Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Sunday, July 31, 2011

RAMADHAN AL-MUBARAQ


Menjelang 1 Ramadhan ini semua semua Umat Islam yang sentiasa menunggu ketibaannya sudah pasti merasakan " kegembiraan " bersama Ramadhan, sudah pasti bulan amal ini di tunggu untuk menjalani Ibadah Puasa. Bulan seribu rahmat dan kebaikan, adanya Malam lailatul Qadar, adanya sunat tarawih, adanya sumbangan fitrah, ada kalangan yang menyumbang untuk majlis berbuka puasa. Sepanjang bulan ini juga sudah pasti surau dan masjid-masjid di kunjungi oleh muslimin dan muslimat untuk menunaikan kewajipan masing-masing merendahkan diri kepada Allah subhanawataala. Majlis berbuka puasa sudah tentu meriah dengan rakan taulan serta mereka yang musafir. Kita berdoalah moga-moga amalan kita dalam bulan yang mulia ini sentiasa dirahmati dan diberkati Allah.swt dan diterima amalan kita. Hidupkanlah malam-malam Ramadhan ini dengan amalan-amalan yang telah dijanjikan Allah.swt berlipat-kali ganda pahalanya.

Apakah " Puasa " itu sedar kita meninggalkan makan dan minum sahaja? ianya amat luas, kerana ianya merangkumi kekangan terhadap hawa nafsu yang menjadi raja kepada kebanyakkan mansuia dan hanya berpuasa sahaja dapat mengawal nafsu nafsi tersebut. Juga peningkatan amalan selepas berpuasa dapat melambangkan ibadat berpuasa tersebut di terima oleh Allah jika sebaliknya berlaku, amalan dosa di teruskan menandakan peningkatan terhadap kualiti dan kuantiti ibadat kita di bimbangi hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja.

Ciri-ciri antara mereka yang beriman dan bertaqwa dalam menunaikan ibadah ini adalah kalangan mereka berjaya dan dapat meneruskan amalan ibadah yang terlah terlaksana pada Ramadhan yang lalu, juga gulongan ini adalah antara mereka yang tidak mengamalkan pembaziran sepanjang Ramadhan itu sendiri. Pertingkatkanlah amalan seterusnya melakukan Qiamullail, kerana peluang untuk Qiamullail mat mudah di sepanjang Ramadhan ini. Begitu juga dengan amalan bertarawih kita teruskan dengan amalan berjemaah dengan waktu fardhu yang lain pula.

SELAMAT MENUNAIKAN TUNTUTAN RAMADHAN.

Salam Ramadhan Al-Mubaraq.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA