi kesan dan menjejaskan reputasi Najib ? Secepat kilat Najib bertindak segera dan dengan penasihat perhubungan ini memohon pihak Kompas untuk memohon kemaafan atas laporan tersebut.
Menurut sumber Malaysiakini, permohonan maaf yang dituntut oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada mulanya ditolak oleh editor Kompas yang bertegas mempertahankan artikel mereka, khususnya berhubung dakwaan kegiatan kongsi gelap Maira, yang juga boleh dilayari secara meluas di Internet. Dua penasihat itu kemudiannya mengancam mengugut Kompas dengan tindakan undang-undang, tetapi ini juga gagal untuk menundukkan akhbar Indonesia yang berpengaruh itu.
Kompas, bagaimanapun bersetuju membuka ruang kepada Najib untuk menjawap dan menangkis segala tuduhan dengan menghantar editor antarabangsa, Jimmy Harianto bagi menemubual Najib di Putrajaya pada Khamis lalu. Dan akhirnya Kompas meminta maaf kepada Najib.

Permohonan maaf ini banyak kekeliruan yang boleh di perbahaskan, pusingan U pada saat akhir oleh Kompas menjadi tanda tanya, maaf di pohon tapi Kompas tidak menafikan artikel tersebut dan akhbar perdana itu juga tidak menarik balik laporan " PM Najib Razak: Demokrasi Juga Terjadi di Malaysia " juga tidak menarik semula balik artikel, yang didakwa menghina Najib dan isterinya itu.
Namun, di Malaysia, media arus perdana mencanang-canangkan permohonan maaf itu dan menyiarkannya di halaman utama mereka. - Malaysiakini
image kat atas tu adalah image yang di printscreen dari jabatan kastam..
Datin Paduka Seri Rosmah Mansor ada berapa orang dalam Malaysia ni?
Datin Paduka Seri Rosmah Mansor ada berapa orang dalam Malaysia ni?
No comments:
Post a Comment