Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Saturday, July 30, 2011

NAJIB KINI MENGHAMPIRI ZAMAN KEJATUHANYA.

Era kepimpinan Najib kini terserlah dengan kian hampir untuk di tamatkan, semada cara beliau meletakkan jawatan atau mengadakan PRU13 secepat yang mungkin. Apabila ada pilihan mungkin Najib akan menggunakan perkara 2, adakan PRU13. Alasanya, kalau UMNO / BN kalah beliau adalah PM terakhir dari UMNO, dan kekalahannya adalah kekalahan anak jantan, kerana tewas di medan pertemporan.

Masa kian singkat dan sudah di tahap " nyawa-nyawa ikan ", kenapa di katakan demikian, ini memandangkan semasa Najib ambil alih dari Tun Dollah, Najib sendiri di selubungi dengan banyak isu, isu Gadis Monggolia, isu penyerahan Tanah Melayu terakhir di Pasir Gudang, Singapura, isu perkauman yang terus meruncing dalam penghidupan harian rakyat. Mungkin juga isu isteri beliau memberikan " keburukan " kepada pentadbiran beliau.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgaM3YO5YNPLQ2A5tvVX0eetSKP0qC1-rKZtRp-Ufq4tHnDluf_o-hsRsUMWsm5AVzz2tNTlpf-aFbeSrOfqZ-DgJT09nF6PF0IxvLNIyu-l4SgreP2gvLwMeTAgA-UhnrlUBhaG5iOJws/s1600/Najib-Rosmah.png

Perbualan harian kalangan pemimpin UMNO / BN cukup rancak dan sentiasa di bibir sama ada rakan separti mau pun kepimpinan politik pembangkang, apa saja tindak buat beliau, ucapan, gaya gerak geri, semuanya menjadi bualan, kekadang hingga ke satu tahap rakyat sudah muak dan jelak untuk membincangkan gaya kepimpinan beliau sejak akhir-akhir ini. Tapi kenapa rakyat khususnya ahli politik terus berminat berbincang tentang kepimpinan beliau? Mungkin juga benar zaman beliau sudah di kemuncak dan mungkin juga beliau adalah PM dari UMNO yang terakhir untuk mentadbir Malaysia.

Dari sudut kepercayaan, mungkin rakyat mampu memaafkan apa yang dibuat dan buruk laku Tun Dollah semasa menjadi PM, walau pun beliau di gelar " PM yang malas, suka tidur " tapi rakyat menolak buruk laku yang ditunjukan oleh Najib, beliau " cakap tak serupan bikin " buat kata pepatah " pepat diluar runcing di dalam " Beliau sanggup membatalkan semua program yang dirancang kerana " ingin " mendampingi rakyat, tindakan ini hanyalah satu dongengan.

Isu seperti peranan Rosmah dan pentadbiran beliau juga hangat hinggakan Tun Mahathir juga cukup kecewa, Rosmah masih gagal untuk menjelaskan kedudukan sebenar dalam isu cincin berlian bernilai US24juta, selain itu Najib juga masih di bayangi dengan isu gadis Monggolia, dan tekanan dari Kerajaan Perancis juga membuatkan beliau dalam keadaan yang cukup serba salah. Ini semuanya memberikan impak keburukan kepada parti.

Kita juga tak tahu apakah motif sebenar YB Ibrahim Ali dengan PERKASA yang terus memainkan isu perkauman, memang benar semua parti khususnya PAS, UMNO dan PKR amat mengharapkan undi orang Melayu. Jika PERKASA berjaya dengan usaha ini sudah tentu kekuatan Najib dalam keadaan tergugat. Tapi mainan yang dilakukan oleh Ibrahim seolah-olah memberikan " kredit " kepada PR. Isu perkauman ianya tidak selari dengan matlamat 1M.

Bagitu juga dengan tindakan TPM YAB Muhyiddin - beliau pula sentiasa mengintai dan mengambil peluang cuba " mencantas " apa saja program yang memberikan pulangan politik untuk Najib. Ini jelas apabila Najib bercakap kaitan dengan 1M, Muhyiddin pula akan " counter attack " dengan ketuanan Melayu, dan Melayu mesti menjadi tuan dan bangsa lain " mesti " nombor 2. Apakah antara mereka tidak ada kerjasama untuk memastikan negara sentiasa dalam keadaan aman?

Muhyiddin juga yang kini mendampingi Mahathir rapat dan merancang untuk menidakkan usaha Najib untuk meletakkan Hisyamuddin di tangga ke 2 dalam UMNO dan Kerajaan. UMNO telah dijadikan hak milik keluarga, kerana selepas Najib sepatutnya Hisyamuddin tapi Mahathir dalam usia yang lanjut ini juga " teringin " untuk melihat anaknya Murkhris menjadi pemimpin nombor satu setelah memberikan peluang singkat kepada Muhyiddin.

Kita boleh lihat bagaimana berkecualinya Mahathir dan Murkhris dalam Isu BERSIh 2.0 sebaliknya Marina pula sentiasa mengkritik Najib. " Kepimpinan Najib lebih dahsyat dari kepimpinan ayahnya " keloh Marina. Marina juga turut sama dalam perarakan BERSIH 2.0, bagi Mahathir dan Mukhris mereka tutup mulut, tambahan pula Mukhris yang juga anggota kabinate latikan Najib.

Bekas orang kuat Mahathir - Matthias Chiang, setiausaha beliau juga memberikan kritikan hangat kepada kepimpinan Najib. Beliau menemplak Najib, seperti juga bagaimana beliau memberikan kritikan kepada kepimpinan Abdullah Badwi tempoh hari.

Selain dari kepimpinan politik, agensi lain yang juga seperti memainkan peranan untuk memastikan Najib " cepat " berhenti ialah peranan yang dimainkan oleh Utusan Malaysia - akhbar rasmi UMNO / BN. Walau pun akhbar ini terlah merudum dari sudut jualannya, kerana berita di paparkan hanyalah yang memberikan keburukan kepada pembangkang PR, tapi tulisannya memberikan kesan sampingan kepada pembaca. Apabila ianya terlalu membodek rakyat muak dengan cara itu.

Dalam diam-diam Tengku Razaleigh pula menubuhkan AMANAH, apakah NGOs ini ada persamaan dengan PERKASA? tapi nampaknya AMANAH berjuang hampir sama dengan apa yang diperjuangkan oleh PR. Gabungan veteran politik ini sama ada mereka yang diperhentikan, di gugurkan, di pecat dari parti khusus dari parti gabuangn BN. Turut ingin berjuang untuk memastikan Malaysia dengan kekayaan yang ada di nikmati oleh semua rakyat.

Bagi Mahathir - perkara yang sangat di " bencinya " yang ada pada Najib pada masa ini lah pernanan yang dimainkan oleh Rosmah sendiri. Ia melambangkan seolah-olah Najib tidak ada kuasa dalam pentadbiran. Juga keakraban antara Najib dengan kepimpinan Singapura. Untuk tindakan Najib " menjual " stesyen Keretapi Tanah Melayu Pasir Gudang solah-seolah seperti Tuanku memberikan Pulau Singapura kepada Lee Kuan Yew.

Peranan Isteri : Rosmah telah menghabiskan
wang rakyat ikut sesuka hati saja:

- Cincin bernilai RM24 juta
- Gelang RM1.6 juta
- Peruntukan Permata 2010 RM100 juta
- Peruntukan permata 2011 RM 111 juta
- Persidangan Wanita Pertama Dunia RM4.5 juta.
dr. suara keadilah

Akhirnya, Najib kini juga telah mula tidak diterima oleh dunia apabila beliau " menghalau " peguam Perancis Bourdon dari menyertai sebarang program anjuran SUARAM kaitan dengan kes Scorpen, lihat sahaja 3 akhbar peringkat nasional yang melaporkan tindakan penghalauan tersebut.

FROM THE WASHINGTON POST..
KUALA LUMPUR, Malaysia — Malaysia deported a French lawyer who spoke about an upcoming corruption trial involving a $1.2 billion submarine deal that opposition leaders have sought to link to Malaysia’s prime minister, a human rights group said Saturday.
FROM THE CNBC NEWS
KUALA LUMPUR, July 23 (Reuters) - Malaysian authorities have deported a French lawyer representing a human rights group alleging corruption in the government's $1.2 billion purchase of submarines from French shipbuilder DCNS. The case could embarrass Prime Minister Najib Razak, who was defence minister at the time the submarines were bought, and who is widely expected to call for general elections next year
FROM THE FRANCE INTER

KUALA LUMPUR (Reuters) - Les autorités malaisiennes ont expulsé vendredi l'avocat français William Bourdon, qui représente une organisation locale de défense des droits de l'homme dénonçant une affaire de corruption dans un contrat d'armement avec la France

Cette société serait liée à un associé de l'actuel Premier ministre, Najib Razak, qui était ministre de la Défense à l'époque de la négociation du contrat.

Atas beberapa isu yang dinyatakan di atas, apakah Najib akan mempercepakkan PRU13 atau beliau sendiri turun dari takhta pemerintahan? Ini masih belum terjawab lagi, jika Najib tidak mengambil apa-apa tindakan secepat yang mungkin, sama ada berhenti atau mengadakan PRU13 sudah tentu banyak lagi isu yang akan didedahkan oleh rakyat, khususnya dari musuh-musuh politik beliau.

Atau apakah Najib akan menetapkan pada 11-11-2011 ini PRU13 atau beliau sendiri radha untuk meletakan jawatan? itu Najib dan Rosmah sahaja yang tahu.


HANYA PENDAPAT PENULIS.
N'N:Kita kena mengakui bahawa Najib merupakan
PM Malaysia yang paling kontroversi sebelum dan
selepas memegang tampuk kepimpinan Negara,
kontroversi yang melibatkan kredibilitinya
untuk menjadi seorang Pemimpin.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA