Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Sunday, July 31, 2011

PAS - SAHAM TERBESAR PENYUMBANG MAKSIAT DI SELANGOR

KUALA LUMPUR, 28 Julai – Pas dilihat bukan sahaja gagal dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai “rakan pemerintahan” di Selangor, malah boleh dianggap sebagai penyumbang kepada maksiat di negeri tersebut.

Exco Pemuda UMNO Malaysia, Megat Zulkarnain Datuk Omardin berkata pertumbuhan pusat-pusat urut dan kebanjiran hotel-hotel murah di negeri itu menunjukkan bagaimana perkara yang menjurus ke arah kemungkaran tidak mampu dibanteras parti berkenaan.

Soal beliau di manakah prinsip “Amar Maaruf Nahi Munkar” yang diwar-warkan oleh pemimpin dan ayam sabung Pas yang sebelum ini cukup lantang mengutuk dan mencerca UMNO dan BN di dalam ceramah-ceramah mereka sebelum mendapat kuasa di negeri itu.

“Kita tidak perlu pergi jauh atau melihat satu negeri…Lihat sahaja di kawasan Gombak Setia yang merupakan kawasan Datuk Dr Hasan Ali yang merupakan Exco Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, rumah urut dan hotel murah tumbuh bagaikan cendawan. Begitu juga di Melawati.

“Apakah Hasan Ali tidak nampak atau buat-buat tidak nampak gara-gara kecutnya beliau dengan sekutu mereka iaitu DAP dan PKR. Hakikat itu telah terbukti sebelum ini yang mana arak yang telah dirampas di Shah Alam terpaksa dipulangkan semula gara-gara teguran daripada sekutunya itu.

“Mungkin atas dasar itulah, kita tidak pelik perkara yang menjurus ke arah maksiat berleluasa dan itulah harga yang terpaksa ditanggung oleh Pas sebagai “pak turut” dan mereka perlu bertanggungjawab dengan menjadi penyumbang kepada maksiat di negeri tersebut,” katanya.

Semalam Ketua UMNO Shah Alam, Datuk Hj Ahmad Nawawi Datuk M.Zin mendedahkan bagaimana di Syeksen 23, terdapat rumah urut selain terdapatnya hotel-hotel murah di lot-lot kedai dan kawasan perumahan.

Mengulas lebih lanjut, Megat yang juga Ketua Pemuda Gombak seterusnya berkata beliau bukannya mahu publisiti dengan mendedahkan perkara tersebut tetapi untuk memastikan perkara yang mejurus ke arah kehancuran masyarakat dapat dibendung.

“Saya mintalah kepada Pas yang lantang melaung-laungkan mereka lebih Islamik daripada segala-galanya agar memperbetulkan perjalanan dan pentadbiran kerajaan negeri hari ini yang sudah jauh menyimpang dan tidak mengutamakan lagi kepentingan rakyat.

“Itu pun kalau pemimpin Pas di negeri ini merasakan mereka ada keberanian dan maruah. Namun apa pun terpulanglah kepada mereka untuk menyahut saranan saya itu kerana kita berpolitik pun ada batasnya. Soal kepentingan dan kebajikan rakyat tetap menjadi nombor satu,” katanya. -MediaUMNO


Berita Bertarikh 28 July 2011 Pada 6:49 PM

Ulasan GM

UMNO memang biadab (tidak beradab) dulu, kini dan selamanya.

Tak kira siapa yang ada kaitannya dengan UMNO, memang mereka biadab. Mereka akan melakukan hal-hal yang bertentangan dengan akhlak Islamiah apabila mendapati mereka terdesak dan tersedak. Kes video seks lucah adalah bukti nyata mengenai hal tersebut dimana tanpa segan silu mereka menayangkan kepada orang kampung dan masyarakat umum sesuatu yang di luar batasan akhlak untuk mendapatkan political mileage.

Malah kita dapat melihat juga bagaimana akhbar-akhbar & TV arus perdana bersama-sama dengan blog-blog pencacai UMNO melakukan tindakan tidak bermoral dan tanpa segan silu menyiarkan gambar porno dan video lucah berkenaan.

Selain daripada itu, yang terlebih buruk ialah blogger-blogger bersama pengikut-pengikut UMNO, akan menggunakan bahasa lucah dan mencarut di sana-sana sini sebagai menggambarkan watak mereka sebenar, bahawa golongan UMNO ini memang jenis tidak lansung mempunayi kesedaran bahawa setiap apa yang mereka tutur dan tulis diperhatikan dan dicatat oleh malaikat Raqib dan Atid yang menyertai bersama anak-anak Adam.

Tunggulah saat itu dimana...
Allah telah berfirman bahawa
"apa yang mereka nantikan hanyalah satu teriakan!"

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA